~Selamat Datang Ke Dunia Penulisan Ku~

Aku suka menulis, walaupun bukanlah seorang penulis yang profesional. Dengan menulis, aku rasa begitu tenang. Minat menulis telah wujud dalam diri sejak ku di bangku sekolah lagi. Kebanyakkan penulisan dalam blog ini adalah cerita-cerita koleksi peribadi, cerita pengalamanku sendiri, Persepsi diriku sendiri dan sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca yang lain. Turut dimuatkan dalam blog ini lagu-lagu kegemaranku. Selamat Datang ke Dunia Penulisan Mawar Aziz. Terima kasih atas sokongan kepada semua penyinggah di blog yang tak seberapa ini. Selamat Membaca!


Sunday, 10 June 2012

Study Time~

Alhamdulilla..

Dalam kesibukkan selama beberapa bulan ni, akhirnya aku sudah sampai ke stage penghujung pada semester kali ini iaitu stage 'final exam'. Walaupun belum boleh betul-betul 'lega' tapi sekurang-kurangnya beban 'assignment & task2' dari lecturer dah settle.. sekarang hanya perlu tumpu pada pembacaan buku sahaja.. Masa utk Study time~ hehehe..

Cakap pasal study time ni, bukan setakat nak kena study 3 subjek yang aku amik untuk semester ni aje, tapi aku kena gak study perkara-perkara yang berkaitan yang biasanya akan di soal dalam temuduga SPA.

Temuduga SPA? Ya! cakap tentang temuduga SPA, sykur sangat-sangat dalam keadaan yang sedang menganggur dan sedang mencari kerja balik ni, datang pulak temuduga SPA yang untuk jawatan pembantu tadbir. Syukur, moga-moga inilah peluang aku untuk dapatkan platform untuk masuk line gomen. Orang kata sekarang ni kerja kerajaan pun dah sedap. Stabil. hihi.. moga-moga Allah murahkan rezeki ku dan mudahkan segalanya untuk aku. Amin



Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah, dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Murahkanlah rezekiku Ya Allah. Amin



Okey.. jumpa lagi. :) tata~


No comments:

Post a Comment