~Selamat Datang Ke Dunia Penulisan Ku~

Aku suka menulis, walaupun bukanlah seorang penulis yang profesional. Dengan menulis, aku rasa begitu tenang. Minat menulis telah wujud dalam diri sejak ku di bangku sekolah lagi. Kebanyakkan penulisan dalam blog ini adalah cerita-cerita koleksi peribadi, cerita pengalamanku sendiri, Persepsi diriku sendiri dan sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca yang lain. Turut dimuatkan dalam blog ini lagu-lagu kegemaranku. Selamat Datang ke Dunia Penulisan Mawar Aziz. Terima kasih atas sokongan kepada semua penyinggah di blog yang tak seberapa ini. Selamat Membaca!


Sunday 19 February 2012

Kek Kukus Oren


~Aku yang bernama Mawar~

Selepas kek kukus coklat, kita pergi pulak kepada kek kukus oren… hah! Jangan terperanjat. Aku memang giler buat cake pada minggu nie. Hehehe..
Taklah, sebenarnya kek coklat aku yang seloyang aritu dah habis. Memandangkan lama dah tak makan kek, si kecik aku nak makan lagi. Katanya tak cukup.
Mula-mula terpikir gak tentang kek kukus oren ni. Aku tak pernah buat. Biasa dengar aku. Sebelum ni aku pernah tau tentang kek kukus oren dari sifu aku (insan pertama yg bagi aku resepi kek kukus coklat) iaitu kak amy. Then aku pernahlah teringat yang kak amy kata dia pernah buat kek kukus oren guna Sunkist ke sunquick.. (tak ingat) So, dari imbasan kenangan cerita itulah datangnya niat aku nak mencuba pulak kek kukus oren ni.hehehe..
Akupun mula lah search kat internet resepi kek kukus oren ni, tapi rata-rata blog yang aku singgah menerangkan yang mereka gunakan 1 biji limau mandarin (di blande ngan kulit-kulinya gak) hehe.. Pastu ada gak yang komen melalui laporan masakan konon-konon kek mereka terpahit lah etc.
So, aku memuktamadkan nak guna sunquick mandarin aje sebagai percubaan pembikinan kek oren aku yang pertama. Hehehe… Dah namanya pun PERCUBAAN, akupun bercadang untuk mengurangkan sukatan adunan (lebih kurang bermaksud buat kek saiz kecik aje).
Jom tengok bahan-bahannye.
1.      Sunquick – ¾ cawan
2.      Telur – 2 biji
3.      Gula icing – ½ cawan
4.      Tepung – 1 cawan
5.      Air – ¼ cawan
6.      Esen Vanilla – 1 penutup
7.      Soda bikabonat – ½ sudu teh
8.      Baking Powder – ½ sudu teh
9.      Minyak – ½ cawan
Cara penyediaan: sama aje cam cara kek kukus coklat. Campurkan semua bahan, adun, gaul sehingga sebati. Then kukus. Masa kukus lebih kurang 45 minit ke 1 jam.  (sebab kek saiz kecik)
Untuk kek bersaiz normal, rasanya just gandakan aje kot. Aku pun tak pandai nak cakap sebab tak pernah cuba. Hehe.. Cuma telur just buat 3 biji, tepung gandum 2 cawan, air dan esen vanilla still sukatan yang sama tak berubah, minyak, gula ising semuanya jadikan 1 cawan. Soda bikabonat dan baking powder masing-masing 1 sudu teh. Cuma sunquick mandarin tu nak amik berapa sukatan ye?  1 cawan ½ okey kot. Huhuhu.. entahlah. Belum cuba belum tahu kan J
Cuma jangan terkejut ye, kek oren ni akan kelihatan lebih lembab. Mula-mula aku ingat tak jadi, tapi bila search kat internet, rata-rata kek oren memang agak lembab sikit.
Mari lihat hasil kek oren pertama ku… hehehe.. J colornye memang dah mengancam, cium sure bau oren. Bila makan… Yummy.. rasanya masam-masam manis pulak. Hihihi…
Wajah asal kek kukus oren sebelum di topping
Rupa kek selepas topping. Aku just buat simple topping aje. Rupa hiasan tak cun. Maklum le, aku tak pakar menghias kek. Taburan topping nipun just guna sudu aje .

Pandangan tepi sepotong kek yang dipotong. Sebenarnya coklat topping ni me-neutralkan rasa masam manis kek dangan tetiba ada rasa pahit lak. hehehe.. (pahit coklat) :))

Tersedia sudah, kek oren dihidangkan bersama secawan jus oren untuk si dia, raja dihatiku (suami) yang tersayang sebagai tanda kasih :) hehehe.. ceh! Jiwang pulak :p

Ehem-ehem.. aku kasi tampal sikit wajah raja di hati aku ni. Moga kasih sayang antara kami terus bertaut rapi,hingga ke akhirat nanti. Insya-Allah. Amin...


~Mr. Naza~


Friday 17 February 2012

Kek Kukus Coklat

Aku dah janji ngan Wardah nak uploadkan gambau dia bantu aku buat kek coklat 2 hari yang lepas. Hmm.. lama gak aku tak buat kek, rasanya sejak hujung tahun 2009. Alhamdulilla, dapat seloyang. Puas makan ngan anak-anak dan suami :) Sebelum aku pergi ke cerita yang seterusnya, aku pastekan dulu gambau seloyang kek aku tu.. untuk pengetahuan, topping dia aku hias ngan coklat, buat nama en hubi : Naza dan di bantu oleh puteri aku tue... Wardah tanya, nape letak nama baba. Aku jawab simple aje, sebab nama baba tu ketua keluarga. Nama wardah hujung ada nama baba. Abang ajib pun ada nama baba kat hujung nama (berbin dan berbintikan naza). Then mamapun bila orang puteh tanya, nama mama pun jadi macam nama baba "Mrs Naza". hehehe...Selamat dia boleh terima penjelasan aku ngan senang hati. Kalau tabur hiasan nama dia kang, unfair lak untuk abang ajib. hehe.. ups sori.. sambung point citer kiter ni. 


bahan-bahannya aku ubah suai ikut citarasa sendiri. Kalau search kat internet, cara dan bahannya pun hampir sama.

Bahan-bahan:
1. Telur - 3 biji
2.coklat van hauten - 1 cawan
3. susu pekat manis - 1 cawan
4. Gula Icing - 1 cawan
5. Minyak masak - 1 cawan
6. Tepung gandum - 2 cawan
7. Baking powder - 1 sudu teh
8. Soda bikabonat - 1 sudu teh
9. Esen vanila - 1 tutup
10. Air - 1/4 cawan

Caranya: Campurkan semua bahan, gaul sehingga sebati pastu kukus di atas api sederhana besar selama 1 jam ke 1 jam setengah. Insya-allah, hasilnye seperti di gambar di bawah.



Pembantu mama: tolong bentang surat khabar

Antara bahan yang perlu before 'meng-kek' (buat kek). hehe..

Pembantu mama rasmi dulu.. Yummy..


Bila buat kek kukus ni, teringat kat seorang anak buah aku : Kautsar. Dia anak kepada abang aku. Dulu masa di Puchong, dia cukup suka buat kek kukus coklat ni. Aku hanya ajar dia cara buat sekali aje, terus dia pandai.. Sedap gak, boleh kira nak lawan Taukeh nie. hehehe.. post sikit gambar anak buah aku ni, senyuman manis berbaju biru.. kasi glamour sikit. :)
Kautsar dan adiknya, Khadijah

oklah, mood menulis aku tak berapa nak ada pulak malam ni. Jumpa lagi di entry akan datang. tata titi tutu...

Thursday 16 February 2012

Madu, tengoklah apa aku masak arini :)

madu.. hehehe.. sori sebab aku kasi upload sikit wajah cun hang kat blog aku ni. :) ni gambau aku cilok kat facebook ko. hehehe.. saje nak tayang wajah 'madu' aku untuk sape yg nak mengenali siapa yg aku biasa panggil 'madu'. :)

Anyway, ni madu yg bukan tarik2 rambut punya tau...

Ikan bilis masak asam
entry ni sebenarnya just nak inform kat hang madu, yang td aku dah pun buat ikan bilis asam tue. Yummy.. hehehe.. Mr Hubi pun cakap sedap. Aku cakap aku dapat resepi ni dari ko.

Sebagai bukti, aku pastekan gambau ikan bilis ni tadi ek.. Tq banyak2 atas resepi. Next time, ade resepi yg best2, share lagi ye :)



Wednesday 15 February 2012

Matahari Terbenam

Uiks.. sejuk lak pagi ni. Mana idaknye, semalam hujan di bumi Kluang. So, suasana sejuk tu still terasa hingga ke saat ni.

Biasanya rutin aku time-time cenggini, aku sedang sibuk di luar rumah, busy dengan menjirus pokok-pokok rumah aku, tanaman-tanaman aku sambil menyapu longkang dan halaman rumah. So hari ini, memandangkan hujan dah tolong jiruskan pokok aku malam tadi, i decide untuk membusykan diri di hadapan laptop ni :)

Semalam aku ingat nak update blog, pasal kek coklat. hehe.. lama dah tak buat, semalam baru buat. Tapi tetiba mood penulisan pulak kurang. Tarra.. hasilnye seperti gambau di sebelah. hehehe.. tapi nak post kan resepinya, ingat entry yang akan datang baru aku tulis pasal kek kukus coklat ni. hehe.. sebabnya hari ini aku nak cerita sikit salah satu kegemaran aku :)

Selain bunga Mawar, antara lain yang jadi kegemaran aku adalah 'matahari terbenam' dan 'matahari terbit'. Untuk setakat ini, koleksi gambar yang aku ada dan tangkap sendiri adalah gambau matahari terbenam, sebab matahari terbit, normally time tu aku kat rumah, tak ade keluar kat mana-mana, busy uruskan anak2 nak g sekolah or masih terbongkang atas katil. hehehe.. so, if aku berada di mana-mana je time petang and nampak matahari terbenam, aku akan cuba snap suasana petang itu sebagai simpananku.  Even kalau ada kawan-kawan FB yang attachkan gambar matahari terbenam, aku akan mohon untuk tag.

so, disini dengan suka citanya aku nak share gambau2 ni di blog ni. Jom cuci mata :)














Gambar-gambar ni semua aku tangkap sendiri. Just pakai handphone yang cikai ajer. Sebenarnya ada beberapa keping gambau lagi yang ade dalam memory simkad aku. Tapi baru-baru ni memory simkad tu dah tak boleh detect plak. Frust betol aku. Takut kena format je, sure gambau2 tu sume ilang. huhu.. then aku nak share gak gambar-gambar yang aku tag dari kawan-kawan FB aku. Gambar-gambar ni hak milik terpelihara tau dari tuan punye gambar. Ni pun aku upload dulu baru nak pi mintak izin kat tuan punya gambau.


Gambar ni aku save dari facebook Zeti Aktar Al-Aziz


Gambar ni aku save dari facebook: Megat Azwan Ishak

Juga dari rakan facebook ku: Megat Azwan Ishak



Dari Facebook Megat Azwan Ishak


Gambar-gambar yang cantik sangat ni aku save dari rakan facebookku : En Megat Azwan Ishak. :) sangat cantikkan? sedap je mata memandang, rasa begitu tenang. Untuk en megat, tak apa ke saya share gambar ni? kalau tak boleh, bagitau ye.

Credit untuk encik Megat atas gambar-gambar ni. Sambung cerita sikit, if rakan blog nak tau, en megat ni salah seorang juru kamera yang professional, even ofis PEERS aku dulupun bayar en Megat ni untuk kerja-kerja photografi untuk kajian Taman Negara Endau Rompin. Gambar memang class and puas hati :). So sesiapa yang berminat nak tengok hasil gambar en Megat, or mana tau nak gunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau, bolehlah cari beliau kat facebook atas nama: Megat Azwan Ishak. Aku tak surelah en Megat ni ada blog ke tak. Nanti aku tanye. If ade, i'll share the info kat bahagian komen :)

Jom tengok lagi beberapa keping gambar matahari terbenam yang aku save dari rakan FB aku, iaitu  Encik Nor Effendi, Mr Lim Poh Tiong dan Puan Herlina Ab Aziz  :). Credit gak untuk Encik Nor Effendi, Mr Lim Poh Tiong, sis Herlina Ab Aziz dan sis Zeti Aziz Al-Aktar. 

Mohon share gambar ye semua pemilik gambar asal yang saya masukkan di sini. Terima kasih semua :)

Gambar ku ambildari rakan facebookku: Nor Effendi


Ni gambar dari rakan facebookku: Lim Poh Tiong
Ni juga gambar dari rakan facebookku: Lim Poh Tiong

ni gambar aku ambik dari facebook Herlina Ab Aziz
Bila tengok2 balik semua gambau ni, satu je yang aku fikir dan bisik dalam hati iaitu "Allah itu indah", "Allah itu sempurna" dan apa saja ciptaan-Nya adalah seindah dan sesempurna-Nya. Subhanallah :)

Sekian. 


Tuesday 14 February 2012

KUIH APAM & Sebalik kehidupan yang terselindung :)

Alolo Assalammualaikum sume .. rajin pulak aku nak update blog dalam minggu ni. hehe.. mungkin badan rasa sihat, bersemangat, hati senang gembira dan yang penting ~ MOOD menulis tengah banyak time ni. :)

Tapi topic entry yang nak ku post kan kali ini still same cam entry yang di post baru-baru ini iaitu menjurus pada masakan. :)) senyum kasi lebau sikit. hahaha.. secara tak langsung, penulisan ku ni adalah untuk share kegembiraan dengan rakan-rakan pembaca di blog ini.

Petang tadi first time aku cuba buat kuih apam. Resepi dia aku just search kat internet aje. Simple giler resepinya. Ingat senang nak buat, tapi gupa-gupanya hasilnya tak sesenang resepinya, seperti gambar yang aku attach kat bawah ni:
 

Kuih apam gula merah


Bahan penyediaan adalah sepeti di bawah:



  • 4 1/4 cawan tepung gandum  atau 1/2 kilo tepung gandum - diayak
  • 3/4 cawan gula (gula merah/melaka dan gula pasir - dicampur)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 peket yis serbuk Mauripan
  • secubit garam (jika mahu)
  • kelapa parut (web suggest dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam) tapi aku x kukus pun, bedal gitu je, gaul ngan garam sikit kasi masin :)


  • Cara-cara masakkan:
    1. Sapu minyak disekeliling loyang.
    2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.
    3. Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk. 
    4. Kemudian, masukkan campuran yis  dalam tepung dan gula yang digaul tadi sambil dituangkan juga lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
    5. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.  
    6. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
    7. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.  
    Begitulah cara penyediaannya yang sebenarnya. Aku rasa aku ada tersilap sikit time step no 5. Aku rasa adunan ku dah naik dua kali ganda (masa tak pasti berapa lama) tapi aku still hold untuk kukus, sebab konon-konon nak tunggu satu jam. Sekali bila aku datang balik kat adunan (masa dah nak dekat 1 jam menunggu adunan naik), rupa-rupanya adunan ku dah naik tinggi, hampir membuak terkeluar loyang. Mak aiii... first time buat, kelam kabut gila. hahaha.. cepat-cepat panaskan kukus (guna air panas tarmus ajer) sbb nak tunggu air kukus panas sendiri kang, lagi melimpah adunan ku. Mungkin kesilapan begini yang buat my 1st APAM tak naik sangat. Naik tu naiklah, cuma tak cantik.. dan tak boleh buat berniaga kalau orang kata. hahaha :))

    Anyway, puas hati gaklah sebab diri sendiri tak sangka boleh gak memasak walaupun tak seterror chef-chef yang terkemuka tue.. at least tangan aku ni taklah "tangan bangku" ;p.  Aik?.. ade ke konsep tangan bangku? kaki bangku adalah. hikhikhik.. sekurang-kurangnye kuih apam ku sekarang, pada jam ini 9.50pm telah berbaki dan jadi seperti gambar di sebelah..

     Apa-apapun, aku bersyukur kepada Allah atas kurnia-Nya, kerana aku tahu berjayanya sesuatu perkara tu adalah diatas rahmatnya. Selalu aku baca status rakan-rakan FB yang share pernyataan tentang kejayaan, kebahagiaan, kekayaan, kasih sayang dan sebenarnya semua yang dimiliki di dunia ini  adalah MILIK ALLAH semuanya. Kita hanya diberi pinjam untuk seketika, selagi itu yang Allah mahukan atas diri kita.

    Selit sikit tentang cerita diri sendiri. Rasanya ramai tahu yang aku sekarang ni jobless. That why sekarang aku rajin mencuba pelbagai masakan yang tak pernah aku masak, semata-mata ingin mencuba, menambah pengalaman dan mengisi masa lapang. 

    Selalu terfikir, bilakah ada peluang kerja yang baru untuk aku di Kluang ini, or adakah sebenarnya kehidupan yang aku lalui ini sebenarnya adalah lebih baik dan terbaik yang telah ditentukan Allah untukku pada masa ini. 

    Selalu membaca doa surah Yassin, yang ada menyebut "Bahawa sesungguhnya urusan Allah, apabila Dia berkehendakkan sesuatu bahawa berfirman Dia baginya 'Jadilah' maka sesuatu itupun jadilah ia," maka Maha suci Allah, Tuhan yang berkuasa penuh memerintah segala sesuatu dan kepada-Nya segala-gala itu dikembalikan" 

    Bila fikir balik, aku cuba muhasabah diri ini, dan aku dapati sebenarnya banyak kebaikkan lain yang sebelum ni aku tidak miliki tetapi kini aku perolehi. Walaupun aku sudah tidak kaya lagi dengan wang saku sendiri (ada kerja, ada gaji), tetapi aku mula kaya ngan kasih sayang. Alhamdulilla, walaupun aku tahu semua kebahagiaan dan kebaikkan ini adalah milik Allah, namun aku bersyukur atas kurnia dan pinjamanNya atas diri ku.

    Kalau dulu hidup sendirian, malam sendirian, sekarang sudah dekat ngan en hubi tersayang. Anak-anakpun dapat membesar dengan kasih sayang dan didikan babanya. Alhamdulilla, Allah kurniakan suami yang baik dan bertangunggujawab pada aku dan anak-anak (Amin, insya-Allah moga berterusan). Sekarang hampir setiap hari, waktu Maghib dan Isya' aku akan berimamkan suamiku sendiri. Anak-anakpun mula belajar solat.

    Kelebihan en hubi yang aku terlepas pandang, rupanya dia pandai gak dalam bab-bab tajwid ni. Setiap hari, anak-anak akan belajar mengaji (Iqra) dengan babanya. Akupun dah mula buka semula Al-Quran yang agak lama aku tinggalkan time sibuk bekerja dulu. Mula-mula ingat nak memperhalusi bacaan ku dengan en hubi, tapi tengok dia tu garang sangat time mengajar. Aku pun kecut perut. hehehe.. Syukur sangat dengan kehidupan sekarang. Walaupun tidak semewah dulu, tapi rezeki Allah sentiasa cukup buat kami. Dan bila mengenangkan kebesaran Allah ini, aku benar-benar insaf dan rasa amat bersyukur. Yang penting sekarang, aku harus terus membersihkan hati, redha dan terus bersyukur dengan apa yang ada. Moga Allah terus beri kebahagiaan buat aku, suami dan anak-anak hingga ke akhir hayat. Amin

      
    

    Monday 13 February 2012

    Kuah Pindang, Ikan bilis kicap dan Sayur Taugeh Pegaga Goreng Belacan

    Alhamdulilla, kenyang perut selepas selesai makan malam hari ini. Happy sangat tengok en hubi makan dengan penuh berselera malam ni. hehe.. mana taknye, menu yang aku masak untuk makan malam ni adalah menu kampung, yang aku memang tak pernah buat selama aku dah berkahwin dengannya (hampir masuk ke 9 tahun perkahwinan pada November 2012 nanti).

    Sekarang ni, Dapur tanpa sempadan. Klik aje kat internet, search.. insya-allah jumpa resepi yang kita nak masak. Namun begitu, kadang-kadang tak semua cara masakan yang kita biasa makan ada dalam internet. Contoh macam masakan sayur turi asam pedas. Rata-rata resepi banyak bagitau tentang masak turi lemak. Juga sayur pengaga. Ku cuba tengok cara masakan special kalau ada, sebab dulu emak melah selalu goreng aje. Search kat internet, banyak resepi masak lemak. Tak kurang gak yang bercerita tentang jus pengaga.

    So, dengan rasa senang hati, aku terpanggil nak share kan resepi masakan ku yang simple ni. Sesuai untuk wanita yang bekerja. Ringkas, balik rumah, campak-campak aje bahan dalam kuali. Insya-allah, siaplah lauk yang ringkas, tapi boleh membuka selera kita. 

    Ok, masakan pertama ku tadi adalah kuah pindang. hehe.. selalu makan, tapi tak pernah buat.  Kalau search kat internet, macam-macam masakan kuah pindang keluar. Tapi kuah pindang yang emak aku buat, warnanya kuning. Macam gini. Style Melaka kot. Sesuai untuk masakan berpantang bagi wanita bersalin. Dulu masa kecik-kecik emak selalu masak kuah ni. En hubi pun kata emaknya pun selalu hidangkan masakan kuah pindang masa dia kecik. Tak pedas. Sesuai untuk budak-budak.  So ni kira eksperimen masakan pertama ku hari ini. Jom tengok hasilnya dan bahan-bahannya :)


    Bahan-bahan:
    1. Ikan kembung  
    2 . 2 ulas bawang merah - di tumbuk
    3. 1 ulas bawang putih - di tumbuk
    4. 1/2 inci kunyit hidup - di tumbuk
    5. 1/2 inci halia - di hiris-hiris
    6. 1 ulas bawang besar - potong 6 atau 8 (ikut kesukaan)
    7. 1 batang serai - di titik
    8. 2 keping asam keping
    9. Air asam jawa
    10. sedikit cili api hijau- ditumbuk
    11. 1 biji cili hidup merah
    12. 1 helai Daun kunyit - dikoyak-koyakan sederhana kecil (mengikut kesesuaian)
    13. Garam

    cara masakan:
    1. didihkan air dalam periuk
    2. Tumbuk bahan-bahan: bawang kecil, bawang putih, kunyit hidup, cili padi hijau
    3. Bila air dah didih, masukkan bahan yang dah di tumbuk - kacau sehingga sebati
    4. Masukkan halia, serai, daun kunyit, bawang besar, asam keping - juga kacau sehingga sebati
    5. kecilkan api, masukkan ikan,tutup periuk sehingga ikan masak
    6.Masukkan sedikit air asam jawa dan garam - sesuaikan mengikut rasa dan masam yang kita mahu
    7. Masukkan cili merah hidup
    8.Kacau kuah perlahan untuk elak ikan hancur dan matikan api dapur.

    hehe.. senang ke susah? senang aje kan?..sambil tunggu kuah pindang masak, sebelah dapur lak kita boleh buat masak yang juga agak simple, iaitu ikan bilis goreng kicap. hehehe.. resepi ini pun aku search kat internet. Saje nak recall camne nak buat ikan bilis kicap. Dulu seingat aku, masa kecil-kecik.. akak aku (sebut nama sikit: siti hajar) pernah masak ikan bilis kicap. Tapi kicap berkuah. hmm.. sedap jugak. Nanti aku cuba dapatkan resepi dari dia. Kalaulah dia masih ingat. Tapi sure ikan bilis kicap berkuah dah tak garinglah.

    Resepi ikan bilis yang aku nak post kat entry aku ni jenis garing punye. Garing dan pedas. Jom tengok gambar dulu dan pastu baru tengok bahan-bahannya ok!


    . Bahan-bahan:
    1. Ikan bilis
    2. Bawang besar - hiris bulat
    3. Kicap (manis atau masin) ~ dlm web suggest kicap manis
    4. Cili padi - (4-5 biji) - potong kecil-kecil
    *sos tiram - jika perlu

    cara masakan:
    1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan
    2. Masukkan minyak sikit, goreng bawang besar dan cili padi hingga garing
    3. Masukkan kicap, kacau sehingga kering sedikit. Aku guna kicap masin, so aku tambah sikit sos tiram untuk kasi manis
    4. Tutup api, tunggu seketika then barulah dimasukkan ikan bilis ~ Gaul kesemuanya sehingga sebati

    :) hehehe.. sedap tau, korang akan rasa rangup, manis, masin and tetiba pedas!.. cubalah, sangat ringkas tapi pasti mampu buka selera korang.


    And yang ketiga, sayur taugeh dan pegaga yang digoreng belacan. Kat internet kalau search tak ada tau. Tak tahulah kalau ku terlepas pandang :). Jap, attach gambar dulu supaya korang nampak gambaran.

    Bahan-bahan:
    1. Sayur taugeh dan sayur pegaga
    2. 2 ulas bawang merah
    3. 1 ulas bawang putih
    4. 1 biji cili merah
    5. belacan
    6. sos tiram
    *Planta -  jika perlu untuk sedapkan rasa

    cara masakan:
    1. Bersihkan sayur taugeh dan sayur pegaga.
    2.Sayur pegaga boleh dicuci ngan air garam. Potong-potong ikut kesesuaian. Asingkan batang dan daun. (akar aku tak masak sekali sebab tak prefer akar.)
    3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili hidup
    4. Bakar sedikit belacan
    5. Tumis bahan ditumbuk, masukkan belacan goreng tadi, masukkan sedikit planta, masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati, kemudian  masukkan sedikit air
    6. Masukkan batang pengaga dulu, kasi empuk sikit dan masukkan toge dan pegaga serentak
    7. Tambahkan sedikit garam dan gaul kesemuanya sehingga masak. (mengikut citarasa masing-masing samada suka empuk atau separuh masak)
    * Tak perlu terlalu empuk sayur-sayur tu. Makan fresh sikit baru best dan rangup :)

    Alhamdulilla, selesai sudah 3 menu simple :). hmmm.. esok nak masak apa pulak yer? terfikir nak masak sayur-sayur kampung je ni. So.. apa lagi, jom search menu masakan untuk esok pulak. tata titi tutu sume...

    Saturday 11 February 2012

    Tentang Aku

    Sedang tunggu mata kelat, ku layan FB sambil dengar lagu Kitaro. Isk..isk.. sayu je hati bila dengar lagu2 cemni memalam begini. Terus teringat kat blog. Rasanya dah lama tak update betul-betul blog ni. Sebenarnya hati ini terfikir nak update beberapa entry tentang perkembangan diri ku. Tapi memandangkan masa nak menulis tak berapa ada (masa ada, mood menulis yg tak ade), ku cuba satukan entry yang teringin aku citer kat dalam post kali ini.

    Hmm.. hari ini dahpun 11 Februari 2012. Kira-kira sehingga tarikh ini, aku dahpun 2 bulan setengah  telah berpindah ke Kluang dan menjadi surirumah tangga sepenuh masa. :) hehe.. Flash back hari last aku kerja, Boss buat farewell party untuk aku kat Umai Cafe, Putrajaya. Isk.. kalau kenang, rasa sayu hati lak. Tapi bekerja di PEERS memanglah satu kenangan yang indah bagi aku. Aku pasti akan merindui suasana kehidupan di Puchong :). Walau bagaimanapun, aku bahagia berpindah ke Kluang dekat ngan suami ku. Aku percaya, ada rezeki lain yang lebih baik ditakdirkan untuk aku di sini. Mungkin bukan sekarang. Aku perlu bersabar. Insya-Allah. Ada hikmahnya di sebalik perpindahan aku ke Kluang.

    Nak cerita lebih-lebih pasal PEERS, dan kenangan-kenangan di Puchong hanya akan buat perasaan aku sayu. So, aku just attachkan beberapa keping gambar yang diambil pada hari last aku bekerja di PEERS. Jom lihat sambil layan lagu kitaro ni...



    Bergambar suasana di pejabat, bersama Puan Norimah (my english teacher) kat PEERS

    Aku dan 2 ahli lembaga pengarah PEERS Consult (M) Sdn Bhd

    Ni time sebak, air mata sedih & gembira (bercampur-baur) nak resign tak dapat ditahan

    Gambar dengan segelintir kakitangan PEERS Consult

    Barisan bunga-bunga AYU di PEERS Consult (M) Sdn Bhd

    Gurauan terakhir diantara Mawar Aziz bersama En. Agus dan En. Sham

    Bersama  Cik Aiza, En Chhoa dan En Sham
    Gambar kenangan bersama kakitangan pentadbiran PEERS: Kak Zeti & Abang Jaey

    Ok, sambung cerita. Selepas resign, akupun berpindahlah mengikut en hubby tercinta ke bumi Kluang. Hmm.. seperti yang telah ku beritahu di awal penulisan tadi, di sini aku jadi MEM BESAR yang bukan kaki CONTROL yer. hehehe.. Life kat Kluang, Alhamdulilla, selama 2 bulan setengah telah berada di sini, semuanya berjalan dengan baik.

    Kat sini aku duduk di Taman Sri Lambak. Alhamdulilla, merasa duk rumah bawah. Jap lagi aku attachkan gambar suasana sekeliling rumah aku ni. Permandangan rumah aku boleh dikatakan sepanjang jalan (ke kedai atau ke sekolah atau ke library) semuanya nampak gunung. Gunung Lambak sebenarnya tu.


    Permandangan Gunung Lambak


    Rumah baru yang ku sewa di Kluang. Ni gambar diambil masa baru pindah

    Rumah bawah ni ada berhalaman sikit. So, bolehlah tanam sikit pokok-pokok. Masa Chinese New Year haritu, aku adalah membeli beberapa pokok untuk dijadikan lanskap rumah aku. Antaranya, pokok kemboja dan buluh.

    Halaman rumah. Nampak luas selepas di mesin rumput. Buluh dan kemboja baru ditanam sebagai hiasan

    Pokok Buluh baru tanam sebagai permulaan nak me-landskap rumah
    nama pokok ni aku tak tau

    pokok air


    Selain itu gak, untuk mengisi masa lapang aku sebagai mem besar ni, aku adalah bercucuk tanam sikit kat tanah belakang rumah aku, dan tepi rumah. Antaranya aku tanam pokok limau sambal, pokok daun limau purut, kangkung, dan kacang botol.

    Ingatkan nak jadi petani 'tangkap muat' ni senang tapi rupanya tak semudah yang disangka. Tengoklah gambau pokok daun limau perut ni, habis dah dimakan ulat serangga. ngerrrrr... geram betol. Then antara cerita sadis, biji benih kacang botol yang ku taburkan sepanjang batas yang dibuat, hanya satu je yang bercambah. hehe.. tak tau mana silapnya. Biji benih cili yang ku tabur lak, langsung tak menjadi. huhuhu.. tapi alhamdulilla, biji benih kangkung yang ku tabur jadi pulak.

    Minggu lepas baru aku dok tabur lagi biji cili  dan kacang botol. Harap-harap pasni jadi lah yer (sedang menunggu ni)

    
    permandangan tanah belakang rumahku. Kat sinilah ku tanam kangkung, pokok limau dan limau purut

    Kuang ajau nye serangga.. habis togel putik daun limau purut aku!

    Jangan gelak.. berbiji-biji benih kacang botol yang kutabur sepanjang batas ni, hanya satu je yang bercambah :( 
    Kangkung aku.. berumur lebih kurang 2 bulan gak tika gambar ni diambil :)

    Hmm.. gitulah sikit sebanyak cerita perkembangan diri ku di Kluang. Terima kasih gak untuk kawan-kawan yang masih dan selalu bertanya khabar aku di sini tak kisahlah samada melalui SMS, Blog, Facebook ataupun email.. terima kasih kerana masih tidak melupakan saya :) dan seperti itu juga, saya juga tidak melupakan kamu.. FRIENDSHIP IS CONTINUOUS.. Jumpa lagi di entry yang akan datang :) tata titi tutu..