Assalammualaikum dan Salam Ramadhan untuk penyinggah di blog ini yang beragama Islam. Alhamdulilla, syukur ke hadrat Ilahi kerana terus dipanjangkan umur dan dapat diberi peluang untuk bertemu bulan Ramadhan yang mulia ini.
Hari ini masuk hari kedua Ramadhan untuk tahun ini. Alhamdulilla, walaupun semalam agak goyah sedikit, selepas Maghrib terus pengsan. Ku terpaksa melewatkan sedikit solat Isya dan terpaksa buat solat terawih secara sendiri lewat malam tadi. Insya-Allah.. moga Allah akan terus beri aku kekuatan dan kesihatan diri yang baik agar aku dapat terus merebut peluang melakukan amal ibadat sebanyak yang mungkin demi untuk keredhaan Allah.
MEMOHON KEKUATAN ALLAH dalam mencari KEKUATAN DIRI kerana ALLAH. Allah telah menjanjikan kelebihan yang banyak untuk hambanya di bulan Ramadhan ini. Antaranya Allah akan gandakan pahala ke atas apa jua perkara yang baik yang buat kerana Allah Taala. Allah akan beri hikmah, keampunan dan kelebihan ke atas hambanya yang melakukan ibadah, dan mencari keredhaan-Nya. Subhanallah. Maha Suci Allah. Allah telah menjanjikan pekara yang baik untuk hamba-Nya semperna Ramadhan yang mulia ini. Tidak inginkah kita kembali ke jalan Allah, mencari keredhaanNya semoga diampunkan segala dosa-dosa kita, dan moga dimakbulkan segala hajat dan keinginan kita selama ini?
Post saya kali ini saya sharekan sedikit info tentang niat berpuasa dan niat berbuka puasa, yang mana info ini saya just copy paste dari blog kawan-kawan lain. Moga perkongsian ilmu yang baik dapat memberi manfaat yang sama kepada kita. Akhir kata, Selamat Berpuasa, Selamat Beramal di bulan yang mulia ini. Jumpa lagi di post yang akan dating!. Insya-Allah.
Harapan Ramadhan – Raihan Dan Man Bai
Ku mengharapkan RamadhanKali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
No comments:
Post a Comment