Ni encik Hubi kalau tengok aku asyik update blog, pasti dia bising.. Dia kata aku ni 'tak belajau, dok main blog jer'. huhuhu.. sorry ye en hubi.. 10 minit je sayang. Pasni saya baca buku k! Janji :).. hehehe..
Saja nak menulis something, org kata warm-up before nak concentrate study jap lagi. Walaupun kuiz lagi 2 minggu, banyak gak subjek nak kena cover termasuk chapternya yang banyak nak kena baca. Huhuhu.. bukan senang yek rupanya nak belajar nie.
Semester ni dah masuk sem 3. Walaupun pointer teruk hampir hancus.. insya-allah azam sem ni, saya nak buat yang terbaik. Last sem mungkin jiwa tak tenang. Banyak sangat konflik. Dalaman + luaran. Sekarang rasa OK sikit.. dan dapat beri perhatian lebih sikit kat buku-buku INED nie. hehehe..
Syukur sangat dah sampai tahap ni. Kalau di tengokkan balik gambar kawan-kawan masa sem 1 & 2 dulu,sekarang ramai yang dah tak ada. Yang dah dismiss lain, yang dah tarik diri tak sanggup teruskan study lain.. hmm.. dah tinggal sikit je dah kawan e-pjj ku nie. Yelah, mungkin bahagian mereka sehingga takat tu ajer. Walau bagaimanapun, aku doakan moga kawan-kawan yang dah tak sama kami lagi dalam meneruskan perjuangan ini akan tetap berjaya dalam lapangan mereka yang lain. Insya-Allah.
Bila pikir balik, sebenarnya susah gak jadi pelajar EPJJ ni. Banyak komitmen. Terkejar-kejar. Masa tak cukup, and always study last minute jer. huhuhu.. Bila tengok pointer aku yang hampir nak tergolek last sem, rasa macam nak putus asa je. Selamat en hubi banyak bagi galakkan. Aku nak juga ada degree, master macam kawan-kawan lain yang dah berjaya. Bila tengok banyak kawan-kawan dah maju ke hadapan, semangat nak berjaya macam mereka terus berkobar-kobar kembali.
Tak apa, tak nak patah semangat. Aku akan terus berusaha sehingga berjaya. itu janji aku pada diri sendiri. Kadang-kadang tu, teringin gak nak ada title DR kat depan nama aku. Hmm.. Matching tak? "DR. MAWAR AZIZ". Macam best je bunyiknye kan?. hikhikhik..
Isk.. lama lagi nak sampai tahap tu. Insya-Allah, moga Allah makbulkan juga hajatku suatu hari nanti. Amin
Oklah, nak pulun baca buku ni! tata blog, tata FB, welcome Modul INED :)
Masa presentation part 1 dulu |
Tetiba nak praktiks mandarin. Ta shi wo de pengyou. :) |
My best partner dlm study group aku: Pn Ayu Zahrina |
Dari 9 orang rakan group aku, kini hanya 5 yang masih meneruskan perjuangan ini. |
hampeh tol en hubi. Ngam2 je pas aku post blog ni, dia call meng-check aku tgh buat apa. hahahha! Luv u syg :)
ReplyDeletesalam mawar.. saya pun sebenarnya tgh berkira2 nak sambung study smula.. saya ada satu pertanyaan, utk ambil epjj ni kita wajib berkerjaya ke?? sebab saya baru berhenti kerja utk ikut hubby yang kena transfer ke negeri lain.. bila duduk rumah macam ni semangat nak sambung belajar berkobar2 pula rasanya.. harap mawar boleh beri penjelasan.. thanks :)
ReplyDeleteWaalaikumusalam salina.
DeleteTerima kasih krn menyinggah di blog saya.
Pada pendapat saya,kalau x silap, rasanya nak sambung epjj ni x de masalah kalau x berkerjaya, yang penting sekurang-kurangnya awak ada at least 1 tahun pengalaman kerja yang sama bidang ngan course yg awak nak ambil tu. Untuk kepastian, awak boleh cuba call direct Universiti yg awak nak mohon epjj tu. Sayapun, selepas belajar selama 1 tahun setengah, then ikut hubi pindah Kluang. 1 tahun menganggur x kerja, tetapi kordinator kursus saya kata x ape. Still can continue walaupun x kerja.
Gembira saya dengar hajat salina nak sambung study. Saya amat galakkan niat murni awak itu. Moga awak berjaya ye. Insya-Allah