Mujur ada jugak beberapa penulisan saya yang saya publishkan di blog lama masih saya simpan di laptop ini. Jikalau tidak, ternyata saya telah kehilangan banyak penulisan saya selama ini setelah blog friendster saya dilupuskan. Sebenarnya sedih juga. Bukan senang untuk menulis. Kadang-kadang idea menulis akan datang di waktu malam. Ketika itu, jika fikiran tidak mahu berhenti berfikir, mata tidak mengantuk.. bloglah menjadi tempat curahan rasa, idea dan karya saya selama ini.
penulisan saya yang kedua, untuk bacaan bersama: Bicara Wanita untuk Wanita.
|
Wanita yang aku kagumi, walaupun aku tidak pernah mengenalimu secara nyata, tapi aku terasa seperti pernah mengenalimu. Wanita, aku tahu hatimu halus, sehalus hatiku yang sama wanita sepertimu. Aku juga tahu, jiwamu begitu lembut, selembut wajah dan sifat aslimu. Wanita, maafkan aku kerana pernah melukakan hatimu tanpa sengajaku. Ku akui kesilapanku. Ku akui aku teralpa menyayangi dia yang telah menjadi milikmu. Maafkan aku wanita, kerana aku benar-benar dihimpit rasa bersalah sejak hari itu.
Wanita.. benar. Aku pernah menyayangi dan menyintainya. Dan benar, dia pernah hadir dalam hatiku suatu tika dulu. Kewujudan dia sebagai peneman ku dikala duka sedikit sebanyak telah merubah hati ini kepada perasaan yang sungguh asing sekali, tetapi amat membahagiakan. Hadirnya dalam kehidupanku sedikit sebanyak telah menyuntik semangatku untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini. Benar, sedikit sebanyak keasyikkan perasaan ini telah melekakan kami tentang kebenaran sebenar yang berdiri teguh disebalik hubungan itu. Akhirnya kami tersedar, dan mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri.
Wanita, sebenarnya ketika penemuan itu, hubungan kami telah lama berakhirnya. Malah ketika itu, hubungan kami telahpun menjadi sisa-sisa debu yang bisa berterbangan ditiup angin. Antara kami tiada lagi apa-apa, kerana kami telah lama mengakhiri kesilapan kami. Usahlah kau khuatir, hatiku telah lama memulangkan hatinya kepadamu.. juga hatinya sebenarnya amat tulus menyintaimu, dan bukan aku.
Sesungguhnya kau amat bertuah duhai wanita. Kau lebih bertuah dari aku. Dan kau sangat bertuah kerana memilikinya dalam hidupmu. Kau juga cantik, sempurna sebagai wanita yang mempunyai wajah yang mempersonakan. Kau bekerjaya, berkedudukan tinggi malah dirimu lebih hebat dan indah dari diriku. Kau tiada apa kekurangan cuma kau ada sedikit ego, yang harus kau lunturkan bagi memastikan hubungan kalian berjalan baik. Belajarlah fahami hatinya. Dan berilah perhatian yang lebih kepada dia yang sebenarnya rasa kesunyian dan perlukan kasih sayang.
Wanita yang aku kagumi, alangkah indahnya jika aku diberi peluang untuk bertemu kamu. Ingin ku lafazkan ungkapan maaf tulus dari hati ini. Aku tahu hatimu sangat kecewa dan hancur. Aku boleh merasakan kesakitan itu. Aku percaya, hatimu pasti amat membenci diriku ketika ini. Jika benar itu yang memang berlaku, aku akur dan menerima hukuman itu. Aku memang patut dibenci kerana kesilapan itu. Tapi berilah peluang pada dia. Maafkanlah dia. Ingin benar aku melihat kalian berbahagia, kerana bahagianya dia adalah bahagiaku jua. Walaupun sebenarnya perasaan sayang untuknya tak bisa ku hapuskan, tapi percayalah wanita, aku sudah menoktahkan segalanya, kerana aku juga seorang wanita.
No comments:
Post a Comment