Patutlah hari ini rasa happy sangat kat ofis,rasa diri ini terlalu banyak mulut, berceloteh itu ini and gelak-gelak, juga asyik dok menggelakkan orang(kebetulan boss pun tak ada).. rupanya malam Allah nak bagi hujan dlm hati....
Ibarat aku di kaki lima sebuah bangunan.. ingin meneruskan perjalanan ke suatu desinasi di dalam hujan. Jika aku mahu segera sampai ke tempat yang ingin dituju, Adakah aku perlukan payung untuk tumpang berlindung sepanjang perjalananku.. atau mungkin hanya sekadar baju hujan untuk mengelakkan basah?. Atau kedua-duanya?.. Any idea? atau aku hanya perlu bersabar, diam berhenti dalam bangunan, tunggu sehingga reda, dan kemudian baru meneruskan perjalanan walaupun akan terlewat sikit sampai ke destinasi yang ingin dituju...
Bukan senang nak puaskan hati semua orang, even kadang-kala kita takut juga jika sesuatu tindakan yang bakal kita lakukan boleh menyusahkan orang lain dan diri sendiri. Yang pasti, aku kini.. tidak berpayung, tidak berbaju hujan.. tidak berteduh dalam bangunan. Aku cuba untuk redah hujan itu. Moga Allah terus berikan ku petunjuk dan kekuatan. Amin......
No comments:
Post a Comment