Alhamdulilla..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih ada pengharapan yang baik dalam kehidupanku. Moga Allah sentiasa mentakdirkan yang baik-baik untuk aku dan keluarga. Insya-Allah.. Amin
Just mahu menulis secara ringkas untuk berkongsi sedikit kegembiraan ini. Jumaat lepas en hubi dah pun bayar deposit rumah dan dah pun dapat kunci untuk rumah baru yang bakal kami duduki. Alhamdulilla, ternyata akhirnya pengharapan yang ku tunggu selama ini, insya-allah semakin kesampaian. Kalau tak ada aral melintang, hujung tahun ni aku dan anak-anak akan mula berpindah ke Kluang. Rumah pun dah ada, cuma sekarang ni kena mula uruskan urusan perpindahan secara sikit-sikit dari Puchong ke Kluang. Urusan perpindahan sekolah anak, pertukaran alamat bil-bil, pertukaran line telefon streamyx... hmm.. banyak juga tu. Insya-Allah, moga Allah terus beri kemudahan pada aku dan keluarga. Amin
Cuma sekarang ni, kerja je yang tak nampak lagi. Tapi tak apa, aku yakin.. REZEKI ALLAH ada je di mana-mana. Yang penting, aku dan anak-anak dapat duduk dekat dengan suami. Hatipun senang, gembira.. dapat eratkan kasih-sayang, dapat sama-sama menjalankan tanggungjawab bersama dalam mebesarkan dan mendidik anak-anak, elak curiga, elak gangguan dan godaan-godaan luar yg datang bila hidup secara sendiri. Niat berpindah adalah kerana ALLAH TAALA. Insya-allah, niat yang baik, Allah pasti akan takdirkan yang baik juga untuk aku. Moga ada rezeki yang lebih baik ditakdirkan untuk aku bila aku sudah berada di Kluang nanti. Insya-Allah. Amin.
Thank you Allah atas segalanya!. Alhamdulilla......
~Aku ingin terbang mencari ketenangan hati yang dimana sebenarnya hati ini diciptakan untuk Allah s.w.t~
~Selamat Datang Ke Dunia Penulisan Ku~
Aku suka menulis, walaupun bukanlah seorang penulis yang profesional. Dengan menulis, aku rasa begitu tenang. Minat menulis telah wujud dalam diri sejak ku di bangku sekolah lagi. Kebanyakkan penulisan dalam blog ini adalah cerita-cerita koleksi peribadi, cerita pengalamanku sendiri, Persepsi diriku sendiri dan sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca yang lain. Turut dimuatkan dalam blog ini lagu-lagu kegemaranku. Selamat Datang ke Dunia Penulisan Mawar Aziz. Terima kasih atas sokongan kepada semua penyinggah di blog yang tak seberapa ini. Selamat Membaca!
jauh la nanti dgn ko madu, aku br nak duduk sepang semula :(
ReplyDelete