Saje aku update blog aku ni dengan post lama aku dalam blog aku dulu. Selamat masih ada soft-copynya dari dalam email. Untuk kenang-kenangan. Gambar semuanya dah terhapus and hilang bersama lupusnya FRIENDSTER. Sayang sungguh. Tak ada langsung gambar kenangan. Anyway, sekarang tgh mohon jasa baik kawan-kawan kot2 mrk masih dok simpan gambar di Candi Brobudur. Dapat sekeping dua pun jadilah, kan. If ada, insya-allah, saya kan uploadnya di kemudian nanti.
~JOGJAKARTA~
Akupun tak tahu nak gambarkan macamana bestnye Yogja ni. Adakah seronoknye di sebabkan oleh Candi Brobudur? (salah satu keajaiban dunia), atau di sebabkan oleh kerana time tue aku terasa sebagai jutawan? (jutawan rupiah lah), ataupun itu adalah pengalaman pertama aku 'solo', berjalan bujang (tanpa Naza & anak2) setelah usia perkahwinan kami hampir mencecah ke usia 5 tahun.. he.he.he.. Sori yek sayang Naza..Saje je tulis macam tue.. gurau2.. jangan mare.
Tapi memang bestlah.. Salah satu yang buat trip ini seronok pun sebab clique yang join group ni semuanye best2.. Mana taknye, aku seronok tengok gelagat Liza yang kaki shopping, Kak Amy yang petah bercerita itu dan ini, Zaima & suaminye yang sporting.. keletah Fatimah yang comel, ragam Shah yang selalu sakit perut, abang jai yang tetiba jadi "famous", kak Jun yang suka bergambar, En. Agus & wife yang kelakar, abang usop yang perasan macho, karenah waafa yang menghiburkan dan yang paling best.. Boss aku dalam masa 3 hari tue (Pn Herlina) tidak membebankan otak aku dengan kerja2 di pejabat. hahaha..
k.. bercerita pasal Yogja, actually aku memang kagum dengan Candi Brobudur tue.. memang cantik, dan rasa macam tak percaya dapat tengok dari dekat. Tapi aku malaslah nak cerita satu persatu pasal tempat ini. Korang check je lah nanti kat dalam friendster aku.. Insya-allah, aku akan upload beberapa photo yang menarik berkaitan tempat yang menjadi salah satu sejarah kebanggaan masyarakat di Yogja ini. Sekarang pun dalam proses pemilihan gambar untuk diupload.. sbb banyak muka2 aku yang candid dan kurang "cun" untuk tatapan umum. Moga adelah gambar aku yang elok2 sikit dalam kamera En. Hamidon.
"Harap dalam kes ini, En. Hamidon dari Hidayah Travel dapat memberi kerjasama dalam mempercepatkan untuk bagi kat kami gambar2 kami yang menarik kat Yogja tue yek.. wajah saya yang tak comel tu bolehlah delete.. tapi wajah kengkawan lain dari PEERS Consult ni yang buruk2.. jangan delete.. lagi saya mahu. Hehe.. Tq.."
Berbalik pada kisah di Candi Borobudur.. satu pengalaman yang tak boleh dilupakan adalah bila masa di kepung oleh peniaga2 jalanan yang ingin mencari rezeki di saner. Time tu, ramai peniaga-peniaga tu datang kat kita, dok nak melariskan barang2 jualan mereka.. Mula-mula tu takut juga. Rimas pun ade. Bak kata En. Hamidon, "dah macam selebriti la pulak".. tapi itu memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Bila sesekali teringatkan suasana di serbu peniaga jalanan itu, jika nak dibandingkan mereka yang berebut-rebut berniaga untuk menawan hati pelanggan untuk membeli barangan mereka, bersusah payah untuk mencari sesuap nasi, kadang2 aku rasa bersyukur sangat kerana dikurniakan kerja yang baik, dan sumber rezeki yang murah (mudah).. Alhamdulilla.. Tapi aku berpuas hati jugalah walaupun akhirnye terpaksa juga membeli barang dari salah seorang peniaga jalanan di Candi Borobudur itu. Puas hati selepas melihat air muka peniaga itu seolah-olah terasa
bersyukur sangat akhirnya bila aku sanggup membayar dia sejumlah 100,000.00 Rupiah untuk 6 helai t-shirt Candi Borobudur. Tak apelah.. aku beli tu pun dengan niat untuk menolong "bak" itu kerana Allah. Kasihan pun ada..
Antara lain aku nak kongsi di sini, adelah cerita tentang satu aktiviti group kami yang sangat menghiburkan. Malam kedua kami di Jogja, group kami di bawa ke satu padang di mana terdapatnye 2 pohon beringin di situ. Tak silap aku, tempat tu di Alun-Alun Selatan. (Kawan2, kalau saya salah.. please inform untuk diperbetulkan). Diringkaskan cerita.. (diambil dari bicara Pak Sofian - travel agent kami di Yogja).. Kepercayaan mereka di kedua-dua pohon beringin itu, kononye jarang sangat orang akan dapat berjalan lurus dan berjaya melewati tengah-tengah di antara kedua pokok-pokok itu. Kononnye, hanya orang yang jujur & hati bersih sahaja yang dapat berjalan lurus sehingga berjaya lalu di tengah2 ruang antara 2 pohon beringin itu. Rata-rata orang yang mencuba untuk berjalan ke situ (dengan keadaan mata tertutup) akan belok ke kanan, atau belok ke kiri.. (tidak berjaya berjalan lurus sehingga melewati pohon beringin tu) dan lebih teruk lagi berpatah balik ke
belakang. Hahaha.. Pengalaman dari kawan-kawan di PEERS memang kelakar.. Especially mereka2 yang terover confident seperti abang Jai & En. Agus.. semuanye membelok.. rasanye berbanding kawan-kawan yang lain.. aku "OK" sikit kot. Hampir2 lurus... Hahaha.. Kawan-kawan yang tak pernah pergi ke sana mungkin susah nak gambarkan keadaan yang di ceritakan ini kan. Tapi tak ape, jika nanti ade gambar-gambar kenangan pasal pohon beringin ini, korang boleh tengok kat friendster aku nanti. Ok
Pengalaman ketiga yang menyeronokkan adalah sewaktu aku bershopping sakan kat saner. Cam tak caya je, RM 400.00 (lebih kurang 1 juta rupiah lebih sikit sbb aku ade tukar lagi duit di sana) dapat dihabiskan dalam masa lebih kurang 6 jam sahaja.. Borong sakan.. sehingga berat beg aku menjadi 11 kilo lebih. Tapi seteruk-teruk aku berbelanja, Liza lagi dasyat.. walau bagaimanapun, aku kira puas hati dan rasa berbaloi.. aku gembira sangat bila semua barang yang aku angan2kan untuk beli sebelum sampai di sane, semuanya aku dapat. Aku dapat beli telekung yang bersulam2 dengan harga lebih kurang RM18.00 sahaja (bila di convertkan dengan duit Malaysia).. sedangkan kalau di Malaysia, telekung itu biasanye dijual dengan harga RM60.00 dan ke atas. Aku dapat beli kain batik, baju batik untuk putra-puteri aku, dan yang paling happy bila aku dapat beli CD instrumental (gamelan - jawa). Dan satu lagi barang yang aku tak sangka aku beli.. adalah baju kebaya siap.. memang
cantik, bersulam2.. dengan harga bila di convert "RM" dalam RM30.00 - RM40.00 sahaja. Alhamdulilla... bersyukur atas rahmat Ilahi & kenikmatan berbelanja yang di beri.
Antara perkara-perkara lain yang seronok di sane adalah bila dapat naik kereta kuda malam-malam ngan Liza, kak amy & kak jun.. pusing sehingga ke Alun-alun Utara di Yogja. Selain itu juga, makanan kat saner pun "OK" walaupun ade yang terlebih pedas.. tapi memang kenyang lah.. Trip ini juga jadi lebih hibur & ceria kerana Wakil agent dari Yogja (lupa rekod di minda nama agencynye) yang kelakar.. iaitu Pak Sofian, Pak Agus (Not Agus Malai yek) and Pak Tommy.. Terima kasih banyak atas kerjasama yang diberi sepanjang kami di sana.. dan tak lupa juga wakil agent dari M'sia - En. Hamidon (Hidayah Travel) yang friendly.. terima kasih atas kerjasama yang diberi dan sentiasa memastikan semuanya berjalan dengan lancar & selamat.
Hmm.. rasanye dah penghujung penulisan ini. Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan terima kasih pada kawan2 PEERS yang sama-sama join trip ini.. korang memang "BEST".. untuk Chhoa & Che Enal yang tak turut serta trip ni, mungkin ade peluang yang lain nanti. Tapi saya yakin, kalau kalian ade, mesti lagi seronok trip ini kan.... Thanks also pada penaja (Directors PEERS Consult)...hehe.. Terima kasih daun keladi. Tahun depan, bawak jalan lagi!
Dan last sekali, Terima kasih banyak pada suami saya yang tersayang - En. Mohd Naza b. Zawawi, di atas keizinan dan kepercayaan yang diberi pada saya untuk turut serta mengikuti rombongan ini. Rasanya tanpa kebenaran awak, mawar tak akan dapat pengalaman Yogja yang cukup indah ini.. Thanks my dear.
alhamdulilla, malam ni en hamidon (wakil dari travel agent) ada emailkan beberapa keping gambar. Syukur. Ada gak kenangan gambar untuk lihat-lihat bagi melepaskan rindu pada Jogjakarta. Hehehe..
No comments:
Post a Comment