~Selamat Datang Ke Dunia Penulisan Ku~

Aku suka menulis, walaupun bukanlah seorang penulis yang profesional. Dengan menulis, aku rasa begitu tenang. Minat menulis telah wujud dalam diri sejak ku di bangku sekolah lagi. Kebanyakkan penulisan dalam blog ini adalah cerita-cerita koleksi peribadi, cerita pengalamanku sendiri, Persepsi diriku sendiri dan sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca yang lain. Turut dimuatkan dalam blog ini lagu-lagu kegemaranku. Selamat Datang ke Dunia Penulisan Mawar Aziz. Terima kasih atas sokongan kepada semua penyinggah di blog yang tak seberapa ini. Selamat Membaca!


Monday, 25 July 2011

Hikmah Di Sebalik Setiap Kejadian


Pernah tak korang dengar pepatah ni. "Kenapa Allah turunkan hujan? kerana selepas itu Dia ingin beri kita Pelangi". Hmm.. Selain ayat di atas, mesti korang selalu gak dengar pernyataan "Ada Hikmah di Sebalik Setiap Kejadian". Tahukah korang bahawa ayat-ayat ini adalah antara ayat yang memberi kekuatan hati dan dapat mempositifkan diri dikala kita dilanda kesedihan.

Teringat kisah minggu lepas, aku ada cakap sama seorang kawan ofis aku, Chhoa namanya..

gambar ni aku ambil dari blog en adiman. Mohon utk share ye encik :)
“Percaya tak Chhoa, sebenarnya dalam hidup  ini kadang-kadang tuhan tarik sesuatu yang kita ada or dalam erti lain, kehilangan sesuatu yang kita sayang kerana tuhan itu nak bagi kita sesuatu yang lebih baik?”.

Chhoa tersenyum mendengar bicara aku, dan dia memberitahu dia tak tahu, dan tak sure nak percaya ke tak sebab dalam hidupnya, dia masih belum pernah kehilangan. Sounds good :) 

Aku explain lagi kat Chhoa untuk membuktikan apa yang aku katakan tentang pernyataan aku tu tadi. Aku tunjukkan kat Chhoa blog ini. See..

 “Tarra!!.. saya sudah ada blog yang baru!.  Tengok.. dulu dengan blog di friendster, ianya agak limited. Hanya dapat masukkan gambar  or hanya dapat paste link sahaja untuk mana-mana lagu-lagu yang saya untuk saya masukkan dalam blog saya tapi kini, dengan blogger ni saya boleh muatkan video, gambar or also boleh paste direct lagu dari youtube ke dalam blog saya”.  Sebagai contoh, tengok.. aku cuba upload video lagu my memory.



Hehehe.. dengan penuh bersemangatnya menerangkan kat Chhoa. Terpulanglah pada dia nak percaya tak pada kata-kata aku tentang hikmah disebalik sesuatu kejadian. Yelah, dia kan fahaman agama yang lain. Harap perkara yang baik, Chhoa boleh terima.

Berbalik kepada kisah tuhan nak bagi sesuatu yang lebih baik. Pastinya rakan-rakan yang lainpun ada pengalaman sendiri. Antara lain aku suka sharekan sama kawan-kawan, aku pernahpun muda satu tika dulu. Pernah juga mengalami cinta pandangan pertama, mungkin pengalaman yang sama juga seperti kebanyakkan orang. Pernah disakiti, ditolak cinta, kasih tak kesampaian atau dalam erti kata lain ‘kecundang dalam bercinta’. Hehehe.. Semuanya aku pernah rasai.

Sudah semestinya untuk korang yang pernah bertepuk sebelah tangan or putus cinta akan merasakan betapa peritnya sakit bercinta ini. Mesti tika tengah frust menonggeng, air mata laju je membasahi pipi, hati rasa sakit seolah-olah dicucuk duri. Melalui pengalaman sendiri, susah juga nak ubati hati yang cintanya tidak kesampaian. Tu tak termasuk sakit menanggung rindu. Sakit akibat benci yang cuba disemai dalam hati untuk suatu yang pernah kita sayang. Sungguh sakit, bukan?. Tika itu, lama juga aku tertanya dalam diri, mengapa aku dipertemukan dengannya? Mengapa Allah cipta kenangan antara aku dan dia sedangkan dia bukan ditakdir untukku? Mengapakah Allah wujudkan rasa sayang ini pada insan itu sedangkan dia bukanlah jodoh aku?. 

 Tapi kini baru aku tahu, dugaan Allah itu hanya untuk menguji ku sebagai hambaNya. Malah bukan itu sahaja, Allah tarik dia yang aku pernah sayang kerana Allah nak BERI AKU YANG LEBIH BAIK dari dia. Ye, Allah nak beri aku En. Mohd Naza b. Zawawi, insan yang Allah telah takdirkan untuk aku. Allah beri aku jodoh yang lebih baik. Alhamdulilla. Aku bahagia memiliki En. Hubi sebagai suamiku. Dia seorang yang sungguh penyayang dan bertanggungjawab. Itulah dikatakan hikmah di sebalik setiap kejadian. Dan cinta pertama berjaya ku singkirkan setelah ku temui seseorang insan yang lebih baik berbandingnya.

Antara contoh lain, tentang hikmah dan apakah yang dikatakan, Allah beri sesuatu yang lebih baik disebalik kesedihan dan kehilangan sesuatu buat kita? Allah mengambil kembali ayahanda tercintaku pulang kepangkuan-Nya pada 21 September 2004. Aku benar-benar kehilangan seorang insan yang amat aku hormati dan sayangi.  Lama juga aku menangisi pemergian arwah abah. Dikala aku dibelenggu masalah, abahlah penasihat aku selama ini. Abahlah pembakar semangat aku. Kekuatan aku. Tapi bila umurnya tidak lagi panjang, aku benar-benar rasa kehilangan. Walaupun masih punyai emak dan suami yang cukup prihatin disisi, pemergian abah tiada gantinya. 

Terfikir lagi, kenapa Allah mengambil nyawa ayahku ketika kandungan pertamaku baru mencecah 4 bulan. Sedikit galat kerana arwah abah tidak sempat menemui cucunya yang dia amat teringin untuk lihat lahir di muka bumi ini. Bila aku fikir semula tentang hikmah disebalik kejadian ini, rupanya Allah nak beri aku sesuatu yang lebih baik dalam diri aku iaitu Allah telah wujudkan “PERASAAN KASIH SAYANG” yang lebih mendalam untuk emak, pada ayah mertuaku, pada mak mentuaku. Pemergian abah lebih buat aku bersifat kasih-sayang. Allah beri aku perasaan untuk lebih menghargai insan-insan yang aku kasihi yang masih hidup lagi di bumi Allah ini. Dan aku juga tahu, bahawa Allah lebih menyayangi arwah Abahku. Dan tiada cinta yang kekal abadi selain cinta Allah. Subhanallah…

Pernah tak korang dengar lagu “FLYING WITHOUT WINGS” nyanyian Westlife?.  Lirik yang berbunyi “Coz who’s to know which one you let go, would have made you complete”. Siapa tahu, perkara yang kita tak suka itu sebenarnya sesuatu yang baik untuk kita?. Baru tadi aku ada chatting sekejap dengan Hilmy, juga salah seorang ofis-mate aku. Aku tanya dia juga pendapatnya tentang ‘hikmah di sebalik setiap kejadian’. Ingin ku ambil sedikit kata-kata Hilmy untuk dikongsi bersama kawan-kawan lain. Katanya ‘Kebaikkan adalah untuk mereka yang bersabar,dan Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.’

Ya, aku pernah mendengar bicara sebegitu.  Selalu juga mambacanya bila sesekali aku search tentang kekuatan hati. Bercakap tentang kekuatan hati, aku nak share gak kata-kata ni yang aku dapat dari sahabat baik aku yang aku panggil madu atau Ani kerana sharekan wallpaper ni untuk aku. For your information madu, aku memang gunakan wallpaper ko ni untuk hiasi desktop pc aku. Cuma aku aku edit sikit letak gambar aku di wallpaper tue. Hehehe.. Terima kasih banyak madu! M really appreciate it and love u so much, honey ;)


Wallpaper dari madu :) untukku <3



1 comment: