~Selamat Datang Ke Dunia Penulisan Ku~

Aku suka menulis, walaupun bukanlah seorang penulis yang profesional. Dengan menulis, aku rasa begitu tenang. Minat menulis telah wujud dalam diri sejak ku di bangku sekolah lagi. Kebanyakkan penulisan dalam blog ini adalah cerita-cerita koleksi peribadi, cerita pengalamanku sendiri, Persepsi diriku sendiri dan sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca yang lain. Turut dimuatkan dalam blog ini lagu-lagu kegemaranku. Selamat Datang ke Dunia Penulisan Mawar Aziz. Terima kasih atas sokongan kepada semua penyinggah di blog yang tak seberapa ini. Selamat Membaca!


Tuesday, 19 July 2011

Menghitung Hari



Assalammualaikum..


Hari ini dahpun 19 Julai 2011 bersamaan 17hb Syaaban 1432 H.. Insya-Allah lebih kurang 12 hari lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulilla, moga Allah terus memanjangkan umur kita agar kita berkesempatan menemui bulan puasa yang dirindui dan Hari raya Aidilfitri yang akan datang.


Bercerita tentang bulan puasa, nampaknya doaku masih belum dimakbulkan Allah lagi. Ternyata kali ini aku akan terus berpuasa sendiri tanpa suami di sisi. Kali ini sudah masuk tahun yang ke-3 aku akan menjalani puasa hanya dengan anak-anak, ibu dan adik beradik di sini. Hajat untuk berpindah dekat dengan suami dan menjalani ibadah puasa bersamanya nampaknya masih belum kesampaian untuk tahun ini. Insya-Allah, puasa di tahun akan datang, Allah memperkenankan doaku, mendekatkan kembali aku, anak-anak dan suami. Sungguh, aku benar-benar rindu ingin menjalani kembali kehidupan berumah-tangga sama seperti kebanyakkan insan lain yang telah berkahwin.

Hmm.. mungkin sekarang aku harus bersabar dan bersyukur dengan apa yang Allah telah takdirkan untukku. Aku tahu, sabar itu adalah separuh daripada iman. Malah, bila sesekali membaca blog insan lain lain yang lebih malang dariku, aku benar-benar insaf. Satu blog tentang namanya juga sama seperti aku, Mawar dan arwah suaminya bernama Nafastari. Terima kasih buat ibu kepada Mawar yang ada menulis blog untuk bicara hati tentang anaknya. Terima kasih ibu. Saya meminjam kata-kata ibu pada Mawar bahawa "SABAR ITU INDAH". Mengenangkan nasib Mawar anak ibu bersama suaminya yang telah tiada, Nafastari, Mawar Aziz berasa sungguh insaf. Kerana saya masih mempunyai suami, cuma Allah menguji sedikit ketabahan saya dan suami dengan menjarakkan kami (perkahwinan jarak jauh, hanya berjumpa di hujung minggu sahaja).

Dalam pada masa menunggu mata kelat, saya cuba mendengar lagu-lagu lama favourite saya tika zaman sekolah dulu.Antaranya lagu 'Menghitung Hari' nyanyian Kris Dayanti seperti yang saya attachkan di ataskan. Saja suka-suka, ikuti lirik lagu "Menghitung Hari versi Aku".. agak-agak, masuk tune tak senikata ni jika dinyanyikan mengikut retak Menghitung Hari di atas? huhu..


Menghitung hari detik demi detik
Masa ku nanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari

Ku cuba padamkan gelora hatiku
Ingin segera dekat denganmu
Walau ku telah penat menunggu
dengan harapan

Oh bilakah kan kau bawa ku pergi
Hati ini merintih sepi
Aku mahu engkau mengerti
Ku tak sanggup lagi sendiri....

Ku cuba padamkan gelora hatiku
Ingin segera dekat denganmu
Walau ku telah penat menunggu
dengan harapan

Oh bilakah ini akan terjadi
Impian hidup dekat denganmu
Oh Sayangku.. satu pintaku 
Segeralah bawa ku pergi.....


Oh bilakah kan kau bawa ku pergi
Hati ini merintih sepi
Aku mahu engkau mengerti
Ku tak sanggup lagi sendiri....



aku dan suami yang dicintai


No comments:

Post a Comment