~Selamat Datang Ke Dunia Penulisan Ku~

Aku suka menulis, walaupun bukanlah seorang penulis yang profesional. Dengan menulis, aku rasa begitu tenang. Minat menulis telah wujud dalam diri sejak ku di bangku sekolah lagi. Kebanyakkan penulisan dalam blog ini adalah cerita-cerita koleksi peribadi, cerita pengalamanku sendiri, Persepsi diriku sendiri dan sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca yang lain. Turut dimuatkan dalam blog ini lagu-lagu kegemaranku. Selamat Datang ke Dunia Penulisan Mawar Aziz. Terima kasih atas sokongan kepada semua penyinggah di blog yang tak seberapa ini. Selamat Membaca!


Sunday 18 September 2011

Semangat Baru

Assalammualaikum..

Alhamdulilla, masih dipanjang umurku oleh Allah S.W.T dan masih diberi kesempatan bagiku untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifahNya di bumi Allah ini. Masih diberi ruang untukku memperbaiki kesilapan lalu sebagai seorang manusia biasa, masih di beri peluang untukku pertambahkan amal ibadat dalam mencari keredhaan-Nya dan masih di pinjamkan segala kasih sayang yang telah dikurniakan-Nya untukku.. kasih sayang suami, anak-anak, emak, adik beradik, keluarga mertua, rakan-taulan dan kasih sayang sesama insan yang telah ku miliki selama ini. Alhamdulilla Ya Allah atas kurnia-Mu ini.

Masih di dalam mood raya, walaupun hari ini telahpun masuk hari yang ke 21 Syawal. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua rakan-rakan yang menyinggah di blog ini. Maaf Zahir dan Batin. Untuk rakan yang mungkin mengenali saya dengan lebih rapat, saya juga mohon Maaf jika sepanjang perkenalan kita, ada terkasar bahasa dan tersalah kata.. dan juga saya mohon halalkan makan minum saya selama ini. Hmm.. jap, saya share lagu favourite raya saya ye..



Rasanya lama juga saya tak masuk dan meng-update blog ni. Sejak Ramadhan yang lalu. Mana tidaknya, kesihatan diri yang tidak berapa sihat sepanjang Ramadhan lalu dan keadaan diri yang semakin sibuk membataskan masa saya untuk saya menulis di sini.

Bercerita tentang sibuk, semalam saya baru saja selesai menghadiri kuliah pertama untuk semester ini. Alhamdulilla, sekarang sudah masuk tahun ke-2 (semester ke 3) saya bergelar pelajar e-pjj OM 221. Walaupun agak perit untuk sampai ke peringkat ini, tapi alhamdulilla.. berkat kesabaran saya dan dorongan yang banyak dari suami dan rakan-rakan seperjuangan banyak membantu saya untuk meneruskan pengajian ini.

Memang benar kata kebanyakkan orang, buat belajar secara bekerja dengan komitmen berumah-tangga ni bukanlah sesenang mana. Perlu banyak kekuatan dan semangat yang tinggi. Yelah, masa terlalu terhad. Sebagai manusia biasa.. kitapun perlukan waktu untuk tidur, makan, berehat dan berhibur bersama keluarga. Tetapi sebagai seorang pelajar separuh masa, kita terpaksa mencuri waktu itu untuk tumpukan pada pelajaran. Bayangkanlah, setelah sehari penat bekerja.. balik kena menguruskan rumah tangga dulu. Kemudian barulah boleh menghadap buku.. tapi sebenarnya 'time menghadap' tu, mata dan badan dah minta untuk berehat.. Sebab tu, ramai rakan-rakan e-pjj praktis bengun pagi sekitar jam 3.30 pagi untuk belajar.. bermakna.. malam tidur dulu, berehat.. then bangun balik awal pagi untuk mencari ilmu. Moga Allah meredhai usaha-usaha kami untuk terus pertingkatkan diri.. Mencari ilmu pun kira amal ibadat gak kan?

Cuma untuk berkongsi di sini, setiap semester.. mesti rakan seperjuangan akan berkurangan. Sedihnya.. Ada yang terkeluar (dismiss), ada yang gagal, ada yang mula give-up, ada yang ingin bertukar kursus dan ada juga yang ingin menukar pengajian kepada pembelajaran sepenuh masa. Bayangkan lah, dahulu group kami ada 5 orang, sekarang hanya tinggal 3 sahaja. Pelajar di kelas kami pun, dulu rasanya berpuluh-puluh.. semalam tengok ada dalam 15 orang ajer.. Hish.. hish.. KENA KUAT SEMANGAT nie..

Tapi semester ni memang mencabar skit untuk aku. Dengan pointer yang cukup-cukup makan ajer last semester.. semester kali ini aku kena cuba yang terbaik!. Tak lama lagi, aku akan berpindah ke Kluang. Insya-Allah. Harap bila lokasi dah jauh dari Universiti, tidak akan mematahkan semangat aku untuk terus belajar. Amin. Aku selalu pujuk dalam hati.. Insya-Allah.. ada yang baik untuk aku atas usaha dan niatku yang baik. Moga Allah permudahkan. Amin..

Semalam dalam kelas, ada seorang rakan baru dari Sabah. Katanya dia memang berulang alik ke Semenanjung setiap kali ada seminar. Setiap semester, dia akan cuti lebih kurang 5 hari untuk 5 seminar. Huhu.. Bayangkan! Terbang dari Sabah ke Selangor untuk cari ilmu. Takkan aku yang tak lama lagi nak pindah Kluang dah nak mengalah?... hmmm..... Muhasabah diri Mawar.. carilah semangat baru..

Ayoyo.. diam diam tengok dah hampir satu jam aku menulis. Cukuplah kot setakat ini dulu. Sekarang masa untuk study. Moga Allah memudahkan segalanya untukku. Insya-Allah. Amin.. Sebelum berundur.. jom layan lagu Pocahontas ni..

Jumpa Lagi! Insya-Allah..