~Selamat Datang Ke Dunia Penulisan Ku~

Aku suka menulis, walaupun bukanlah seorang penulis yang profesional. Dengan menulis, aku rasa begitu tenang. Minat menulis telah wujud dalam diri sejak ku di bangku sekolah lagi. Kebanyakkan penulisan dalam blog ini adalah cerita-cerita koleksi peribadi, cerita pengalamanku sendiri, Persepsi diriku sendiri dan sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca yang lain. Turut dimuatkan dalam blog ini lagu-lagu kegemaranku. Selamat Datang ke Dunia Penulisan Mawar Aziz. Terima kasih atas sokongan kepada semua penyinggah di blog yang tak seberapa ini. Selamat Membaca!


Sunday, 24 June 2012

sehari lagi

hari ini dah 25hb. esok 26. hmm.. esok gak aku ade interview dgn spa.

Mak oii.. buka statistik spa, utk jawatan aku ni:

  • Bilangan permohonan - 112,141 orang
  • Bilangan dipanggil temuduga - 12,765 orang
  • Bilangan kekosongan jawatan - 650 sahaja 
  •  Bilangan calon simpanan - 1000 

huhuhu.. ramainya dipanggil temuduga. Adakah aku antara 650 orang yang bernasib baik? hmm.. wamwahualam. Moga2 lah yer, sangkut jawatan ni sebagai  rezeki baru ku  selepas berpindah ke Kluang ni. amin.. 










Wednesday, 20 June 2012

Susah hati

aish.. lain macam je hati ni seperti orang yang sedang susah hati. Ke memang betul susah hati? entahlah..

"Ya Allah, Mesrakan lah denganku pada memudahkan setiap yang sukar. Sesungguhnya memudahkan setiap yang sukar itu bagi-Mu adalah mudah. Aku mohon pada-Mu kemudahan dan limpah kebaikan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, tuhan yang hidup lagi penjaga alam semesta, aku meminta pertolongan belas kasihan-Mu, janganlah membiarkan aku walau sekejap matapun, dan perbaikilah segala urusanku" Amin.




"harapan akan bergaris panjang
antara rimbunan dedaun
dan gelap pohon-pohon"




~bicara ni aku share dari 'en. mimbar kata blog'~


Sunday, 10 June 2012

Study Time~

Alhamdulilla..

Dalam kesibukkan selama beberapa bulan ni, akhirnya aku sudah sampai ke stage penghujung pada semester kali ini iaitu stage 'final exam'. Walaupun belum boleh betul-betul 'lega' tapi sekurang-kurangnya beban 'assignment & task2' dari lecturer dah settle.. sekarang hanya perlu tumpu pada pembacaan buku sahaja.. Masa utk Study time~ hehehe..

Cakap pasal study time ni, bukan setakat nak kena study 3 subjek yang aku amik untuk semester ni aje, tapi aku kena gak study perkara-perkara yang berkaitan yang biasanya akan di soal dalam temuduga SPA.

Temuduga SPA? Ya! cakap tentang temuduga SPA, sykur sangat-sangat dalam keadaan yang sedang menganggur dan sedang mencari kerja balik ni, datang pulak temuduga SPA yang untuk jawatan pembantu tadbir. Syukur, moga-moga inilah peluang aku untuk dapatkan platform untuk masuk line gomen. Orang kata sekarang ni kerja kerajaan pun dah sedap. Stabil. hihi.. moga-moga Allah murahkan rezeki ku dan mudahkan segalanya untuk aku. Amin



Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah, dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Murahkanlah rezekiku Ya Allah. Amin



Okey.. jumpa lagi. :) tata~