Next… sementara menunggu Semester UiTM buka semula, aku terfikir untuk menaip semula koleksi-koleksi cerpen penulisanku sendiri yang kini hanya ada didalam bentuk hard-copy. Soft-copynya dah hilang, malah banyak juga koleksi penulisanku adalah ditulis secara manual, dalam erti kata lain ialah tulisan tangan. Mana tidaknya, zaman dulu-dulu mana ada computer. Hanya sebatang pena dan kertas kajang aje yang akan menemani aku untuk mengisi masa lapangku.
Sesekali aku berpeluang menaip koleksi cerpenku jika aku ke rumah kakak ketiga ku dulu. Tapi biasalah, selepas print, ntah kemana dah simpan file itu. Maklumlah, zaman dahulu, kepakaran aku menggunakan computer baru di tahap 1.
Koleksi pertama yang aku ingin taip semula adalah bertajuk “Mutiara Cinta”. Tak ingat ianya di tulis pada tahun berapa, tapi rasanya pada tahun 2000, ketika itu aku masih menggunakan email achu_81@hotmail.com. Sekarang email tu dah tak valid. Kalau validpun, ownernya dah berubah.
Sekarang aku hanya mampu menaip cerpen-cerpen yang telah aku tulis, tetapi aku sudah tidak mampu menghasilkan karya yang terbaru. Ternyata bakat yang ada telah tumpul, mungkin telah lama tidak diasah. Sebenarnya, keinginan dan idea untuk menulis akan muncul bila kita banyak membaca.
Oklah, Jom meneruskan pembacaan anda pada penulisanku tika zaman muda dahulu. Jangan terperanjat, watak di kebanyakkan cerpen aku akan digunakan nama Wardah, sebab dulu aku suka nama Al-Wardah. Sehingga bila melahirkan anak perempuan, aku telah menamakannya dengan nama kegemaranku suatu tika tu. Tapi lain sikit, bukan Al-Wardah tetapi Wardah Nur Nazahah.
* * *
~MUTIARA CINTA~
Kehidupan di dunia ini hanyalah satu yang sementara. Kita sebagai manusia hanyalah pelakon yang memegang watak-watak yang telah ditetapkan, manakala dunia ini adalah pentasnya. Walaupun begitu, dalam meniti kehidupan ini, ianya memerlukan sebuah pengorbanan dan pengertian. Apakah bentuk pengorbanan yang perlu dilakukan, dan apakah yang dikatakan dengan erti pengertian?!?...
Aku segera bangkit dari tidur setelah terdengar azan Subuh berkumandang di ruang udara. Haiyaa’lalfalah ‘marilah menuju kejayaan’ .. ‘Assolatuhairumminannaum…’ “Sembahyang itu lebih baik dari tidur…”. Aku mula melangkah untuk mengambil wudhuk apabila mendengar seruan itu. Sebagai seorang Islam, aku berpegang teguh kepada seruan agama itu sebagai asa dalam prinsip kehidupanku.
Di luar, suasana semakin cerah. Mentari pagi mula bersinar ceria. Tetapi, apakah aku akan turut ceria seindah mentari itu?. Hatiku cukup gusar, mengapakah sejak semalam, fikiranku hanya teringatkan Azli, lelaki yang bakal bergelar peguam muda tidak lama lagi.
“Apakah aku masih menyintai lelaki itu lagi?!?” detik hatiku sendirian. Entahlah, aku kurang pasti. Setelah hampir empat tahun aku cuba melupakannya, namun apa yang pasti.. aku masih gagal melontarnya jauh-jauh dari sudut hati ini.
Azli, lelaki yang mula-mula sekali mengenalkan aku apa itu ertinya rindu, dan apa pula yang dikatakan cinta?. Malah dia juga lelaki pertama yang kucintai. Sayangnya, cinta yang ku semai selama ini tidak pula ku miliki akhirnya. Dia tidak pernah menghargaiku.
“Azli…” bibirku mula membisikkan namanya.
“Azli, aku sayangkan kau.. kembalilah padaku, sayang” setitik air jernih menitis di pipi. Tuhan, tabahkanlah hati hambamu ini – Doaku memohon pada Ilahi agar diberi kekuatan dalam meniti liku kehidupan ini.
* * *
“Lupakan saja lelaki itu!” Bentak Aika dengan geram. Aku tergamam mendengar ungkapan kata dari mulut perempuan itu. Apakah tindakan sedemikian yang sepatutnya diberikan padaku?. Apakah itu tanggungjawab dia sebagai seorang sahabat?. Dikala aku memerlukan seseorang untukku luahkan tentang jiwaku yang terseksa kerana lelaki itu, dia pula memarahiku dan menyuruhku melupakan lelaki itu. Apakah itu tindakan yang benar?. Tapi jika ia benar, apakah aku mampu untuk melupakan Azli?
Aika kemudian memandang tepat ke wajahku. Aku tunduk. Perlahan-lahan dia mula menghampiriku. Mungkin dia sedar bahawa aku terkecil hati dengan kata-katanya.
“Wardah…”panggilnya lembut sambil memegang perlahan bahuku.
“Dengar dulu penjelasanku. Aku bukannya marah atau benci engkau ingin menyintai Azli tapi hakikatnya Azli sudah begitu jauh dengan kau. Dia dah terlalu jauh, Wardah. Mungkin kini dia sudah melupakanmu.” Aku mengetap bibir mendengar butir kata yang keluar dari bibir Aika.
“Lupakan saja dia. Kenangan kamu bersama dia sudah pudar, sudah berlalu. Hampir empat tahun yang lalu. Dia tidak pernah lagi mengendahkan kau, jadi mengapa perlu kau menyeksa jiwa kau dengan penantian yang tak berbalas?” Perlahan, Aika menasihatiku. Airmata ini sudah tidak dapat ku tahan. Hatiku terlalu sebak.
“Tapi Aika, aku terlalu menyintainya!. Selama empat tahun, aku menjadi perindu yang sepi… dengan harapan dia akan kembali menjadi milikku” Segera ku cuba membendung airmata yang semakin mengalir laju. Entahlah, aku pun tidak tahu mengapa kini, aku begitu lemah. Mungkinkah kerana aku benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku antara hubungan aku dan Azli?. Mengapa mesti berlakunya perpisahan antara aku dan dia?!? Mengapa?!?.. Mengapa?!?
Allah Huakbar!, Allah Huakbar!.. Allah Maha Besar. Wahai Wardah, terimalah hakikat perpisahanmu dengan Azli.
“tidakkkk!!!” jerit hati kecilku sendirian. “Wardah, tidakkah kau percaya pada kekuasaan tuhan?, tidakkah kau beriman kepada Qada dan Qadar?”. Tiba-tiba terdengar suara halus membisik-bisik di telingaku. Suara siapakah itu?
“Tidakkah kau percaya pada kekuasaan tuhan?”
“Tidakkah kau beriman kepada Qada dan Qadar?” Suara naluriku membisik lagi.
“astafirullah ala’zim” segera aku beristifar kepada Tuhan yang satu. Aku cuba untuk menerima kenyataan dengan redha. Aku tahu, segala-galanya adalah suratan Ilahi. Kita hanyalah merancang, tetapi tuhan yang menentukan.
“Janganlah engkau terlalu menurut perasaan Wardah. Janganlah kau biarkan dirimu terpenjara di dalam dunia yang kau cipta sendiri” Aika berkata lagi. Aku senyap mendengar kata-katanya.
“Buat apalah kau hidup di dalam kenangan. Biarkanlah kisah silam itu berlalu, terkubur bersama serpihan cinta kamu berdua. Sesungguhnya semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah……………?” Aika tidak pula menghabiskan butir bicaranya itu. Dia segera merenung jam ditangannya.
“Eh, dah hampir ke pukul lima petang. Aku dah janji nak jumpa Fariz di Café’. Okeylah. Aku rasa sekarang ni, kau pergilah rehatkan diri. Jangan fikirkan sangat benda-benda yang boleh mengganggu emosi kau tu”. Aku mengangguk lemah mendengar nasihat Aika itu.
“Hope a new day is a new beginning” katanya sebelum berlalu pergi. Aku mengekori Aika dengan pandangan mataku sahaja.
* * *
Cinta pertama cukup memberikan kesan mendalam padaku. Penangan cinta Azli begitu hebat pada diri ini. Aku percaya, jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Tapi kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk diri kita. Sesungguhnya hadis sendiri menyatakan bahawa “Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia cuba untuk mengubah nasib dirinya sendiri”. Ini bermakna, berusaha itu adalah perlu. Tapi kalau dah berusaha pun tak berjaya juga?. Itu terserahlah kepada Qada dan Qadar Ilahi.
Pagi ini aku ada perbincangan dengan ahli kumpulan pasal tapak rancangan. Aku segera memecut kereta menuju ke Bandar Metropolitan. Destinasi pengajianku sememangnya terletak di tengah-tengah kota konkrit itu. Setelah hampir satu jam memandu, akhirnya aku selamat sampai ke Fakulti. Sampai sahaja ke tempat yang dijanjikan, kelibat Zarul menjadi santapan mataku di awal pagi. Pemuda berkulit kuning langsat itu tersenyum kearah ku.
“Hai Zar” Sapaku.
“Hai Wardah. Awal kau datang pagi ini?” Berkerut kening aku mendengar kata Zarul itu.
“Yelah,biasanya kalau ada kelas, engkaulah minah yang paling lambat sekali datang ke kelas. Tapi hari ini, tak ada kelaspun.. kau boleh hadir cepat” sengaja Zarul memperliku.
“Aku lepuk kau nanti!. Jangan nak banyak songel yek!” marahku bila dikatakan sedemikian. Zarul hanya tersingai sahaja melihat reaksi aku itu.
Setelah semua ahli kumpulan sudah hadir, perbincangan pun dilaksanakan. Sedikit sebanyak, mengisi masa lapang dengan kawan-kawan boleh membuatkan aku terlupa seketika pada masalah aku dengan Azli.
“Wardah..boleh aku Tanya kau sesuatu?” tiba-tiba Zarul meminta keizinan untuk mengemukakan pertanyaan sewaktu dia menumpang keretaku untuk pulang ke rumah sewanya di Bukit Jalil.
“emmm… apa dia?” Soalku kembali pada dia.
“Kau dah ada ‘someone special’ ke?” Tanya zarul.
“Hahahahaha…”Tergelak besar aku mendengar pertanyaan itu.
“Soalan bangang apa yang kau cuba berikan pada aku ni Zar?” Selamb saja aku menyoalnya kembali.
“Hish… aku menanya sahaja. Tak sporting langsung minah kepoh ni la!” Balas Zarul pula. Mungkin agak bengang bila aku tertawakan soalannya itu. Lebuhraya KESAS pada ketika ini tidaklah terlalu sibuk. Jadi lalulintasnya bergerak licin tanpa adanya traffic jam.
“Kenapa?.. Kalau aku tak ada kekasih, kau nak jadi kekasih aku ke?” aku pula mengutarakan soalan maut untuk Zarul. Kelihatan Zarul tersenyap seketika. Errrkk.. kenapa mulut aku mudah sahaja mengungkap kata sebegitu.
Kereta yang kupandu sudah mula masuk ke kawasan perumahan Zarul.
“Tuan Besar…. Dah sampai. Tak reti-reti nak turun?!?” Usikku. Zarul seakan tersentak seketika. “Beranganlah tu, sampai terkejut...” Bisik hatiku. Zarul tersenyum.
“Terima kasihlah buah hati, pengarang jantung….” Ucapnya. Aikkk? Dah buang tebiat ke lelaki ini. Baru aku Tanya satu soalan feeling, dia mula berbahasa bunga-bunga. Pelik-pelik. Detik hatiku. Aku hanya membalas senyuman, kemudian segera meninggalkan Zarul keseorangan di situ.
* * *
Fikiranku mula menerawang jauh mengingati lelaki yang tak pernah luput dalam hati ini. Akupun tak tahu mengapa dirinya begitu kuat bertahan dan tersemat kemas di sudut hati ini. Telah ku cuba membenci dirinya, namun apa yang berlaku, kerinduan itu semakin menjadi. Aku akui yang aku tidak dapat menipu diri sendiri bahawa sebenarnya, aku masih menyintai Azli. Cinta aku untuk Azli masih segar, cinta hati ini masih untuk Azli.
Memori pertemuan bersama Azli empat tahun yang lalu tiba-tiba muncul kembali menghangatkan suasana malam yang dingin ketika itu. Langit semakin gelap. Angin mula bertiup kencang, sesekali disinari dengan cahaya petir yang menunjukkan hujan bakal membasahi bumi Allah ini.
Aku capai sekeping gambar berpakaian sekolah yang terletak di dalam diariku. Gambar berkumpulan ketika aku menghadiri satu taklimat ‘Interaksi Bersama Siswa-Siswi 97’. Dan terlihat olehku seorang pemuda kacukan melayu-kemboja disisiku di dalam gambar tersebut. Lantas jari-jemari ini menyentuh lembut ke wajah lelaki itu di gambar itu.
“Sayang, mengapa kau persiakan cinta aku?” Bisikku lembut.
Bagiku bukanlah mudah untuk meminati seseorng apatah lagi untuk jatuh cinta. Tapi tanggal 25 Oktober 1997 yang lalu telah merubah segala-galanya dalam kehidunpanku. Pada tarikh itulah, bermulanya perkenalan aku dengan seorang insane yang amat aku sayangi, iaitu Mohd Azli, insane cinta pertamaku. Ketika di majlis taklimat inilah, aku mengenali Azli. Di awal pertemuan lagi, aku sudah tertarik dengan sifatnya yang baik, bijak dan Nampak ‘cool’. Ditambah pula dengan penganugerahan tuhan ke atas dirinya.
Walaupun dia agak pendiam, namun dia memiliki wajah yang menawan dan pasti boleh menggugat hati wanita yang melihatnya. Apakah aku juga tergolong seperti itu?, begitu lemah sekali… tak sangka, bahawa aku akan jatuh hati padanya, dan Azlilah satu-satunya lelaki yang Berjaya mencairkan keegoanku.
“aku rindukan Azli… aku rindukan bicaranya, aku rindukan kasih sayangnya dan aku rindukan renungan matnya” hatiku mendesak, meminta ingin dicintai oleh lelaki yang bergelar siswa Universiti di Gombak sana.
Apakah dia masih menyayangi aku?ataupun kini dia sudahpun punya penganti?. Hatiku takut memikirkan tentang cintanya. Mungkinkah cintanya kini sudah beralih arah? Setelah hampir empat tahun dia menyepikan diri…
“tapi mengapa Azli? Mengapa kau buat aku begini?. Apa salah aku padamu sayang?. Mengapa kau pergi dariku tanpa pesan? Sifat semulajadimu yang pendiam bukan alasan untuk kau pergi dengan cara menyepi diri. You are professionalism! Bukan sebegini caranya…” hatiku terus berbisik, dengan persoalan demi persoalan yang bertandang.
Telefon di ruang tamu berbunyi nyaring, segera mematikan lamunanku. Aku segera berlari-lari anak untuk mengangkatnya.
“Hello”
“Hello Wardah.. Zarul nie” Kedengaran satu suara yang cukup aku kenal.
“errkk.. boleh kita berjumpa tak sebentar lagi?. Aku ada hal sikit nak beritahu pada kau” sambungnya.
“Hal apa?” Tanyaku pula. Jarang sungguh Zarul ingin mengangguku di malam-malam sebegini.
“Adalah.. Boleh tak?” Tanya lagi. Kelihatan terlalu mendesak sahaja nada suaranya.
“Tapi Zar.. hari nak hujanlah..” kataku. Saja cari alasan. Sebenarnya aku malas nak keluar di waktu malam.
“tak apalah. Kalau macam tu , aku datang rumah kau naik motor” Katanya lagi. Dia masih berusaha untuk menemuiku malam ini.
“Eh.. erkk..Tak payahlah. Nak hujan nie. Biarlah aku datang. Kau tunggu tempat biasa yek!” kataku. Akhirnya aku mengalah juga untuk bertemunya.
“Ok.. thanks” klik.. Line telefon diputuskan. Aku buntu…
* * *
Tuhan… dugaan apakah ini? Aku menjadi serba salah. Antara persahabatan ataupun keinginan diri sendiri. Puas ku renung cincin di jari maniskuini. Cincin ini sungguh berharga, tapi jika aku terus memakainya, apakah ia akan memberikan satu kebahagiaan buat diriku?.
Aku telah nekad. Keputusan yang dibuat ini adalah satu keputusan yang muktamad. Aku tidak boleh menipu diri ini, dan aku sendiri tahu apa yang aku inginkan dalam hidup ini. Biarlah, andainya ditakdirkan keputusan yang aku pilih ini adalah salah dan merupakan satu keputusan yang bodoh, aku akur.. Biarlah andainya yang aku kejar tak dapat, dan yang dikendong keciciran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya. Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.
Ingatanku masih kuat mengingati Azli.
“Sayang, aku telah cuba untuk memiliki hatimu. Tapi ternyata kau terlalu ego..” kataku perlahan.
Di luar, hujan telah turun dengan lebatnya, mencurah-curah membasahi bumi. Langit juga sememangnya sangat mendung, seolah memahami kedukaan hati ini. Aku segera mencoretkan sesuatu untuk Azli. Dan pena di tangan ini pantas menari di atas kepingan kertas berjalur biru itu.
Assalammualaikum.
Di kejauhan ini, ku cuba coretkan sesuatu buatmu Azli yang aku kenali. Ku harapkan bingkisan coretan ini tidaklah menganggu situasimu di sana nanti.
Azli, sudah hampir empat tahun aku duduk di dalam penuh tanda Tanya. Persoalan demi persoalan sering hadir dibenakku. Sehingga kini aku masih tertanya-tanya, apakah akhirnya kisah cinta kita dahulu?. Mengapa kau membiarkan aku ternanti-nanti jawapan darimu, sayang?. Azli, empat tahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat. Malahan di dalam jangka waktu itu, pelbagai perkara boleh terjadi. Segala-galanya boleh berubah dalam sekelip mata. Mungkinkah hatimu kini bukan lagi untukku?. Malahan berjauhan antara kita bias menguburkan segala memori silam kita dahulu, seraya meragut juga kebahagiaan yang aku impikan sejak pertama kali mengenalimu.
Azli, aku memerlukan pengakuan ikhlas darimu. Andainya kau sudah membenciku.. lafazkanlah. Walaupun ku tahu jawapan itu bisa menghancurkan hati ini. Namun itu semua adalah lebih baik daripada aku terus menanti dan menjadi perindu yang sepi. Usahlah kau simpati padaku, kerana akhirnya nanti.. hakikat sebenar pasti akan terbukti.
Azli, maafkan ku kerana tidak dapat melupakan mu. Telah ku cuba untuk melontar kau jauh-jauh dari hati ini, namun bayanganmu tetap menghantuiku. Maafkan aku sayang, sesungguhnya aku amat menyintaimu. Cintaku hanya untukmu Azli.
Cinta ini ibarat mutiara. Ianya terlalu berharga. Dan tak mungkin ianya untuk insan lain. Andainya ditakdirkan mutiara cinta ini tidak dapat ku berikan padamu, biarlah ianya ku abadikan di dalam tiram yang terletak kemas di dasar lautan. Biarlah ianya terkubur di situ. Hanya keadaan saja yang akan menentukan bilakah masanya tiram itu akan kembali terbuka. Dan yang pasti, mutiara cinta ini hanya untukmu, sayangku… Azli.
* * *
Air mata ini pantas mengalir laju. Ku lipat kemas surat itu, dank u masukkan rapi ke dalam sampul surat. Cincin pemberian Zarul semalam masih setia dijariku. Kata-kata Zarul semalam masih tergiang-giang ditelingaku.
“Andainya kau sudi menjadi permaisuri hatiku, pakailah cincin ini di jarimu”
Aku tidak dapat menahan sebak di hati. Aku sudah buat keputusan muktamad.. demi menentukan jalan kehidupan mana yang akan aku pilih.
“Maafkan aku Zarul, aku tidak dapat menerima cintamu..”Cincin pemberian Zarul ku buka dari menyarungnya di jariku. Esok aku akan memulangkan kembali cincin ini kepadanya. Demi cinta aku untuk Azli.. bentuk pengorbanan sebegini terpaksa aku lakukan. Aku harap kalian mengerti..
~Ok, sebenarnya aku baru je menyiapkan typing penulisan ini pada hari ini, UiTM dah lama dah masuk belajar.. dan nak hampir cuti kembali. Hehehe.. ~.
No comments:
Post a Comment