~Selamat Datang Ke Dunia Penulisan Ku~

Aku suka menulis, walaupun bukanlah seorang penulis yang profesional. Dengan menulis, aku rasa begitu tenang. Minat menulis telah wujud dalam diri sejak ku di bangku sekolah lagi. Kebanyakkan penulisan dalam blog ini adalah cerita-cerita koleksi peribadi, cerita pengalamanku sendiri, Persepsi diriku sendiri dan sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca yang lain. Turut dimuatkan dalam blog ini lagu-lagu kegemaranku. Selamat Datang ke Dunia Penulisan Mawar Aziz. Terima kasih atas sokongan kepada semua penyinggah di blog yang tak seberapa ini. Selamat Membaca!


Sunday 7 August 2011

Alhamdulilla & Thank You Allah

Alhamdulilla..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih ada pengharapan yang baik dalam kehidupanku. Moga Allah sentiasa mentakdirkan yang baik-baik untuk aku dan keluarga. Insya-Allah.. Amin

Just mahu menulis secara ringkas untuk berkongsi sedikit kegembiraan ini. Jumaat lepas en hubi dah  pun bayar deposit rumah dan dah pun dapat kunci untuk rumah baru yang bakal kami duduki. Alhamdulilla, ternyata akhirnya pengharapan yang ku tunggu selama ini, insya-allah semakin kesampaian. Kalau tak ada aral melintang, hujung tahun ni aku dan anak-anak akan mula berpindah ke Kluang. Rumah pun dah ada, cuma sekarang ni kena mula uruskan urusan perpindahan secara sikit-sikit dari Puchong ke Kluang. Urusan perpindahan sekolah anak, pertukaran alamat bil-bil, pertukaran line telefon streamyx... hmm.. banyak juga tu. Insya-Allah, moga Allah terus beri kemudahan pada aku dan keluarga. Amin

Cuma sekarang ni, kerja je yang tak nampak lagi. Tapi tak apa, aku yakin.. REZEKI ALLAH ada je di mana-mana. Yang penting, aku dan anak-anak dapat duduk dekat dengan suami. Hatipun senang, gembira.. dapat eratkan kasih-sayang, dapat sama-sama menjalankan tanggungjawab bersama dalam mebesarkan dan mendidik anak-anak, elak curiga, elak gangguan dan godaan-godaan luar yg datang bila hidup secara sendiri. Niat berpindah adalah kerana ALLAH TAALA. Insya-allah, niat yang baik, Allah pasti akan takdirkan yang baik juga untuk aku.  Moga ada rezeki yang lebih baik ditakdirkan untuk aku bila aku sudah berada di Kluang nanti. Insya-Allah. Amin.

Thank you Allah atas segalanya!. Alhamdulilla......

Monday 1 August 2011

Be Strong For Allah


Assalammualaikum dan Salam Ramadhan untuk penyinggah di blog ini yang beragama Islam. Alhamdulilla, syukur ke hadrat Ilahi kerana terus dipanjangkan umur dan dapat diberi peluang untuk bertemu bulan Ramadhan yang mulia ini.
Hari ini masuk hari kedua Ramadhan untuk tahun ini.  Alhamdulilla, walaupun semalam agak goyah sedikit, selepas Maghrib terus pengsan. Ku terpaksa melewatkan sedikit solat Isya dan terpaksa buat solat terawih secara sendiri lewat malam tadi. Insya-Allah.. moga Allah akan terus beri aku kekuatan dan kesihatan diri yang baik agar aku dapat terus merebut peluang melakukan amal ibadat sebanyak yang mungkin demi untuk keredhaan Allah.
MEMOHON KEKUATAN ALLAH dalam mencari KEKUATAN DIRI kerana ALLAH. Allah telah menjanjikan kelebihan yang banyak untuk hambanya di bulan Ramadhan ini. Antaranya Allah akan gandakan pahala ke atas apa jua perkara yang baik yang buat kerana Allah Taala. Allah akan beri hikmah, keampunan dan kelebihan ke atas hambanya yang melakukan ibadah, dan mencari keredhaan-Nya. Subhanallah. Maha Suci Allah. Allah telah menjanjikan pekara yang baik untuk hamba-Nya semperna Ramadhan yang mulia ini. Tidak inginkah kita kembali ke jalan Allah, mencari keredhaanNya semoga diampunkan segala dosa-dosa kita, dan moga dimakbulkan segala hajat dan keinginan kita selama ini?
Post saya kali ini saya sharekan sedikit info tentang niat berpuasa dan niat berbuka puasa, yang mana info ini saya just copy paste dari blog kawan-kawan lain. Moga perkongsian ilmu yang baik dapat memberi manfaat yang sama kepada kita. Akhir kata, Selamat Berpuasa, Selamat Beramal di bulan yang mulia ini. Jumpa lagi di post yang akan dating!. Insya-Allah.
Harapan Ramadhan – Raihan Dan Man Bai
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti


Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua