~Selamat Datang Ke Dunia Penulisan Ku~

Aku suka menulis, walaupun bukanlah seorang penulis yang profesional. Dengan menulis, aku rasa begitu tenang. Minat menulis telah wujud dalam diri sejak ku di bangku sekolah lagi. Kebanyakkan penulisan dalam blog ini adalah cerita-cerita koleksi peribadi, cerita pengalamanku sendiri, Persepsi diriku sendiri dan sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca yang lain. Turut dimuatkan dalam blog ini lagu-lagu kegemaranku. Selamat Datang ke Dunia Penulisan Mawar Aziz. Terima kasih atas sokongan kepada semua penyinggah di blog yang tak seberapa ini. Selamat Membaca!


Thursday 28 July 2011

BERSALAH, KALAH, MENGALAH DAN BERSERAH

 Sekarang malampun dah berlabuh.. dengan bintang-bintang yang bertaburan di langit. Cantik sungguh. Terasa tenang seketika melihat keindahan alam ciptaan Allah. Andai aku dapat menggapai bintang-bintang yang bersinar di dalam kegelapan itu, alangkah indahnya. Siapa sangka, dalam kegelapan itu, masih terdapat cahaya yang membahagiakan. Jika hadirnya bulan, pasti akan lebih menggembirakan.

Cahaya matahari yang hampir terbenam..
Permandangan indah yang menjadi santapan mataku pada setiap petang

Again.. cahaya sinar harapan walaupun suasana hampir gelap

Hmm.. satu kegemaran aku setiap petang adalah  melihat cahaya matahari yang hampir terbenam dalam kegelapan yang akan muncul. Ada beberapa koleksi gambar matahari  yang aku aku ambil.. bukan ambil sekadar minat, tetapi sebab aku cuba membayangkan keindahan itu dalam kehidupan ku. Aku rasa hidup ini seperti situasi itu. Walaupun gelap akan muncul, namun masih ada cahaya sebenarnya dalam kegelapan itu. Juga jika malam sudah berlabuh, bintang dan bulan yang bersinar pasti ada untuk menemani kesunyian dan kegelapan malam.  Gitulah yang ku rasakan. “Cahaya (Sinar Harapan) yang masih ada  disebalik kegelapan itu”.

 Tajuk post kali ini adalah “BERSALAH, KALAH, MENGALAH DAN BERSERAH”. Bila sekali baca, mesti korang ingat aku nak post cerita sedih. Hmm.. apsallah Mawar Aziz ni asyik nak post cerita sedih aje?. Ini bukan diari peribadi… hehehe.. ye, saya tahu. Saya sedang perbaiki penulisan saya agar tidak terlalu menjurus kepada cerita-cerita peribadi semata-mata.

gambar ku mbil dari blog en adiman. Tumpang share ye bro!

Sebenarnya dalam post ini, ada gabungan antara cerita sedih dan gembira. Hmm.. Alhamdulilla, berkat kesabaran, Insya-Allah, doaku dan en hubi hampir dimakbulkan tuhan. Tadi en hubi dah tengok 1 rumah di T6. Perletakkannya yang sesuai, dekat ngan sekolah, masjid.. Hmm.. macam ada harapan. Insya-Allah 2012 aku akan berada di bumi KLUANG. Insya-Allah. Amin. Moga Allah permudahkan urusan kami.
Lagi berita gembira, tadi pejabat aku baru je dapat tender projek Taman Negara Endau Rompin. Syukur. Rezeki boss aku. Tapi sedikit rasa BERSALAH kat sini, sebab pasni kalau aku jadi resign, aku tidak akan sama-sama membantu mereka lagi dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, aku BERSERAH je pada Allah untuk menentukan perjalanan hidupku.
“Boss, saya tetap sokong boss walau dimanapun saya berada. Insya-Allah. Moga syarikat akan terus success dan berjaya. Amin”
Siapa yang tak sayang PEERS?. Aku amat sayangkan syarikat ini. 8 tahun aku telah berkecimpung di sini. Tetapi akhirnya aku terpaksa MENGALAH. Kehidupan sempurna sebagai suami isteri lebih ku impikan dari memiliki duit poket sendiri dan berkerjaya di sini. Insya-Allah, aku tahu, rezeki itu ada dimana-mana. Aku yakin, ada rezeki Allah yang lain untukku suatu hari nanti. Amin. Moga ada kerja baru untuk aku setelah aku pindah nati. Dan sekali lagi, aku BERSERAH segalanya pada Allah, moga Dia mentakdirkan yang baik-baik untuk aku dan keluargaku. Amin.
Aku KALAH dengan kehidupan sendirian di sini. Rasa BERSALAH kerana tidak dapat memikul tanggungjawab secara baik sekiranya hidup sendirian di sini. Pelajaran anak tidak dapat ku beri perhatian dengan penuh. Hidup terasa begitu kosong tanpa en hubi. Selamat ada blog, tempat hilangkan sedikit sunyi di malam hari. Moga tak lama lagi, KESABARAN ku selama ini akan memberi KEBERKATAN.  Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan moral kepadaku selama ini. Saya SAYANG ANDA semua.
Seronok pulak menaip sambil dengar lagu tradisional Chinese. Hahaha.. cerita pasal lagu-lagu ni, macam biasalah, translator aku siapa lagi kalau bukan en Chhoa terpaksa membantu beritahu apa maksud di sebalik lirik lagu-lagu ini. Kelakar pun ada. Terbahak-bahak aku tergelak petang tadi dengar Chhoa memberi penjelasan. Chhoa sudah pandai bergurau. Satu perubahan yang mengejutkan! Anyway, really happy with your jokes J. Ada ke patut, dia kata semua lagu-lagu yang aku nak postkan ni lagu ntah zaman bila, yang silap haribulan.. bapak Chhoa pun tak mahu dengar. KAHKAHKAH! Kalaulah aku boleh ketawa sambil Guling-guling, nak aje aku berguling depan dia.
Lagu-lagu nilah aku bagi kat En. Agus untuk dengar, sebab en Agus sedang cari lagu China yang sedap-sedap untuk dia buat latarbelakang video dia ke Beijing baru-baru ini. Hmm.. not really sure, tapi tak silap aku, macam itulah en Agus bagitau aku. Sebenarnya jika korang dengar lagu-lagu ni, korang rasa lagu ni penuh kelembutan. Kalau korang minat tengok cerita kungfu zaman dulu-dulu, or suka tengok cerita cina zaman dulu, pasti korang akan terhibur dengan lagu aku ni. Terpulanglah. Masing-masing punyai pendapat sendiri.
Tapi yang pasti, aku memang KALAH dan suka sangat lagu-lagu gini. Bukan aku saja, Kak Zeti ku pun suka juga. Lagu-lagu ni kira lagu tradisional Chinese. Liriknya lebih kurang sama macam lagu tradisional kita, Melayu Asli. Banyak yang berpuisi dan bermadah-madah. Chhoa hanya dapat translatekan aku satu lagu aje. Satu lagi aku baca maksud senikatanya dari youtube. Lagu yang lain, translator aku pun tak paham apa yang cuba disampaikan. Huhuhu… so, aku rasa BERSALAH sebab tak dapat bagi info yang lengkap di sini. So, kita BERSERAH ajelah mengikut apa yang kita paham dari video ini yer. 

 Selamat mendengar!

ni lagu menurut kata translator aku, "perempuan itu bertanya kemana laki tu pergi, dan dia amat rindukan  lelaki itu :( hmm.. sedih la pulak.


http://www.youtube.com/watch?v=DuHMCFYIC9E&feature=share

Video kedua link aje dari youtube. Semalaman upload tak lepas. Selamat blogger ni ada banyak alternatif untuk share lagu.  Maksud lagu ni aku dpt dari youtube sendiri. Cuba korang tengok, handsome gak si tomboy ni ek. hehehe.. "Saffron tree according to the blue sea, the water to a flame, coral tree, often in the red in spring, the wind waves in the flowers. Hey! Cloud cover and fog to cover, foggy and radiant. Wind, the waves call, wind and waves a regular flower. Hey! A Red Lanterns sea, the water to a flame, the red light is shining into the sky, the flaming build the road. Hey! Cloud cover and fog to cover, foggy to shine, the wind, the waves call, wind and waves a regular flower. Hey!" 


Cantik-cantik wanita asian.. aku yang perempuan pun tergugat tengok. Really appreciate the beautiful of women. Cantik seCANTIK Pencipta-Nya. Suhanallah..

Monday 25 July 2011

Hikmah Di Sebalik Setiap Kejadian


Pernah tak korang dengar pepatah ni. "Kenapa Allah turunkan hujan? kerana selepas itu Dia ingin beri kita Pelangi". Hmm.. Selain ayat di atas, mesti korang selalu gak dengar pernyataan "Ada Hikmah di Sebalik Setiap Kejadian". Tahukah korang bahawa ayat-ayat ini adalah antara ayat yang memberi kekuatan hati dan dapat mempositifkan diri dikala kita dilanda kesedihan.

Teringat kisah minggu lepas, aku ada cakap sama seorang kawan ofis aku, Chhoa namanya..

gambar ni aku ambil dari blog en adiman. Mohon utk share ye encik :)
“Percaya tak Chhoa, sebenarnya dalam hidup  ini kadang-kadang tuhan tarik sesuatu yang kita ada or dalam erti lain, kehilangan sesuatu yang kita sayang kerana tuhan itu nak bagi kita sesuatu yang lebih baik?”.

Chhoa tersenyum mendengar bicara aku, dan dia memberitahu dia tak tahu, dan tak sure nak percaya ke tak sebab dalam hidupnya, dia masih belum pernah kehilangan. Sounds good :) 

Aku explain lagi kat Chhoa untuk membuktikan apa yang aku katakan tentang pernyataan aku tu tadi. Aku tunjukkan kat Chhoa blog ini. See..

 “Tarra!!.. saya sudah ada blog yang baru!.  Tengok.. dulu dengan blog di friendster, ianya agak limited. Hanya dapat masukkan gambar  or hanya dapat paste link sahaja untuk mana-mana lagu-lagu yang saya untuk saya masukkan dalam blog saya tapi kini, dengan blogger ni saya boleh muatkan video, gambar or also boleh paste direct lagu dari youtube ke dalam blog saya”.  Sebagai contoh, tengok.. aku cuba upload video lagu my memory.



Hehehe.. dengan penuh bersemangatnya menerangkan kat Chhoa. Terpulanglah pada dia nak percaya tak pada kata-kata aku tentang hikmah disebalik sesuatu kejadian. Yelah, dia kan fahaman agama yang lain. Harap perkara yang baik, Chhoa boleh terima.

Berbalik kepada kisah tuhan nak bagi sesuatu yang lebih baik. Pastinya rakan-rakan yang lainpun ada pengalaman sendiri. Antara lain aku suka sharekan sama kawan-kawan, aku pernahpun muda satu tika dulu. Pernah juga mengalami cinta pandangan pertama, mungkin pengalaman yang sama juga seperti kebanyakkan orang. Pernah disakiti, ditolak cinta, kasih tak kesampaian atau dalam erti kata lain ‘kecundang dalam bercinta’. Hehehe.. Semuanya aku pernah rasai.

Sudah semestinya untuk korang yang pernah bertepuk sebelah tangan or putus cinta akan merasakan betapa peritnya sakit bercinta ini. Mesti tika tengah frust menonggeng, air mata laju je membasahi pipi, hati rasa sakit seolah-olah dicucuk duri. Melalui pengalaman sendiri, susah juga nak ubati hati yang cintanya tidak kesampaian. Tu tak termasuk sakit menanggung rindu. Sakit akibat benci yang cuba disemai dalam hati untuk suatu yang pernah kita sayang. Sungguh sakit, bukan?. Tika itu, lama juga aku tertanya dalam diri, mengapa aku dipertemukan dengannya? Mengapa Allah cipta kenangan antara aku dan dia sedangkan dia bukan ditakdir untukku? Mengapakah Allah wujudkan rasa sayang ini pada insan itu sedangkan dia bukanlah jodoh aku?. 

 Tapi kini baru aku tahu, dugaan Allah itu hanya untuk menguji ku sebagai hambaNya. Malah bukan itu sahaja, Allah tarik dia yang aku pernah sayang kerana Allah nak BERI AKU YANG LEBIH BAIK dari dia. Ye, Allah nak beri aku En. Mohd Naza b. Zawawi, insan yang Allah telah takdirkan untuk aku. Allah beri aku jodoh yang lebih baik. Alhamdulilla. Aku bahagia memiliki En. Hubi sebagai suamiku. Dia seorang yang sungguh penyayang dan bertanggungjawab. Itulah dikatakan hikmah di sebalik setiap kejadian. Dan cinta pertama berjaya ku singkirkan setelah ku temui seseorang insan yang lebih baik berbandingnya.

Antara contoh lain, tentang hikmah dan apakah yang dikatakan, Allah beri sesuatu yang lebih baik disebalik kesedihan dan kehilangan sesuatu buat kita? Allah mengambil kembali ayahanda tercintaku pulang kepangkuan-Nya pada 21 September 2004. Aku benar-benar kehilangan seorang insan yang amat aku hormati dan sayangi.  Lama juga aku menangisi pemergian arwah abah. Dikala aku dibelenggu masalah, abahlah penasihat aku selama ini. Abahlah pembakar semangat aku. Kekuatan aku. Tapi bila umurnya tidak lagi panjang, aku benar-benar rasa kehilangan. Walaupun masih punyai emak dan suami yang cukup prihatin disisi, pemergian abah tiada gantinya. 

Terfikir lagi, kenapa Allah mengambil nyawa ayahku ketika kandungan pertamaku baru mencecah 4 bulan. Sedikit galat kerana arwah abah tidak sempat menemui cucunya yang dia amat teringin untuk lihat lahir di muka bumi ini. Bila aku fikir semula tentang hikmah disebalik kejadian ini, rupanya Allah nak beri aku sesuatu yang lebih baik dalam diri aku iaitu Allah telah wujudkan “PERASAAN KASIH SAYANG” yang lebih mendalam untuk emak, pada ayah mertuaku, pada mak mentuaku. Pemergian abah lebih buat aku bersifat kasih-sayang. Allah beri aku perasaan untuk lebih menghargai insan-insan yang aku kasihi yang masih hidup lagi di bumi Allah ini. Dan aku juga tahu, bahawa Allah lebih menyayangi arwah Abahku. Dan tiada cinta yang kekal abadi selain cinta Allah. Subhanallah…

Pernah tak korang dengar lagu “FLYING WITHOUT WINGS” nyanyian Westlife?.  Lirik yang berbunyi “Coz who’s to know which one you let go, would have made you complete”. Siapa tahu, perkara yang kita tak suka itu sebenarnya sesuatu yang baik untuk kita?. Baru tadi aku ada chatting sekejap dengan Hilmy, juga salah seorang ofis-mate aku. Aku tanya dia juga pendapatnya tentang ‘hikmah di sebalik setiap kejadian’. Ingin ku ambil sedikit kata-kata Hilmy untuk dikongsi bersama kawan-kawan lain. Katanya ‘Kebaikkan adalah untuk mereka yang bersabar,dan Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.’

Ya, aku pernah mendengar bicara sebegitu.  Selalu juga mambacanya bila sesekali aku search tentang kekuatan hati. Bercakap tentang kekuatan hati, aku nak share gak kata-kata ni yang aku dapat dari sahabat baik aku yang aku panggil madu atau Ani kerana sharekan wallpaper ni untuk aku. For your information madu, aku memang gunakan wallpaper ko ni untuk hiasi desktop pc aku. Cuma aku aku edit sikit letak gambar aku di wallpaper tue. Hehehe.. Terima kasih banyak madu! M really appreciate it and love u so much, honey ;)


Wallpaper dari madu :) untukku <3



Tuesday 19 July 2011

Menghitung Hari



Assalammualaikum..


Hari ini dahpun 19 Julai 2011 bersamaan 17hb Syaaban 1432 H.. Insya-Allah lebih kurang 12 hari lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulilla, moga Allah terus memanjangkan umur kita agar kita berkesempatan menemui bulan puasa yang dirindui dan Hari raya Aidilfitri yang akan datang.


Bercerita tentang bulan puasa, nampaknya doaku masih belum dimakbulkan Allah lagi. Ternyata kali ini aku akan terus berpuasa sendiri tanpa suami di sisi. Kali ini sudah masuk tahun yang ke-3 aku akan menjalani puasa hanya dengan anak-anak, ibu dan adik beradik di sini. Hajat untuk berpindah dekat dengan suami dan menjalani ibadah puasa bersamanya nampaknya masih belum kesampaian untuk tahun ini. Insya-Allah, puasa di tahun akan datang, Allah memperkenankan doaku, mendekatkan kembali aku, anak-anak dan suami. Sungguh, aku benar-benar rindu ingin menjalani kembali kehidupan berumah-tangga sama seperti kebanyakkan insan lain yang telah berkahwin.

Hmm.. mungkin sekarang aku harus bersabar dan bersyukur dengan apa yang Allah telah takdirkan untukku. Aku tahu, sabar itu adalah separuh daripada iman. Malah, bila sesekali membaca blog insan lain lain yang lebih malang dariku, aku benar-benar insaf. Satu blog tentang namanya juga sama seperti aku, Mawar dan arwah suaminya bernama Nafastari. Terima kasih buat ibu kepada Mawar yang ada menulis blog untuk bicara hati tentang anaknya. Terima kasih ibu. Saya meminjam kata-kata ibu pada Mawar bahawa "SABAR ITU INDAH". Mengenangkan nasib Mawar anak ibu bersama suaminya yang telah tiada, Nafastari, Mawar Aziz berasa sungguh insaf. Kerana saya masih mempunyai suami, cuma Allah menguji sedikit ketabahan saya dan suami dengan menjarakkan kami (perkahwinan jarak jauh, hanya berjumpa di hujung minggu sahaja).

Dalam pada masa menunggu mata kelat, saya cuba mendengar lagu-lagu lama favourite saya tika zaman sekolah dulu.Antaranya lagu 'Menghitung Hari' nyanyian Kris Dayanti seperti yang saya attachkan di ataskan. Saja suka-suka, ikuti lirik lagu "Menghitung Hari versi Aku".. agak-agak, masuk tune tak senikata ni jika dinyanyikan mengikut retak Menghitung Hari di atas? huhu..


Menghitung hari detik demi detik
Masa ku nanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari

Ku cuba padamkan gelora hatiku
Ingin segera dekat denganmu
Walau ku telah penat menunggu
dengan harapan

Oh bilakah kan kau bawa ku pergi
Hati ini merintih sepi
Aku mahu engkau mengerti
Ku tak sanggup lagi sendiri....

Ku cuba padamkan gelora hatiku
Ingin segera dekat denganmu
Walau ku telah penat menunggu
dengan harapan

Oh bilakah ini akan terjadi
Impian hidup dekat denganmu
Oh Sayangku.. satu pintaku 
Segeralah bawa ku pergi.....


Oh bilakah kan kau bawa ku pergi
Hati ini merintih sepi
Aku mahu engkau mengerti
Ku tak sanggup lagi sendiri....



aku dan suami yang dicintai


Friday 15 July 2011

Bicara Wanita Untuk Wanita



Mujur ada jugak beberapa penulisan saya yang saya publishkan di blog lama  masih saya simpan di laptop ini. Jikalau tidak, ternyata saya telah kehilangan banyak penulisan saya selama ini setelah blog friendster saya dilupuskan. Sebenarnya sedih juga. Bukan senang untuk menulis. Kadang-kadang idea menulis akan datang di waktu malam. Ketika itu, jika fikiran tidak mahu berhenti berfikir, mata tidak mengantuk.. bloglah menjadi tempat curahan rasa, idea dan karya saya selama ini.

penulisan saya yang kedua, untuk bacaan bersama: Bicara Wanita untuk Wanita.

                                                                      



Bicara Wanita Untuk Wanita







Wanita yang aku kagumi, walaupun aku tidak pernah mengenalimu secara nyata, tapi aku terasa seperti pernah mengenalimu. Wanita, aku tahu hatimu halus, sehalus hatiku yang sama wanita sepertimu. Aku juga  tahu, jiwamu begitu lembut, selembut wajah dan sifat aslimu. Wanita, maafkan aku kerana pernah melukakan hatimu tanpa sengajaku. Ku akui kesilapanku. Ku akui aku teralpa menyayangi dia yang telah menjadi milikmu. Maafkan aku wanita, kerana aku benar-benar dihimpit rasa bersalah sejak hari itu.
Wanita.. benar. Aku pernah menyayangi dan menyintainya. Dan benar, dia pernah hadir dalam hatiku suatu tika dulu. Kewujudan dia sebagai peneman ku dikala duka sedikit sebanyak telah merubah hati ini kepada perasaan yang sungguh asing sekali, tetapi amat membahagiakan. Hadirnya dalam kehidupanku sedikit sebanyak telah menyuntik semangatku untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran dan  dugaan ini. Benar, sedikit sebanyak keasyikkan perasaan ini telah melekakan kami tentang kebenaran sebenar yang berdiri teguh disebalik hubungan itu. Akhirnya kami tersedar, dan mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri. 
Wanita, sebenarnya ketika penemuan itu,  hubungan kami telah lama berakhirnya.  Malah ketika itu, hubungan kami telahpun menjadi sisa-sisa debu yang bisa berterbangan ditiup angin. Antara kami tiada lagi apa-apa, kerana kami telah lama mengakhiri kesilapan kami. Usahlah kau khuatir, hatiku telah lama memulangkan hatinya kepadamu.. juga hatinya sebenarnya amat tulus menyintaimu, dan bukan aku. 
Sesungguhnya kau amat bertuah duhai wanita. Kau lebih bertuah dari aku. Dan kau sangat bertuah  kerana memilikinya dalam hidupmu. Kau juga cantik, sempurna sebagai wanita yang mempunyai wajah yang mempersonakan. Kau bekerjaya, berkedudukan tinggi malah dirimu lebih hebat dan indah dari diriku. Kau tiada apa kekurangan  cuma kau ada sedikit ego, yang harus kau lunturkan bagi memastikan hubungan kalian berjalan baik. Belajarlah fahami hatinya. Dan berilah perhatian yang lebih kepada dia yang sebenarnya rasa kesunyian dan perlukan kasih sayang. 
Wanita yang aku kagumi, alangkah indahnya jika aku diberi peluang untuk bertemu kamu. Ingin ku lafazkan ungkapan maaf tulus dari hati ini. Aku tahu hatimu sangat kecewa dan hancur. Aku boleh merasakan kesakitan itu. Aku percaya, hatimu pasti amat membenci diriku ketika ini. Jika benar itu yang memang berlaku, aku akur dan menerima hukuman itu. Aku memang patut dibenci kerana kesilapan itu. Tapi berilah peluang pada dia. Maafkanlah dia. Ingin benar aku melihat kalian berbahagia, kerana bahagianya dia adalah bahagiaku jua. Walaupun sebenarnya perasaan sayang untuknya tak bisa ku hapuskan,  tapi percayalah wanita, aku sudah menoktahkan segalanya, kerana aku juga seorang wanita. 



Adam & Hawa



Adam & Hawa





Selamat sejahtera.

Alex yang pernah Hawa sayangi, maafkan Hawa atas bingkisan ini. Sejak semalam, Hawa amat merindui Alex, dan hanya nota-nota ini yang dapat membuatkan Hawa rasa dekat dengan Alex. Alex, surat Alex baru sahaja Hawa terima tengahari tadi. Dalam surat, Alex memberitahu akan pulang ke Malaysia pada hujung bulan ini nanti.  Maaf Alex, Hawa tidak akan membalas warkah Alex pada kali ini. Anggaplah surat Alex tidak sampai dengan selamatnya ke tangan Hawa.

Walau bagaimanapun, Hawa ingin mengucapkan terima kasih kerana masih mengambil berat dan bertanya khabar tentang diri Hawa, walaupun Hawa tahu, telah berapa tahun Alex menyepi dari kehidupan Hawa. Hawa akur dengan ketentuan Ilahi bahawa hubungan kita sudah tidak sama lagi seperti dahulu. Namun begitu, satu perkara yang tidak pernah berubah dan masih sama, walaupun perkara ini tidak pernah Hawa cuba berterus terang pada Alex. Sebenarnya Alex tetap segar dalam ingatan dan diri Hawa. Hawa tidak pernah melupakan Alex.  Tapi Hawa tidak mampu melakukan apa-apa selain hanya berdiam diri dan berdoa moga ada kebahagiaan buat diri Hawa suatu hari nanti.  

Dipisahkan oleh jarak, juga situasi keadaan yang telah berbeza dari zaman kita dibangku sekolah. Kini Hawa merasakan Hawa telah kehilangan segala-galanya yang indah. Hawa amat merindui zaman kanak-kanak kita. Ketika masih di bangku sekolah rendah, Alex selalu datang untuk bermain teng-teng bersama Hawa. Kadang-kadang Alex diejek oleh budak-budak lelaki kampung kerana Alex bermain dengan kami budak perempuan. Namun Alex tidak pernah menghiraukan ejekan tersebut. Kata Alex, Alex suka berkawan dengan Hawa.
 Hawa juga masih ingat, setiap kali Hawa mengikut Ayah menghantar kelapa ke kedai bapa Alex, Uncle Wang, Hawa pasti inginkan gula-gula yang terdapat di kedai bapa Alex. Ada masa ayah akan membelikan Hawa gula tersebut, tapi bila ayah tidak punyai wang, ayah akan marah dan meninggalkan Hawa menangis sendirian dihadapan kedai bapa Alex. Setiap kali Hawa menangis begitu, Alex akan datang memujuk Hawa dan memberikan gula-gula tersebut dengan percuma. Kata Alex, Alex tidak suka tengok Hawa menangis. Nanti bila Hawa sedih, Hawa sudah tidak mahu lagi bermain teng-teng dan Alex tidak punyai kawan untuk ajak bermain diwaktu petang. 

Kita melalui zaman kanak-kanak dengan penuh akrab. Hawa masih ingat, setiap petang Alex akan datang bertandang di rumah Hawa untuk menghabiskan masa lapang bersama di Sungai tidak berapa jauh dari rumah Hawa. Alex suka memancing. Dan Hawa akan bantu Alex meletakkan umpan di mata kail Alex. Kadang-kadang bila bosan, kita bermain congkak bersama sambil menunggu kail Alex terkena umpannya. Alangkah indahnya zaman kanak-kanak kita kan Alex?

Masa terus berlalu. Kita mula menginjak ke zaman remaja. Hawa dan Alex bersekolah di sekolah yang sama. Tetapi Alex budak kelas pandai. Hawa hanya budak  kelas sederhana. Walaupun begitu, kita tetap rapat. Masih ingatkah Alex bahawa setiap kali balik sekolah, Alex pasti akan menunggu Hawa dipintu pagar untuk kita sama-sama pulang ke rumah. Sepanjang jalan, Alex akan bercerita tentang subjek Biologi yang Alex pelajari dikelas. Hawa hanya mendengar, kerana Hawa tidak paham dan tidak belajar Biologi. Hawa belajar sastera. Alex bercerita tentang impian dan cita-cita Alex. Kata Alex, Alex ingin menjadi seorang doktor yang berjaya. Hawa kagum dengan semangat dan kesungguhan Alex untuk berjaya seperti yang diimpikan.

Walaupun Alex pandai, tapi Alex tidak pernah kedekut ilmu.  Alex akan membantu Hawa membuat latihan dalam Matematik setiap kali ada kerja rumah yang dibekalkan oleh cikgu. Alex memang pandai matematik. Alex selalu beri semangat untuk Hawa terus rajin belajar. Tidak cukup itu, Alexlah yang Hawa cari bila masa Hawa berada di dalam suatu keadaan yang amat tertekan. Kerana kesempitan hidup, ayah dan emak selalu bergaduh. Hawa luahkan segala kesedihan hati Hawa pada Alex. Alex selalu menenangkan hati Hawa dengan nasihat-nasihat agar Hawa terus bersabar dan menjadi anak yang baik. Bukan itu sahaja, kadang-kadang Alex bertindak menjadi sebagai abang kepada Hawa, bila masa diri ini diganggu oleh sekumpulan budak-budak nakal di kampung. Hawa benar-benar rasa dilindungi. Tanpa Alex, Hawa tidak rasa Hawa akan menjadi sekuat ini, untuk melalui kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Selepas tamat SPM, dalam perjalanan pulang, kita singgah di sungai yang seringkali kita habiskan masa bersama ketika kecil dahulu. Di situ, di bawah pokok Ketapang yang rendang, Alex mula membicarakan tentang sesuatu yang Alex sendiri keliru. Alex katakan pada Hawa sebenarnya sebagai seorang teman sepermainan sejak kecil, Alex memang sayangkan Hawa. Tetapi dalam hati Alex, sebenarnya Alex merasakan bahawa Alex menyayangi Hawa lebih dari seorang kawan. Alex cintakan Hawa. Alex bertanyakan Hawa, adakah Hawa juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Alex?.  Tergamam seketika mendengar bicara Alex tetapi saat itulah antara hari yang paling gembira buat diri Hawa.

Hawa akui, Hawa juga cintakan Alex. Tetapi agama, adat dan keturunan kita berbeza. Selama ini, kita tidak pernah fikirkan tentang perbezaan itu antara kita. Ternyata kita  memang jauh berbeza. Kita semua sedar akan hakikat itu tetapi Alex menyatakan keinginannya untuk memeluk Islam. Alex ingin menjadi Adam kepada Hawa. Sanggupkah Alex untuk melupakan semua adat dan tradisinya hanya kerana cinta?

Hawa amat terharu bila mendengar Alex ingin menjadi Adam. Namun Alex meminta Hawa memberi sedikit masa kepada Alex untuk memeluk agama suci Hawa. Alex juga menyatakan akan cuba yang terbaik untuk menyakinkan mama dan bapa Alex tentang Hawa. Alex mengakui bahawa Hawalah wanita pilihan hati Alex selama ini. Mulai saat itu, Hawa sudah mula berangan untuk memiliki ‘Adam’ dalam diri Hawa. Hawa juga amat mencintai ‘Adam’, dan berjanji akan terus mencintai ‘Adam’ sepenuhnya. Panas yang diharapkan hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.  Alex dapat tawaran belajar ke luar negara dalam jurusan kedoktoran. Auntie Teresa dan Uncle Wang amat berharap agar Alex menerima tawaran tersebut. Masih segar diingatan Hawa, mama dan bapa Alex sanggup datang ke rumah Hawa di tengah malam untuk berjumpa Hawa agar dapat menasihatkan Alex supaya pergi belajar dan menerima tawaran ke luar negara tersebut. Kata mereka, Alex keras kepala tidak mahu pergi belajar ke sana. Hanya Hawa sahaja yang rapat dengan Alex dan boleh memujuk Alex.

Sebenarnya amat berat untuk Hawa berbuat begitu tetapi Hawa terpaksa. Hawa tau itu soal masa depan Alex. Bukankah Alex mempunyai cita-cita yang tinggi? Hawa cuba memujuk Alex. Alex kata Alex tidak mahu jauh dari Hawa, dan hanya mahu belajar di universiti tempatan. Setelah puas memujuk, Hawa memberi kata dua kepada Alex. Jika benar Alex mahu berkahwin dengan Hawa, Alex perlu melanjutkan pelajaran terlebih dahulu ke luar negara. Mendengar kata-kata itu, akhirnya Alex bersetuju untuk belajar ke luar Negara. Masih tergiang lagi di telinga Hawa tentang lafaz Alex, bahawa Alex sanggup ke sana demi cinta Alex pada Hawa. Demi cinta ‘Adam’ pada Hawa!. Tahukah Alex bahawa sebenarnya Hawa merasa cukup terseksa untuk melepaskan Alex pergi ke sana tapi Hawa tabahkan hati dan meletak seribu harapan di dada agar suatu hari nanti, Alex akan pulang ke pangkuan Hawa sebagai ‘Adam’ Hawa.

Alex, masih ingatkah kamu pada peringkat awal ketika kamu baru tiba di luar negara, kita sering berutus surat. Di setiap ayat surat Alex, tak lekang perkataan sayang dan rindu Alex untuk Hawa. Surat-surat itulah yang terus memberi semangat pada Hawa agar meneruskan kehidupan ini tanpa Alex di sisi. Hari-hari Hawa baca surat kiriman Alex untuk lepaskan rasa rindu yang mencengkam di dada ini. Hati ini telah tiada disini, telah Alex bawa  jauh di perantauan sana bersama cinta Hawa. 

Namun, masuk 6 bulan pertama, Hawa dapati kita sudah mula  jarang berutus surat.  Ketika itu, Hawa mula rasa hilang arah. Hawa pujuk diri Hawa bahawa Alex sudah mula sibuk dengan belajar. Mungkin sebab itu Alex sudah jarang mengirimkan khabar berita untuk Hawa. Walaupun Hawa akui, kadang-kala Hawa mula sangsi dengan Alex.  Adakah kerana Alex sudah berjumpa wanita lain di sana?.

Hawa cuba mengirimkan surat untuk Alex. Dalam lima enam keping surat yang diutuskan, hanya satu dua saja yang berbalas. Hari-hari Hawa tunggu surat dari Alex. Setiap hari Hawa bertanyakan Abang Mat Posmen samada hari tersebut ada surat untuk Hawa atau tidak. Hawa menunggu dengan penuh harapan. Hawa percayakan Alex, dan Hawa yakin dengan cinta Alex. Hawa yakin dengan cinta ‘Adam’ kepada Hawa. Tapi Alex tetap membisu. Sampai hati Alex buat Hawa begini. Tidakkah di hati Alex merasa getaran rindu seperti mana yang Hawa rasa? Dan tidakkah Alex terfikir tentang wanita kampung ini yang sentiasa menanti Alex dengan penuh rasa cinta?. Janji Alex Hawa pegang dengan harapan yang menggunung di dada. Tapi tidak tersangka, Alex yang Hawa percaya selama ini sanggup memungkiri janji kita. Hawa benar-benar kecewa.

Ye, benar. Hawa sudah mula putus harapan. Hawa tahu bahawa Hawa sudah kehilangan Alex sebenarnya dalam kehidupan Hawa. Hawa sudah kehilangan ‘Adam’ yang Hawa impikan. Cukup sukar menerima kenyataan ini. Tapi mahu tidak mahu, Hawa perlu berdiri dengan sendiri. Melalui kepayahan ini secara sendiri, dengan rasa rindu yang penuh bersarang di dalam hati, walaupun terpaksa berpapah, dan kadang-kala terjatuh juga.  Hawa perlu kuatkan hati dan cuba bangun dari kesakitan ini. 

Bila rindu, Hawa akan menulis nota ini untuk Alex, walaupun tahu nota ini hanya sebagai simpanan peribadi Hawa sahaja. Bila Hawa sedih, Hawa akan pergi ke sungai tempat kita selalu bermain-main ketika kecil dahulu. Sungai yang menyaksikan luahan rasa cinta Alex pada Hawa. Sungai yang juga menyaksikan bahawa Hawa juga sebenarnya cintakan Alex. Namun itu semuanya sudah tidak lagi bermakna, walaupun air sungai tetap sama tidak berubah. Air sungai tetap mengalir deras selaju air mata Hawa. Hawa sungguh kecewa. Dada ini terasa amat sakit, terutamanya bila mengenangkan saat-saat indah yang pernah Hawa lalui dengan Alex. 

Tahukah Alex bahawa sebenarnya hari-hari hati Hawa menangisi kesakitan ini. Walaupun Hawa tahu, air mata ini tidak dapat merubah apapun yang telah ditakdirkan untuk perjalanan kehidupan Hawa. Sehingga kini, Hawa masih tertanya, apa salah Hawa sehingga Alex tergamak buat Hawa sebegini?. Membiarkan Hawa sendiri dengan cinta Alex yang entah sudah hilang ke mana. Begitu mudah Alex berubah dan memungkiri janji. Tidak pernahkah Alex rindu keindahan yang pernah kita lalui bersama sejak dari kecil lagi? Tidak sayang lagikah Alex pada Hawa?.

Berat sungguh dugaan untuk Hawa. Apa yang Hawa jangkakan hampir betul. Semalam Hawa ada pergi ke kedai bapa Alex, Uncle Wang. Mama Alex ada memberitahu yang Alex ade menelefonnya baru-baru ini, katanya ingin pulang ke Malaysia sedikit hari lagi. Auntie Teresa membebel bising tentang sikap Alex yang jarang menghantar khabar untuk keluarga di Malaysia. Selain itu,  Auntie Teresa cuba bertanya pada Hawa tentang siapa wanita mat salleh yang ada di hati Alex sekarang?. Hawa sungguh terkejut mendengar berita itu. Kata Hawa, Hawa tidak tahu kerana Alex dan Hawa sudah lama tidak berutus surat lagi. Kata auntie Teresa lagi, dia tahu berita tentang wanita mat salleh itu dari Eric, sepupu Alex yang turut sama belajar di sana. Walau bagaimanapun, dia tidak suka perhubungan Alex dengan wanita asing itu kerana dia telahpun mempunyai calon untuk dikahwinkan dengan Alex sekembalinya Alex pulang ke Malaysia nanti. Auntie Teresa mahu Alex mengkahwini Mei Ling, sepupu jauh Alex dari China.

Mendengar bicara mama Alex, benar-benar telah buat Hawa patah hati. Hawa sungguh kecewa  mendengar berita yang cukup menghiriskan perasaan itu. Benarkah Alex? Benarkah Alex sudah ada wanita lain dalam hati Alex?. Dan jika tidak seperti yang dinyatakan oleh Eric, bagaimana dengan Mei Ling?. Hawa benar-benar telah tewas. Hawa cintakan Alex, tapi mengapa Hawa tidak diberi peluang untuk memiliki Alex?. Bagaimana dengan hati Hawa Alex?. Hati Hawa yang pernah diberi harapan oleh Alex suatu masa dahulu. Hati ini telah hancur berkecai. Sebenarnya telah lama hancur sejak Alex mula menjauhi Hawa sedikit masa dahulu. Kini Hawa rasa jiwa Hawa sungguh kosong, perasaan Hawa sungguh terluka.. Harapan Hawa punah. Kehidupan Hawa seolah seperti burung yang telah patah sayapnya..  Hawa hanya mampu merintih pilu. Tiada siapa yang tahu tentang cinta Hawa pada  Alex. Hanya Tuhan Hawa, hati Hawa, hati Alex, sungai yang mengalir deras, batu-batu sungai, pokok ketapang rendang di tepi sungai, pen dan kertas ini yang mengetahui bahawa Hawa amat menyintai Alex. 

Kini setelah 5 tahun diri ini sepi dari perhatian Alex, akhirnya tanpa terjangka muncul juga surat Alex yang tidak lagi Hawa harapkan. Persoalannya di sini, untuk apa Alex mengirimkan khabar lagi setelah Hawa telah rasa kehilangan Alex sepenuhnya dalam diri Hawa? Untuk apa Alex mengambil berat tentang diri Hawa lagi setelah selama ini Alex telah meninggalkan Hawa menjalani kepayahan hidup dengan penuh merana disebabkan harapan cinta Hawa pada Alex?. Cukuplah Alex, Hawa ingin melupakan segalanya, walaupun Hawa tahu, tidak semudah itu untuk lupakan Alex dalam hati Hawa. 

Hati ini benar-benar telah disakiti. Pakkallah Hawa hanya ada sekeping hati. Jika Hawa punyai kepingan hati yang lain selain hati yang telah rosak ini, sudah lama Hawa lemparkan jauh-jauh hati yang telah hancur ini. Hati yang sekeping inilah yang mengajar Hawa tentang erti kehidupan yang sebenar.
Maafkan Hawa, Alex di atas segalanya. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup Hawa. Hawa telah lama memaafkan Alex. Sedikitpun Hawa tidak menyimpan dendam pada Alex. Apa yang Hawa mahu, moga Alex bahagia mengejar kehidupan yang Alex impikan. Kebahagiaan Alex memberi suatu erti yang besar dalam hidup Hawa. Hawa sayangkan Alex, dan Hawa sanggup berkorban demi kebahagiaan Alex.  Hawa redha dengan ketentuan Ilahi. Hari-hari Hawa berdoa agar Hawa dapat melupakan Alex dari dalam diri Hawa. Setiap waktu juga Hawa bermohon pada Yang Kuasa agar Hawa terus diberi kekuatan dan ketabahan untuk melalui dugaan ini. Dan hampir setiap waktu, Hawa memujuk hati ini bahawa Alex bukanlah di takdirkan untuk Hawa. Hawa juga pasrah dan yakin setiap yang berlaku ini sudah pasti ada hikmahnya.

Hawa tahu, tidak lama lagi Alex akan pulang, dan Hawa ingin sangat Alex tahu bahawa Hawa tidak pernah mengharapkan kepulangan Alex dalam diri Hawa lagi. Dan yang pasti, kepulangan Alex bukanlah sebagai Adam kepada Hawa.... end 



Wednesday 6 July 2011

Aku Dan Hujan

Patutlah hari ini rasa happy sangat kat ofis,rasa diri ini terlalu banyak mulut, berceloteh itu ini and gelak-gelak, juga asyik dok menggelakkan orang(kebetulan boss pun tak ada).. rupanya malam Allah nak bagi hujan dlm hati....

Ibarat aku di kaki lima sebuah bangunan.. ingin meneruskan perjalanan ke suatu desinasi di dalam hujan. Jika aku mahu segera sampai ke tempat yang ingin dituju, Adakah aku perlukan payung untuk tumpang berlindung sepanjang perjalananku.. atau mungkin hanya sekadar baju hujan untuk mengelakkan basah?. Atau kedua-duanya?.. Any idea? atau aku hanya perlu bersabar, diam berhenti dalam bangunan, tunggu sehingga reda, dan kemudian baru meneruskan perjalanan walaupun akan terlewat sikit sampai ke destinasi yang ingin dituju...

Bukan senang nak puaskan hati semua orang, even kadang-kala kita takut juga jika sesuatu tindakan yang bakal kita lakukan boleh menyusahkan orang lain dan diri sendiri. Yang pasti, aku kini.. tidak berpayung, tidak berbaju hujan.. tidak berteduh dalam bangunan. Aku cuba untuk redah hujan itu. Moga Allah terus berikan ku petunjuk dan kekuatan. Amin......

Tuesday 5 July 2011

Selamat Kembali "Mawar Aziz's Blog"

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia........


Alhamdulilla, akhirnya.................... buat juga 1 blog yg baru menggantikan friendster blog yang telah dilupuskan. :)

Untuk percubaan pertama.......... nak ucapkan Selamat kembali kepada Mawar Aziz's Blog (ucap kat diri sendiri) dan kepada rakan-rakan yang suka meyinggah ke blog saya sebelum ni "selamat datang". Tak lupa juga untuk Aiza, Eymie, Zaima dan Hilmy yang bagi idea untuk saya buat semula blog baru ni. Thank You very much :)