~Selamat Datang Ke Dunia Penulisan Ku~

Aku suka menulis, walaupun bukanlah seorang penulis yang profesional. Dengan menulis, aku rasa begitu tenang. Minat menulis telah wujud dalam diri sejak ku di bangku sekolah lagi. Kebanyakkan penulisan dalam blog ini adalah cerita-cerita koleksi peribadi, cerita pengalamanku sendiri, Persepsi diriku sendiri dan sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca yang lain. Turut dimuatkan dalam blog ini lagu-lagu kegemaranku. Selamat Datang ke Dunia Penulisan Mawar Aziz. Terima kasih atas sokongan kepada semua penyinggah di blog yang tak seberapa ini. Selamat Membaca!


Monday 5 March 2012

Celoteh Menunggu Secawan Nescafe

Menulis sambil menunggu air masak semata-mata untuk buat secawan Nescafe sebelum tidur... Gula dah masuk, Nescafe dah bubuh.. cuma tunggu AYER mendidih dan nak bancuh ajer..

Hmm.. agaknya macam ni lah agaknye jalan hidup yang aku sedang lalui kini. Boleh kaitkan kerja sama ngan secawan kopi kot. hikhik.. Gula dah masuk (kelayakan dah ada), Nescafe dah bubuh (pengalaman dah ada), cuma tunggu ayer mendidih (tunggu panggilan/kerja kosong) dan bancuh ajer (bekerja/rezeki Allah S.W.T)

Agaknya kalau korang baca entry aku ni, korangpun naik bosan.. tak habis-habis cerita pasal kerja kosong. Pasal kerja.. TAK BEST SANGAT ke jadi suri rumah ni, MAWAR AZIZ?

Tak lah.. terdetik nak cerita pasal kerja kosong ni sebab adalah beberapa perkara yang berlaku dan buat aku terfikir balik pasal kerja. Sebenarnya duk rumah ni memang best, just urus anak, urus rumah tangga, bela dan belai suami dan anak-anak dengan masakan, kasih sayang and what everlah.. Even bila jadi surirumah, aku mula kenal orang, dari jadi kera sumbang (masa zaman duk KL dulu) dah mula bercampur dengan komuniti setempat. Akupun mula join pakatan bacaan Yaasin kawasan, sikit2 dok bantu2 'rewang'.. Alhamdulilla, kawan di Kluang semakin bertambah. Best sebenarnya bila jadi wanita surrumah ni. Bila ikhlas, niat kerana Allah, insya-Allah, ade kelebihan dan rezeki lain Allah beri pada kita sebagai surirumah.

Eh.. panjang jela lak explain pasal surirumah.. point sebenarnya aku nak cerita, ape yang buat aku pikir balik  tentang kerja. Ceritanya gini. Pertama, tadi malam aku join bacaan Yassin kat sini. Aku g ngan Kak Anis, jiran depan rumah aku. Then kat majlis tu, aku telah berjumpa dan diperkenalkan dengan seorang wanita yang rupanya merupakan staff Dato' Salleh (syarikat yang aku dok nanti lagi kot2 ada nak panggil aku selepas pejabat barunya siap). Rupanya wanita tu yang uruskan syarikat tu (merangkap ala2 boss la gitu). Dia tanya aku dulu duduk di mana? kerja apa? company apa?. Memandangkan masa tak berapa nak sesuai untuk bersembang (orang tengah sibuk nak berdoa), tak banyaklah perkara yang dapat dibualkan. Aku sempat gak berbunyi "Kalau ada mana-mana peluang/ kerja kosong, bagitahu lah saya"... masa aku cakap tu actually aku tak kenal siapa dia. I thought dia hanya jiran aku, biasa2 aje, sama gak merupakan seorang surirumah seperti kebanyakkan orang/surirumah di situ. Dah habis Yaasin, baru tahu siapa dia dari kak Anis.. Huhuhu... She very low profile (Sebijik macam boss perempuan aku kat PEERS), also not too friendly i guess (macam akak aku gak benaunya, sikit lebih kurang lah.. mungkin sebab boss.. ade kriterianya tersendiri). Alololo..... Nak kerja! Nak Kerja! Taknak gaji rendah sangat.. Hutang banyak ni. Nak bayar PTPTN, Nak beri mak sikit sementara ada umurnya dan yang paling penting, aku NAK MENYIMPAN sebab aku BERAZAM NAK TUNAIKAN HAJI... I miss Kaabah.. I miss Makam Rasullulallah. MISS ni ada 2, satu rindu walaupun belum pergi. Rindu nak tengok Kaabah. Yang keduanya, rindu dah pernah pergi, dan rindu nak jejakkan kaki lagi ke Maakah. Aku punye rindu adalah rindu yang ke-2.. Rahsia diri aku. Aku pernahpun jejakkan kaki ke tanah suci Maakah ketika aku berumur 9 tahun. i kira Hajjah 'kecik' nie.. Alhamdulilla. Tu bila dok ziarah orang nak g umrah ni, rindu aku pada Kaabah terbawa-bawa dalam emosi. Isk..isk.. Moga Allah murahkan rezeki aku di sini. Amin..

Cerita ke dua, petang tadi.. ada orang datang cari rumah sewa kat sini. Rupa2nya rumah sewa ni dia nak buat pejabat. Under Felcra Plantations Sdn Bhd. Hmm.. macam peluang baik ajer. Ok ape.. kalau buat pejabat kat sini OK gak.. ni dah kira dekat sangat ngan rumah aku.. bukan lagi dah sekangkang kera... dah kira sejengkal kera pun. Kunci jam loceng bangun pagipun dari rumah aku sure boleh dengar bunyilah kat pejabat tu.. huhuhu..Sometime terfikir nape aku tempuhi semua ni? Ada hikmah ker? Nape ade pertemuan tu? Rezeki semakin hampir ker? Wamwahualam.. yang pasti, doa kena tak putus... Moga2 Allah makbulkan doaku. Amin..

My nescafepun dah sejuk.. jom minum & pastu.. Tido.. Selamat Malam semua! Muah! Assalammualaikum...

p/s: Selit sikit kisah suka duka: en hubi confirm g Spain 20hb Mac till 9th April 2012. Huhuhu.. Tapi Insya-Allah, dengar katanya bonda tercintaku Hjh Ramlah bt Janggi sanggup dan mahu menemankan ku di sini . Amin. Moga2 Allah Permudahkanlah segalanya untukku..

Sekian~

Sunday 4 March 2012

SPAIN


I have no idea about "SPAIN"... eh..eh.. nape tetiba terasa nak speaking pulak ni? huhuhu... mementang le tajuk entry kali ni adalah SPAIN..


Isk.. cakap pasal Spain, hati aku tak keruan dibuatnya. :'( Janganlah sedih duhai hati. Jika itu yang Allah telah tetapkan untuk kamu, pasti ada hikmah disebaliknya.. Biasa dengar pasal Spain sebab one of my friend dari opis PEERS dulu pernah bercerita pasal Spain, even my hubby pun selalu gak bagitau yang sometime kilangnya akan hantar exec ke Spain untuk training. Biasanya aku dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, but dua tiga hari ni, dengar pasal Spain, bukan saje masuk telinga, namun terus melekat kat otak dan mengganggu gak emosi aku walaupun tak banyak tapi adalah sedikit.

Pantas tangan search anything yang aku boleh dapat info tentang Spain. huhuhu.. Hubi kata dekat ngan Italy dan France. Uhhh.. nape aku beriya nak tahu pasal Spain, sebabnya en hubi bakal diterbangkan ke sana untuk jangkamasa 3 minggu bertujuan untuk TRAINING jugak..

Waaa :'(  :'( kalau ikut hati, memanglah tak nak kasi dia pergi. Antaranya sebab AKU KENA TINGGAL.  2nd sebab ade prosedur baru yang ditetapkan oleh kilangnya, once dia ke luar negara, kena sign contract tak boleh berhenti dari kilang mengikut jangkamasa yang ditetapkan. Tang kena ikat contract tu yang Mr Hubby aku kurang gemau sikit.

3 minggu beb.. macam nak pergi Haji pulak rasanya. 3 minggu tanpa bersua walaupun di hujung minggu. Ditambah pula, diri yang akan keseorangan bersama anak-anak sahaja di bumi Kluang ni. Aish.. dah terbayang betapa bosannya hidup ni tanpa en hubi.. Dah lah tak tahu bawa kereta jauh2 (padahal dah ada lesen selama 13 tahun dah).. memang mati akal aku kat Kluang ni nanti.

Tak apelah.. kalau itu yang terbaik untuk en hubi.. Aku redha. Aku tahu, dia sedang built up kerjaya dia. Aku jugak yang berkerjaya di dapur aje :(... SABARLAH DUHAI HATI, kerana apapun yang berlaku, ALLAH tetap ada bersamamu, dan apa jua yang berlaku, ITU ADALAH SEBENARNYA YANG TERBAIK buat kamu...


Saturday 3 March 2012

RAHSIA HATI

Kisah Hati ni salah satu lagu favourite aku :) tak tahu ape yang aku suka sangat pada lagu ni. Disebabkan terasa ada masa yang terluang, ter-datang lak idea aku nak buat cerita yang boleh dikaitkan ngan lagu ni. Oleh itu, aku terfikir untuk menyambung kisah cerpen ADAM & HAWA dimuatkan dalam blog aku tahun lepas.  



Jom layan lagu dan lirik kat atas ni, then bolehlah layan lak cerpen pendek aku yang kat bawah ni. Sorry lah yek.. Ayat kaku sangat sebab aku ni dah lama tak menulis cerpen. Membaca novel pun tidak. So ayat nak kasi penyedap jalan cerita pun kuranglah. Anyway, cerpen ni aku hanya menulis dalam masa yang singkat, kira-kira 3 hari sahaja (termasuk meng-edit jalan cerita kasi OK sikit). hehehe..

then, nak maklumkan gak,gambar aku share kat sini adalah sekadar hiasan aje ye..

Judul Cerpen: Rahsia Hati
Tajuk lagu tema: Kisah Hati (Alyah)       
    
Bab 1
Huh?.. Macam tak percaya aje hari ini akan ada pembukaan satu klinik di hujung kampung ini. Siapa lagi jika klinik tersebut bukan milik Doktor Alex. Satu kampung sudah bercerita tentang kejayaan anak uncle Wang, taukey kedai runcit yang terletak di kampung ini. Mungkin ramai yang berbangga, dan sememangnya gembira kerana akan ada satu klinik yang menawarkan perkhidmatan perubatan separuh harga untuk penduduk kampung.
                “Hawa….” Jerit Mak Siah dari bawah rumah. Hawa mengeliat malas dari katil tidurnya. Maklumlah. Hari ini dia cuti dari solat, uzur seorang wanita pada setiap bulan. Jadi dia bangun lebih lewat dari kebiasaannya.
                “Hawa… dah bangun ke belum?!?. Sudah pukul 8.00pagi” Teriak Mak Siah lagi dari bawah. Hawa bingkas bangun. Segera dia turun mencari ibunya. Nanti jika dia tidak turun, emaknya pasti akan membebel panjang.
                “Ye mak.. bangun dah ni” Sahut Hawa.  Kelihatan Mak Siah sedang bersiap-siap seperti mahu keluar.
                “Bersiaplah..pukul 9 nanti ada pembukaan Klinik si Alex. Ada sedikit jamuan ringan semperna majlis perasmian kliniknya tu. Marilah menolong tengokkan apa-apa yang patut. Dengar kata, Alex ada menempah makanan dari Mak Temah untuk dijamu kepada penduduk kampung” Kata Mak Siah.
                “Malaslah mak” Hawa mencebirkan bibirnya. Malas betul dia nak ke situ hari ini. Dan Hawa benar-benar rasa malas sangat pada hari ini.
                “Kan Alex tu kawan baik kamu. Janganlah buat begitu. Kita kena beri dia galakkan. Diakan mahu buka klinik di kampung ni. Buat benda baik. Mahu bantu penduduk kampung” emak mula membebel bising.
                “Hawa tak berminatlah mak. Mak sajalah yang pergi. Hawa ada banyak kerja nak buat kat rumah ni” Jawap Hawa. Dia betul-betul tawar hati nak ke majlis itu. Perlahan-lahan Hawa mengatur langkahnya menuju ke bilik air.
Mak Siah hanya menggelengkan kepalanya melihat kedegilan Hawa.  Dia sudah kenal benar dengan perangai anaknya itu. Jika tidak mahu, jangan dipaksa. Hawa tetap akan berkeras. Akhirnya Mak Siah hanya pergi sendirian ke Majlis pembukaan Klinik Alex itu.

*             *             *

Bab 2
Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup perlahan mentenangkan suasana petang pada hari itu. Seperti kebiasaan, Mak Siah akan menghabiskan waktu petangnya dengan menyapu sampah dihalaman rumah.
“Selamat petang, Mak Siah” tiba-tiba tegur satu suara,menyapa suasana petang Mak Siah .
Doktor Alex
“Eh Dr. Alex.. Selamat petang. Masuklah nak. Apa hajat Doktor datang ke teratak makcik petang-petang macam ni? “ kata Mak Siah.
“tak payahlah nak berdoktor-doktor sama saya Mak Siah. Saya datang ni nak jumpa sama Hawa. Dia adakah? Tadi saya tak nampakpun dia masa majlis pembukaan di klinik tadi” Balas Alex.Anak matanya berkeliaran, cuba mencari kelibat Hawa di sekitar rumah Mak Siah itu.
“Hawa..sekejap ye mak cik panggilkan. Marilah masuk dulu ke rumah” Kata Mak Siah lagi.
“Tak apelah Mak Siah. Saya tunggu di luar sahaja”Balas Alex lagi.
Mak siah masuk ke dalam rumah untuk memanggil Hawa. Kemudian dia beredar ke dapur untuk membuat minuman untuk tetamunya yang bertandang ke rumahnya petang itu.

*             *             *
Bab 3
gambar sekadar hiasan: copy from blog kat atas: pangkin
Alex melabuhkan punggungnya di pangkin terletak di bawah pokok dihadapan rumah Mak Siah. Matanya memerhatikan persekitaran sekeliling. Terimbas kembali kenangan masa dia kecil. Dia selalu ke rumah Mak Siah untuk bermain-main bersama Hawa, anak perempuan tunggal Mak Siah.
Lamunan Alex terhenti apabila dia terdengar satu suara menyapanya dari belakang.
“Semuanya dah tak sama seperti dahulu, Doktor Alex. Banyak yang telah berubah di sini” Kedengaran satu suara halus yang sudah lama tidak dia dengari. Suara yang Alex amat rindu untuk mendengarnya. Alex mengalihkan pandangannya ke arah suara itu.
“Hawa…” Bisik Alex perlahan apabila melihat gadis itu di depannya kini. Mata mereka bertembung, dan saling perpandangan. Masing-masing terkedu dan kaku.
“Selamat petang.. Dr Alex cari saya ke?” Kata Hawa perlahan, dengan sebuah senyuman tawar seakan dipaksa.
“Hawa…”Alex berkata. Dia kemudian diam, dan menghembuskan nafasnya dengan berat.
“Janganlah panggil saya macam tu. Tak perlu nak berdoktor dengan saya.” Alex meneruskan katanya lagi. Hawa tersenyum tawar lagi mendengar kata Alex itu.
“Saya tertanya mengapa Hawa tak ke klinik pagi tadi. Dan kerana pertanyaan itulah yang memaksa saya kemari mencari Hawa” Alex menyambung lagi bicaranya. Kali ini matanya menatap tepat ke wajah Hawa.
Tersentak hati Hawa mendengar bicara dari Alex itu. Air mata mula bergenang di kelopak matanya. Segera Hawa menundukkan pandangannya. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan lelaki muda dihadapannya itu.
“Perlukah Alex?. Tapi untuk apa?”Bisik hati Hawa sendirian.
“Hawa..  Saya tahu, saya banyak mengecewakan awak. Dan saya tahu, saya telah mungkir janji sama janji kita. I can explain to you, sayang. But please, berilah I peluang untuk pulihkan hubungan kita” Kata Alex lagi.
Sebutir air mata menitis jatuh dipipi Hawa. Hatinya betul tersentuh dengan kata-kata Alex itu. Selama ini dia sangka, dia telah kuat setelah hampir 5 tahun Alex menjauhinya, menghilang tanpa khabar berita. Dan Hawa masih tidak mampu berkata apa-apa. Alex masih memanggilnya sayang?. Setelah 5 tahun hilang menyepi. Ohh.. Hawa benar-benar keliru.
Dari jauh kelihatan Mak Siah datang membawa sedulang air. Segera Hawa menyeka air matanya dari terus jatuh dipipinya. Dia tidak mahu emak dan Alex perasan perasaan sedih yang sedang bergelora dihatinya.
“Jemputlah minum Dr. Alex. Tak ada apa-apa, hanya kuih jemput-jemput dan air kopi sahaja” Pelawa Mak Siah sejurus dia sampai mendekati pasangan itu.
“Terima kasih Mak Siah. Dah lama tak minum kopi di pangkin ini. Rindu benar dengan air kopi Mak Siah” Balas Alex, cuba mengambil hati Mak Siah. Mak Siah tersenyum mendengar kata-kata Alex.
“Hehe.. yelah. Dulu kamukan kawan rapat sama Hawa. Selalu bermain disini. Oh ye, Hawa sudahkah menjemput kamu? awal bulan depan, dia akan berkahwin” Tanya Mak Siah pada Alex.
“Berkahwin?” Alex bersuara terperanjat mendengar kata Mak Siah itu. Terus air kopi manis Mak Siah yang diteguknya terasa sungguh tawar. Matanya memandang wajah Hawa minta kepastian.
Hawa mengangguk perlahan,cuba mengiyakan kata emaknya.
“Ye Alex. Saya bakal jadi isteri Mahadi”Kata Hawa perlahan.
“Mahadi anak tok ketua kampung itu ke?”Alex bertanya lagi. Diam, tiada jawapan dari Hawa.
Alex merenung wajah Mak Siah menantikan jawapan. Segera dia meletakkan cawan kopi yang dihirupnya kembali ke piring.
“Ye Alex. Mahadi itulah. Dah sampai jodohnya Alex. Tak baik menolak pinangan takut nanti jadi anak dara tua” Balas Mak Siah sambil tersenyum. Bangga benar hatinya bila mengenangkan Hawa bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Gambar sekadar hiasan: Ustaz Mahadi
“Mahadi seorang ustaz. Bertugas di sekolah agama di Bandar” Mak Siah menyambung lagi.
Alex menghembuskan nafasnya dengan berat. Hawa masih kaku di sisi Alex. Perasaan Hawa sungguh bercampur-baur. Juga Alex. Dia mula berasa tidak sedap hati. Masing-masing diam seolah sedang melayan perasaan sendiri.
“Eh, mengapa termenung ni. Jemputlah rasa kuih jemput-jemput ni, Doktor Alex..”pelawa Mak Siah lagi, memecahkan kesunyian suasana yang membelenggu pada petang itu.  
“Tak apelah Mak Siah. Dah kenyang.” Jawab Alex ringkas, sambil cuba mengukir senyum.
“Sebenarnya, tujuan saya datang ni, saya nak tanya Hawa jika kamu mahu bekerja di klinik saya sebagai pembantu klinik. Buat sementara ni, adik saya Melinda akan bantu. Tapi maklumlah, dia sedang menunggu keputusan SPMnya keluar. Ada peluang untuk dia sambung belajar, dia tidak boleh membantu saya lagi di klinik.” Alex berkata lagi.
“Entahlah Doktor Alex. Saya tidak pasti. Nanti saya bincang sama abang Mahadi jika dia izinkan”Hawa membalas, ringkas. 
“Baiklah. Jika boleh, datanglah ke klinik saya esok” Alex berkata pada Hawa. Suaranya amat berat sekali. Mungkin patah hati.
“Hmm.. saya minta diri dululah. Haripun dah nak malam ni”Alex menyambung katanya lagi.
 “Terima kasih kerana sudi datang ke sini. Datanglah lagi jika terasa ingin minum kopi Mak Siah dipetang hari” Hawa menyambung kata.
Alex mengangguk dan tersenyum kelat mendengar bicara Hawa. Kemudian dia bersalaman dengan Mak Siah, dan perlahan-lahan dia melangkah menuju ke keretanya.
Mak Siah dan Hawa hanya menghantar Alex dengan pandangan mata sahaja. Alex merenung wajah Hawa sekali lagi dari dalam keretanya sebelum dia berlalu pulang ke rumah dengan seribu kekecewaan.

*             *             *
Bab 4
Bintang bertaburan indah di atas langit. Cantik sungguh permandangan malam itu. Alex pantas teringatkan Hawa, gadis yang dipujanya selama ini. Sedikit kesal dihati Alex kerana Hawa bakal menjadi milik orang lain tidak lama lagi.
“Aku tahu aku bersalah padamu, Hawa”Bisik hati Alex sendirian.
“Aku yang mencurangi mu, aku yang menjauhimu. Dan aku takkan salahkan mu jika engkau telah berubah hati, membuat keputusan memilih lelaki lain dalam hidupmu”Alex terus berbicara sendirian.
“Tapi sekurang-kurangnya, kau perlu tahu apa perasaan sebenar aku pada mu. Tapi bagaimana?” Bisik Alex lagi, sendirian.

*             *             *
Bab 5
“Mak.. Hawa nak keluar sekejap” Jerit Hawa dari luar rumah. Segera dia menyarung kasut ke kakinya.
“Kau mahu ke mana pagi-pagi begini?”Tanya Mak Siah setelah terlihat Hawa seperti dalam keadaan tergesa-gesa.
“Hawa mahu ke klinik Alex, sekejap” Jawab Hawa ringkas.
“Hah? Kau mahu terima tawaran kerja Alex ke? Bukankah kamu perlu berbincang dengan Mahadi dulu”Tanya Mak Siah. Pelik. Hawa sudahkah berbincang perkara tersebut dengan Mahadi. Mak Siah tertanya sendirian di dalam hatinya.
“Emak, saya ada hal sikit nak dibincangkan dengan Alex. Sekejap je mak, saya pergi dulu ye!” Balas Hawa. Kemudian dia segera berlalu menuju ke klinik yang terletak dihujung kampung.
*             *             *
Bab 6
Sampai di hadapan klinik, kelihatan klinik masih tutup. Terlihat Hawa kelibat Alex sedang menuju ke pintu kliniknya.
“Selamat pagi, Alex”Sapa Hawa sebaik melihat Alex sedang membuka pintu klinik.
“Hawa..” Alex tersentak, sedikit terkejut melihat gadis itu berada di depannya. Sedari malam tadi, dia tidak bisa tidur memikirkan tentang Hawa. Dan tidak sangka, seawal pagi ini, gadis itu muncul dihadapannya.
Alex mengukir senyum. Ada berita baikkah untuknya, sehingga si manis datang bertandang ke kliniknya seawal itu.
“Masuklah.” Pelawa Alex, mengajak Hawa masuk ke dalam kliniknya.
“Terima kasih.” Balas Hawa. Hawa segera mengikuti Alex melangkah masuk ke dalam klinik.
 “Melinda mana?”Soal Hawa, setelah melihat hanya Alex seorang yang ada di situ.
“Oo.. dia datang lewat sedikit. Waktu operasi klinik bermula pukul 9.30 pagi. Sengaja saya datang awal hari ini untuk siapkan dulu apa-apa yang patut.” Balas Alex.
 Hawa merenung jam yang tergantung di dinding klinik itu. Baru pukul 8.30pagi.
“Ye Hawa, kamu bagaimana, setuju terima tawaran kerja saya?” Soal Alex lagi.
Hawa menggelengkan kepalanya. Berderau Alex melihat gerak balas Hawa terhadap pertanyaannya.
“Tidak. Saya datang ni sebab ada perkara yang saya ingin bincangkan dengan kamu.”Jawab Hawa. Alex mengerutkan keningnya mendengar kata-kata Hawa.
“Perkara Rahsia Hati” Jawab Hawa ringkas. Alex mengangguk tanda faham.
“Baiklah. Kita berbincang di dalam bilik saya. Jawab Alex, membalas semula kata Hawa. Dia mempersilakan Hawa duduk di sofa yang terletak di tepi sudut biliknya.

*             *             *
Bab 7

“Maafkan saya kerana menganggu kamu dipagi hari.”Hawa memulakan bicaranya.
“tidak mengapa, Hawa. Saya sentiasa mengalukan kedatangan kamu “Kata Alex.
“Dan maafkan saya kerana berita semalam”Sambung Hawa lagi.
Alex menarik nafas panjang, dan mendegus resah mendengar kata-kata Hawa.
“Masih tidak ada peluang untuk saya dihati kamu?”Alex mula menyoal perlahan. Dia cuba merenung dalam ke raut wajah Hawa. Kecantikan asli wanita melayu yang cukup Alex kagumi terpamer jelas di raut wajah Hawa.
“Alex, semuanya telah berubah. Saya sangkakan kamu sudah lupakan saya dan janji kita. Dan kerana itu, saya terima lamaran Mahadi.  Maafkan saya Alex, kerana saya tidak menunggu kamu dan berpegang pada janji kita.”Bicara Hawa perlahan. Air matanya sudah mula bergenang. Dia sungguh sayu hati. Hawa cuba menyalahkan dirinya dengan apa yang berlaku.
Alex menunduk ke bawah. Juga sedikit kesal dengan apa yang telah berlaku. Tetapi dia sekalipun tidak menyalahkan Hawa, kerana dia tahu, semua yang berlaku itu berpunca dari dirinya sendiri.
Alex mula bersuara perlahan“Maafkan saya Hawa. Saya yang bersalah pada kamu. Kamu tidak bersalahpun dalam hal ini. Saya yang lupa diri di sana. Saya yang mungkiri janji kita. Benar, saya ada wanita lain disana…tapi..”
Hawa segera memotong bicara Alex. “Cukup Alex.. saya tidak mahu tahu apa kisah kamu di sana. Apa yang  telah berlaku dalam kehidupanmu sepanjang kamu berada diperantauan.”Hawa mula teresak-esak menangis. Sakit benar hatinya mendengar pengakuan Alex tentang kewujudan wanita lain di hati Alex. Dia tidak sanggup dengar pengakuan curang itu dari mulut Alex. Hatinya bagaikan dihiris-hiris dengan sembilu.
“Sayang.. dengar dulu bicara saya. Tapi saya tetap tidak boleh melupakanmu. Dan kerana itulah, saya memutuskan hubungan dengan wanita itu dan pulang ke Malaysia”Pujuk Alex. Rasa bersalah menghantui dirinya. Ternyata dia tidak boleh membohongi dirinya, bahawa cinta Hawa sentiasa menghantui hidupnya.
“Saya masih sayangkan kamu, Hawa.. Percayalah..” Bisik Alex lembut di telinga Hawa.
Air mata mula berlinangan laju membasahi pipi Hawa. Dia juga kesal dengan apa yang telah berlaku. Tentang rahsia hatinya. Dia juga sebenarnya masih cintakan Alex. Lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Lelaki pertama yang mencintainya, dan masih dia cintai, sehingga kini.
“Sampai hati kamu buat saya begini Alex. Tergamak kamu menduakan saya? Kamu tahukah, saya bagaikan telah mati bila kamu menghilang dalam hidup saya. Selama ini, saya sentiasa mengharap kamu hadir sebagai ‘Adam’ saya. Bukankah kamu pernah janji ingin jadi Adam kepada Hawa. Sehinggalah kamu benar-benar sepi dari hidup saya. Tika itu, Hawa rasa dunia ini dah tak bermakna untuk Hawa. Perasaan hawa sangat sakit. Hari-hari Hawa menangisi kehilangan Alex dari hidup Hawa. “Bicara Hawa dengan penuh pilu.  Akhirnya Hawa meluahkan juga segalanya yang terbuku di hatinya selama ini. Selama 5 tahun hidup bagaikan pungguk rindukan bulan. Kemudian Hawa menyambung lagi kata-katanya.
 “Sebenarnya Hawa pernah tahu bahawa Alex ada wanita lain di sana. Hawa dengar khabar berita tentang Alex dari Auntie Teresa. Ketika itu, terasa diri Hawa bagaikan melayang di tiup angin. Hancur hati Hawa, hanya tuhan yang tahu. Hawa tak sangka Alex tergamak persiakan kasih Hawa, sedangkan Hawa menunggu Alex dengan penuh setia di sini. Tidak cukup dengan itu, Hawa tahu, harapan memiliki Alex tipis kerana Auntie Teresa ada menyatakan hasratnya untuk kahwinkan Alex dengan Mei Ling”
Alex terdiam mendengar bicara Hawa. Dia menarik nafasnya dalam-dalam dan menghela dengan perlahan.
“Cuba Alex bagitahu Hawa, bagaimana Hawa perlu meneruskan hidup ini tanpa Alex? Tanpa cinta Alex?. Hanya Alex yang Hawa harapkan untuk tegakkan kebenaran tentang cinta kita. Tiada siapa yang tahu bahawa Hawa cintakan Alex, dan tiada siapa juga tahu tentang cinta Alex pada Hawa. Ini semua rahsia hati Hawa. Tetapi selepas apa yang Hawa dengar dan lihat tentang perubahan Alex, Harapan Hawa benar-benar musnah. Hawa sudah tidak mahu mengharap lagi. Hanya pada tuhan Hawa serahkan segalanya. Hawa hanya mampu redha dengan apa yang berlaku. Dan sehinggalah keluarga Mahadi menghantar lamaran untuk Hawa. Hawa hanya menerimanya. Tapi bukan kerana cinta. Tapi kerana Hawa ingin pujuk hati Hawa, dan bawa jauh hati ini untuk melupakan Alex, lupakan tentang rahsia hati Hawa “Hawa terus-terusan meluahkan rasa hatinya. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Hawa terus menangis semahu-mahunya.
Alex sungguh rasa bersalah dan kesal dengan apa yang telah berlaku. Perlahan, dia mendekati Hawa yang masih sedu dalam tangisannya.
“Maafkan Alex, Hawa. Alex tahu, Alex dah mengecewakan Hawa.”Alex bersuara perlahan, memohon maaf di atas apa yang telah berlaku.
“Tetapi Masih belum terlewatkan untuk kita perbetulkan kembali kesilapan ini. “ Kata Alex lagi.
“Tidak Alex. Segalanya sudah terlewat. Kami sudah mahu bernikah tidak lama lagi.  Hawa tidak sampai hati mahu menghancurkan harapan abang Mahadi. Kerana Hawa tau, betapa sakitnya bila dimungkiri janji”Balas Hawa, perlahan.
“Hawa.. janganlah begini. Bagaimana Hawa ingin mengkahwini Mahadi sedangkan Hawa tidak mencintainya?”Kata Alex lagi.
“Kita perlu beri peluang untuk cinta kita. Alex telah sedia memberitahu papa dan mama tentang cinta kita. Kita perlu menghadapi kebenaran, sayang. “Alex menyambung katanya lagi.
“Alex, jangan paksa Hawa. Hawa memang sayangkan Alex. Tapi Hawa benar-benar minta maaf.  Hawa tidak boleh memungkiri janji Hawa dengan abang Mahadi. Hawa sudahpun jadi tunangan orang, Alex. Satu kampung tahu majlis perkahwinan kami akan berlangsung tidak lama lagi. Bagaimana harus Hawa putuskan hubungan ini sedangkan semua persiapan telahpun dibuat?”Kata Hawa.
“Hawa tidak mahu ambil risiko. Kedua belah keluarga pasti akan mendapat malu jika perkahwinan ini tidak dilangsungkan. Bukan itu saja, berkemungkinan perhubungan dua keluarga ini akan terputus. Bagaimana pula nanti hubungan keluarga Alex dengan keluarga tok ketua?. Juga pasti akan menimbulkan masalah. Juga hubungan cinta kita. Hawa yakin, kedua belah keluarga kita tidak boleh menerima hubungan kita ini.”Kata Hawa lagi.
“Tapi kita belum mencubanya, sayang. Kita boleh berbincang dulu sama keluarga kita tentang perasaan kita selama ini. Izinkan Alex menebus kembali segala kesilapan Alex pada Hawa.” Alex masih merayu, agar dia diberi peluang untuk membuktikan cintanya pada Hawa.
“Alex, cinta tidak semestinya bersatu. Dalam percintaan perlu ada banyak pengorbanan. Terutamanya pengorbanan untuk orang-orang yang kita sayang. Mungkin ini takdir hidup Hawa. Hawa tidak dijodohkan dengan cinta hati Hawa. Biarlah Alex kekal menjadi rahsia dalam hati Hawa. Walaupun Hawa tidak mencintai abang Mahadi, tapi Hawa sayangkannya. Mungkin cinta untuk Abang Mahadi boleh dipupuk selepas kami kahwin”Kata Hawa. Alex terkedu mendengar bicara Hawa.
“Selepas ini, Hawa tidak akan berjumpa Alex lagi seperti ini. Hawa harap, selepas ini, kita akan mulakan kehidupan baru, dan kita tidak akan berbincang lagi perkara seperti ini. Doa Hawa, moga suatu hari nanti, Hawa mampu lupakan Alex dalam hati Hawa”
“Uhh.. sampai hati Hawa berkata begitu. Sampai hati Hawa mahu melupakan Alex?”Bentak Alex, tidak puas hati dengan kata-kata Hawa.
“Alex.. fahaman agama kita berbeza. Dalam Islam, seorang isteri haram menyintai dan menyayangi lelaki lain selain suaminya. Dan kerana itu, Hawa terpaksa lupakan Alex. Hawa tidak mahu terus dihambat dosa sepanjang hidup Hawa”Hawa cuba menerangkan keadaan sebenar tentang dirinya pada Alex. Alex masih terdiam untuk mendengar penjelasan Hawa yang seterusnya.
“Hawa minta, jika Alex benar sayangkan Hawa.. tolonglah lupakan Hawa dan kenangan cinta kita. Dan berjanjilah bahawa Alex juga akan mencari bahagia dalam kehidupan baru selepas ini”Kata Hawa. Alex menundukkan kepalanya mendengar permintaan Hawa itu.
“Hawa.. mengapa kita harus melalui liku sebegini, bukankah kita masih mampu mengubah dan mencipta bahagia untuk hidup bersama?”Rayu Alex lagi.
“Maafkan Hawa, Alex.. Maafkan Hawa”Kata Hawa dalam tangisan sedu-sedannya.
 “Baiklah sayang. Jika itu yang bisa buat kamu bahagia, saya akan cuba turutkan.” Balas Alex perlahan. Berat sungguh hatinya ingin menunaikan permintaan Hawa. Terasa amat sakit dan sangat perit dalam hatinya ingin membiarkan cintanya pergi menjadi milik insan lain.
“Terima kasih Alex kerana faham keadaan Hawa. Terima kasih juga kerana pernah menyayangi Hawa. Dan terima kasih kerana pernah mengizinkan Hawa menyayangi dan menumpang di hati Alex suatu tika dulu.” Hawa kemudian bingkas bangun menuju ke pintu. “Hawa minta diri dulu.” Pinta Hawa, dan mula melangkah keluar dari bilik Alex.
 “Sebentar Hawa…” Alex cuba menahan. Hawa terhenti seketika. Dia segera menoleh kembali ke arah Alex.
“Tapi satu je kamu perlu tahu, saya takkan bisa melupakan kamu, Hawa. Walau apapun yang berlaku, apa dan bagaimana keadaannya, kamu tetap wanita yang saya sayang dan akan terus ada dalam hati ini. Moga Mahadi berjaya membahagiakan mu, sayang”Alex meneruskan bicaranya.

Gambar sekadar hiasan : Kekesalan Alex

Gambar sekadar hiasan:
Hawa di hari perkahwinannya

Remuk hati Hawa mendengar kata-kata Alex itu. Air matanya terus-terusan laju membasahi pipinya. Dia kemudian terus melangkah pergi keluar dari klinik itu dengan hati yang penuh sayu. Hanya pada tuhan, Hawa memohon segala kekuatan untuk dirinya meneruskan kehidupan ini. 

Alex hanya memandang kepergian Hawa dengan seribu penyesalan.

*             E              N             D             *