I have no idea about "SPAIN"... eh..eh.. nape tetiba terasa nak speaking pulak ni? huhuhu... mementang le tajuk entry kali ni adalah SPAIN..
Isk.. cakap pasal Spain, hati aku tak keruan dibuatnya. :'( Janganlah sedih duhai hati. Jika itu yang Allah telah tetapkan untuk kamu, pasti ada hikmah disebaliknya.. Biasa dengar pasal Spain sebab one of my friend dari opis PEERS dulu pernah bercerita pasal Spain, even my hubby pun selalu gak bagitau yang sometime kilangnya akan hantar exec ke Spain untuk training. Biasanya aku dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, but dua tiga hari ni, dengar pasal Spain, bukan saje masuk telinga, namun terus melekat kat otak dan mengganggu gak emosi aku walaupun tak banyak tapi adalah sedikit.
Pantas tangan search anything yang aku boleh dapat info tentang Spain. huhuhu.. Hubi kata dekat ngan Italy dan France. Uhhh.. nape aku beriya nak tahu pasal Spain, sebabnya en hubi bakal diterbangkan ke sana untuk jangkamasa 3 minggu bertujuan untuk TRAINING jugak..
Waaa :'( :'( kalau ikut hati, memanglah tak nak kasi dia pergi. Antaranya sebab AKU KENA TINGGAL. 2nd sebab ade prosedur baru yang ditetapkan oleh kilangnya, once dia ke luar negara, kena sign contract tak boleh berhenti dari kilang mengikut jangkamasa yang ditetapkan. Tang kena ikat contract tu yang Mr Hubby aku kurang gemau sikit.
3 minggu beb.. macam nak pergi Haji pulak rasanya. 3 minggu tanpa bersua walaupun di hujung minggu. Ditambah pula, diri yang akan keseorangan bersama anak-anak sahaja di bumi Kluang ni. Aish.. dah terbayang betapa bosannya hidup ni tanpa en hubi.. Dah lah tak tahu bawa kereta jauh2 (padahal dah ada lesen selama 13 tahun dah).. memang mati akal aku kat Kluang ni nanti.
Tak apelah.. kalau itu yang terbaik untuk en hubi.. Aku redha. Aku tahu, dia sedang built up kerjaya dia. Aku jugak yang berkerjaya di dapur aje :(... SABARLAH DUHAI HATI, kerana apapun yang berlaku, ALLAH tetap ada bersamamu, dan apa jua yang berlaku, ITU ADALAH SEBENARNYA YANG TERBAIK buat kamu...
No comments:
Post a Comment