Dah dua hari, suasana petangku di temani oleh pelangi petang yang indah. Dalam kehidupan ni, kita biasa dengar pepatah yang berbunyi "Mengapa Allah turunkan hujan? sebab selepas itu Allah nak berikan kita pelangi". Pepatah ini biasa kita gunakan tika diri dalam kesedihan, juga sebagai ayat untuk memujuk hati, atau tika diri sedang 'mencari kekuatan diri'.
Jika kita melihat balik pada pepatah itu, 'hujan' diumpamakan sebagai kesedihan atau dugaan manakala pelangi umpama kebahagiaan/kegembiraan. Banyak juga antara lagu-lagu yang mengaitkan hujan sebagai menceritakan emosi kesedihan Bukan sahaja lagu dalam bahasa melayu, malah englishpun ada. Aku pasti dalam bahasa lain pun ada gak. Hujan juga ada digunakan dalam lagu kanak-kanak.
Sebenarnya hujan ini istimewa. Mungkin simboliknya lebih menjurus kepada kesedihan, tapi pernah tak tahu.. dengan hujan, kadang-kadang kita rasa diri akan lebih kuat. Pernah tak dengar ayat ni dalam english "I love to walk in rain because no one knows that i am crying". Selain itu, just untuk share melalui pembacaanku berkaitan hujan "Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Fathir: 2). Sebahagian ulama seperti penulis tafsir Al Jalalain mengatakan bahwa rahmat yang dimaksudkan di sini adalah rizki dan hujan. Bacaan selanjutnya boleh pergi ke web: http://peribadirasulullah.wordpress.com/2011/10/08/keimanan-berkaitan-dengan-nikmat-hujan/. Tengok. Betapa hebatnya hujan dengan kekuatannya yang tersembunyi sebenarnya dalam kehidupan ini.
Bagaimana dengan pelangi? Semua orang tahu pelangi tu cantik dan penuh ngan warna warni. Ia memiliki 7 warna iaitu merah, jingga, kuning, hujau, biru, indigo dan ungu. Sebagai manusia biasa, pastinya kita mengimpikan hidup ini penuh ceria bagaikan pelangi.
Post ku kali ini adalah tentang "Kisah Diri di sebalik Hujan & Pelangi". Agak-agak korang, apa yang aku cuba maksudkan di sini?. Entahlah.. aku juga sukar nak mengertikan apa yang cuba sampaikan sebenarnya. Cukuplah kalau korang tahu bahawa aku jadi berpindah ke Kluang hujung bulan November ini. Perasaan ini cukup teruja untuk dekat ngan suami. Tapi ada sedikit gusar dan sedih untuk meninggalkan banyak perkara yang aku sayang di sini. Antaranya adalah EMAK aku. Pasni dah kira jauh ngan emak. Kalau dulu hari-hari dapat jumpa emak, mungkin selepas ni, sebulan sekali kot. Entah.Wamwahualam.
Yang keduanya, pekerjaan aku. Aku akan menjawat jawatan baru di Kluang sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. huhuhu. Suka tak suka, pengorbanan sebegini terpaksa aku lakukan jika aku nak dekat ngan suamiku. Khuathir juga. Bolehkan aku menjalani kehidupan di sana ngan baik?. Ya Allah, berilah petunjuk-Mu dan mudahkanlah segala urusanku. Amin
Pagi ni ada dah hantar 2 resume untuk minta kerja di Kluang. Satu tempat tu nak cari Eksekutif Pentadbiran. Task job dia yang aku tengok hampir sama seperti kerja-kerja yang aku buat sekarang ni. Insya-Allah dari segi kerja, aku confident aku boleh buat, cuma aku takut aku ni tak layak dari segi kelayakan pelajaran aku. Yelah, pengalaman ada, tapi kelayakan aku, tahap pelajaran yang aku ada adalah di bidang lain. Satu lagi kerja yang aku mohon tu just jawatan pentadbiran biasa-biasa aje. Berharap sangat sangkutlah at least salah satu dari pekerjaan yang aku mohon tu. Amin. Moga Allah murahkan rezekiku di sana. Insya-Allah.
Aisehman, hujan pun aku dah cerita, pelangipun aku dah cerita, kisah diri pun dah ulas.. sekarang masa untuk dengar lagu-lagu yang berkaitan dengan tajuk post pada kali ini. Aku lampirkan sekali 3 keping gambar pelangi yang sempat aku ambil semalam petang.
Ok, jumpa lagi di post yang lain.
No comments:
Post a Comment