~Selamat Datang Ke Dunia Penulisan Ku~

Aku suka menulis, walaupun bukanlah seorang penulis yang profesional. Dengan menulis, aku rasa begitu tenang. Minat menulis telah wujud dalam diri sejak ku di bangku sekolah lagi. Kebanyakkan penulisan dalam blog ini adalah cerita-cerita koleksi peribadi, cerita pengalamanku sendiri, Persepsi diriku sendiri dan sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca yang lain. Turut dimuatkan dalam blog ini lagu-lagu kegemaranku. Selamat Datang ke Dunia Penulisan Mawar Aziz. Terima kasih atas sokongan kepada semua penyinggah di blog yang tak seberapa ini. Selamat Membaca!


Saturday, 30 March 2013

Setenang Itik di Air


Assalammualaikum.. 

Lamanya aku x update blog.  Kalau rumah tinggalan ni, mau dah bersarang labah-labah agaknya dalam blog ni. hihihi.. Facebook pun aku dah jarang online.. blog lagilah tak sempat jengah. huhu.. Sejak-sejak jadi orang 'gomen' ni..aku agak sibuk sikit. hmm.. kerja dengan Kementerian Kesihatan taklah se-rilex yang disangka. Siapa yang cakap 'kerja kerajaan' tu nampak rilex.. memang silaplah anggapan tu.

Wardah tika berumur  6 bulan
Okey.. bercerita sedikit tentang diri.. sekarang ni aku tengah menghitung hari... MENUNGGU APA TU? entahlah.. tunggu macam-macam. Yang pasti, pertamanya menunggu kelahiran anak aku yang ketiga. isk..isk.. cam tak caya je sekarang ni kandunganku dah masuk ke 28 minggu. Lebih kurang 3 bulan lagi nak menimang cahaya mata baru. Hari tu scan, insya-allah mungkin perempuan bakal anak ketiga ku ni. hehehe.. x sabar nak tengok si comel mama.. kot-kot ade ghupa kakak Wardah-nye ni tak?.

Keduanya aku sedang menunggu apa ye?? huhuhu... tunggu nak dapat duk dekat semula ngan en hubi n anak-anak... Agak2 kalau baru kerja, dah boleh minta transfer tak??? Adooiiii... Sendirian di Melaka taklah se-hapi mana. Tengok aje aku tenang menjalani kehidupan 'solo' di Melaka.. tapi dalam hati Allah je yang Maha Mengetahui. Ibarat seperti seekor itik yang sedang berenang di atas tasik.. memang nampak tenang. Tapi kaki di bawah berkocak kencang.
Setenang-tenang itik di air, kakinya berkocak di bawah
Hari-hari tak putus berdoa agar suatu hari nanti, aku akan kembali ke pangkuan suami dan anak-anak. Kembali dekat ngan encik hubi, menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sepenuhnya. Menjaga makan minum dan pakaian suami dan anak-anak. Sama-sama memikul tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak. Solat berjemaah bersama-sama. huhuhu... Bilalah Allah akan makbulkan impianku itu? Moga-moga ade petunjuk Allah agar aku dapat dekat kembali ngan keluarga aku. Insya-Allah. Amin..

Sekarang ni, apa yang aku mampu.. Hanya MENGUMPUL KEKUATAN dan BERSERAH segala-segalanya pada ALLAH. Tiap-taip hari aku memujuk hati aku agar BERSABAR. Kerana aku tahu, setiap yang berlaku itu tentu ade hikmahNya. Setiap keperitan ada kemanisan. Insya-Allah..

Okei.. time to sleep... entah bilalah dapau update blog lagi. ~tata titi tutu

 "Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha
ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung airmatamu
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja
Allah sedang menunggu bersama-samamu
Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan
Allah bersamamu untuk menenangkanmu
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu
Ketika segala sesuatu berjalan dengan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan syukur
Allah telahpun memberkatimu
Dimanapun kau atau ke manapun kau berada
Allah akan mengetahui dan sentiasa berada disampingmu"

No comments:

Post a Comment