~Selamat Datang Ke Dunia Penulisan Ku~

Aku suka menulis, walaupun bukanlah seorang penulis yang profesional. Dengan menulis, aku rasa begitu tenang. Minat menulis telah wujud dalam diri sejak ku di bangku sekolah lagi. Kebanyakkan penulisan dalam blog ini adalah cerita-cerita koleksi peribadi, cerita pengalamanku sendiri, Persepsi diriku sendiri dan sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca yang lain. Turut dimuatkan dalam blog ini lagu-lagu kegemaranku. Selamat Datang ke Dunia Penulisan Mawar Aziz. Terima kasih atas sokongan kepada semua penyinggah di blog yang tak seberapa ini. Selamat Membaca!


Monday, 13 February 2012

Kuah Pindang, Ikan bilis kicap dan Sayur Taugeh Pegaga Goreng Belacan

Alhamdulilla, kenyang perut selepas selesai makan malam hari ini. Happy sangat tengok en hubi makan dengan penuh berselera malam ni. hehe.. mana taknye, menu yang aku masak untuk makan malam ni adalah menu kampung, yang aku memang tak pernah buat selama aku dah berkahwin dengannya (hampir masuk ke 9 tahun perkahwinan pada November 2012 nanti).

Sekarang ni, Dapur tanpa sempadan. Klik aje kat internet, search.. insya-allah jumpa resepi yang kita nak masak. Namun begitu, kadang-kadang tak semua cara masakan yang kita biasa makan ada dalam internet. Contoh macam masakan sayur turi asam pedas. Rata-rata resepi banyak bagitau tentang masak turi lemak. Juga sayur pengaga. Ku cuba tengok cara masakan special kalau ada, sebab dulu emak melah selalu goreng aje. Search kat internet, banyak resepi masak lemak. Tak kurang gak yang bercerita tentang jus pengaga.

So, dengan rasa senang hati, aku terpanggil nak share kan resepi masakan ku yang simple ni. Sesuai untuk wanita yang bekerja. Ringkas, balik rumah, campak-campak aje bahan dalam kuali. Insya-allah, siaplah lauk yang ringkas, tapi boleh membuka selera kita. 

Ok, masakan pertama ku tadi adalah kuah pindang. hehe.. selalu makan, tapi tak pernah buat.  Kalau search kat internet, macam-macam masakan kuah pindang keluar. Tapi kuah pindang yang emak aku buat, warnanya kuning. Macam gini. Style Melaka kot. Sesuai untuk masakan berpantang bagi wanita bersalin. Dulu masa kecik-kecik emak selalu masak kuah ni. En hubi pun kata emaknya pun selalu hidangkan masakan kuah pindang masa dia kecik. Tak pedas. Sesuai untuk budak-budak.  So ni kira eksperimen masakan pertama ku hari ini. Jom tengok hasilnya dan bahan-bahannya :)


Bahan-bahan:
1. Ikan kembung  
2 . 2 ulas bawang merah - di tumbuk
3. 1 ulas bawang putih - di tumbuk
4. 1/2 inci kunyit hidup - di tumbuk
5. 1/2 inci halia - di hiris-hiris
6. 1 ulas bawang besar - potong 6 atau 8 (ikut kesukaan)
7. 1 batang serai - di titik
8. 2 keping asam keping
9. Air asam jawa
10. sedikit cili api hijau- ditumbuk
11. 1 biji cili hidup merah
12. 1 helai Daun kunyit - dikoyak-koyakan sederhana kecil (mengikut kesesuaian)
13. Garam

cara masakan:
1. didihkan air dalam periuk
2. Tumbuk bahan-bahan: bawang kecil, bawang putih, kunyit hidup, cili padi hijau
3. Bila air dah didih, masukkan bahan yang dah di tumbuk - kacau sehingga sebati
4. Masukkan halia, serai, daun kunyit, bawang besar, asam keping - juga kacau sehingga sebati
5. kecilkan api, masukkan ikan,tutup periuk sehingga ikan masak
6.Masukkan sedikit air asam jawa dan garam - sesuaikan mengikut rasa dan masam yang kita mahu
7. Masukkan cili merah hidup
8.Kacau kuah perlahan untuk elak ikan hancur dan matikan api dapur.

hehe.. senang ke susah? senang aje kan?..sambil tunggu kuah pindang masak, sebelah dapur lak kita boleh buat masak yang juga agak simple, iaitu ikan bilis goreng kicap. hehehe.. resepi ini pun aku search kat internet. Saje nak recall camne nak buat ikan bilis kicap. Dulu seingat aku, masa kecil-kecik.. akak aku (sebut nama sikit: siti hajar) pernah masak ikan bilis kicap. Tapi kicap berkuah. hmm.. sedap jugak. Nanti aku cuba dapatkan resepi dari dia. Kalaulah dia masih ingat. Tapi sure ikan bilis kicap berkuah dah tak garinglah.

Resepi ikan bilis yang aku nak post kat entry aku ni jenis garing punye. Garing dan pedas. Jom tengok gambar dulu dan pastu baru tengok bahan-bahannya ok!


. Bahan-bahan:
1. Ikan bilis
2. Bawang besar - hiris bulat
3. Kicap (manis atau masin) ~ dlm web suggest kicap manis
4. Cili padi - (4-5 biji) - potong kecil-kecil
*sos tiram - jika perlu

cara masakan:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan
2. Masukkan minyak sikit, goreng bawang besar dan cili padi hingga garing
3. Masukkan kicap, kacau sehingga kering sedikit. Aku guna kicap masin, so aku tambah sikit sos tiram untuk kasi manis
4. Tutup api, tunggu seketika then barulah dimasukkan ikan bilis ~ Gaul kesemuanya sehingga sebati

:) hehehe.. sedap tau, korang akan rasa rangup, manis, masin and tetiba pedas!.. cubalah, sangat ringkas tapi pasti mampu buka selera korang.


And yang ketiga, sayur taugeh dan pegaga yang digoreng belacan. Kat internet kalau search tak ada tau. Tak tahulah kalau ku terlepas pandang :). Jap, attach gambar dulu supaya korang nampak gambaran.

Bahan-bahan:
1. Sayur taugeh dan sayur pegaga
2. 2 ulas bawang merah
3. 1 ulas bawang putih
4. 1 biji cili merah
5. belacan
6. sos tiram
*Planta -  jika perlu untuk sedapkan rasa

cara masakan:
1. Bersihkan sayur taugeh dan sayur pegaga.
2.Sayur pegaga boleh dicuci ngan air garam. Potong-potong ikut kesesuaian. Asingkan batang dan daun. (akar aku tak masak sekali sebab tak prefer akar.)
3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili hidup
4. Bakar sedikit belacan
5. Tumis bahan ditumbuk, masukkan belacan goreng tadi, masukkan sedikit planta, masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati, kemudian  masukkan sedikit air
6. Masukkan batang pengaga dulu, kasi empuk sikit dan masukkan toge dan pegaga serentak
7. Tambahkan sedikit garam dan gaul kesemuanya sehingga masak. (mengikut citarasa masing-masing samada suka empuk atau separuh masak)
* Tak perlu terlalu empuk sayur-sayur tu. Makan fresh sikit baru best dan rangup :)

Alhamdulilla, selesai sudah 3 menu simple :). hmmm.. esok nak masak apa pulak yer? terfikir nak masak sayur-sayur kampung je ni. So.. apa lagi, jom search menu masakan untuk esok pulak. tata titi tutu sume...

Saturday, 11 February 2012

Tentang Aku

Sedang tunggu mata kelat, ku layan FB sambil dengar lagu Kitaro. Isk..isk.. sayu je hati bila dengar lagu2 cemni memalam begini. Terus teringat kat blog. Rasanya dah lama tak update betul-betul blog ni. Sebenarnya hati ini terfikir nak update beberapa entry tentang perkembangan diri ku. Tapi memandangkan masa nak menulis tak berapa ada (masa ada, mood menulis yg tak ade), ku cuba satukan entry yang teringin aku citer kat dalam post kali ini.

Hmm.. hari ini dahpun 11 Februari 2012. Kira-kira sehingga tarikh ini, aku dahpun 2 bulan setengah  telah berpindah ke Kluang dan menjadi surirumah tangga sepenuh masa. :) hehe.. Flash back hari last aku kerja, Boss buat farewell party untuk aku kat Umai Cafe, Putrajaya. Isk.. kalau kenang, rasa sayu hati lak. Tapi bekerja di PEERS memanglah satu kenangan yang indah bagi aku. Aku pasti akan merindui suasana kehidupan di Puchong :). Walau bagaimanapun, aku bahagia berpindah ke Kluang dekat ngan suami ku. Aku percaya, ada rezeki lain yang lebih baik ditakdirkan untuk aku di sini. Mungkin bukan sekarang. Aku perlu bersabar. Insya-Allah. Ada hikmahnya di sebalik perpindahan aku ke Kluang.

Nak cerita lebih-lebih pasal PEERS, dan kenangan-kenangan di Puchong hanya akan buat perasaan aku sayu. So, aku just attachkan beberapa keping gambar yang diambil pada hari last aku bekerja di PEERS. Jom lihat sambil layan lagu kitaro ni...



Bergambar suasana di pejabat, bersama Puan Norimah (my english teacher) kat PEERS

Aku dan 2 ahli lembaga pengarah PEERS Consult (M) Sdn Bhd

Ni time sebak, air mata sedih & gembira (bercampur-baur) nak resign tak dapat ditahan

Gambar dengan segelintir kakitangan PEERS Consult

Barisan bunga-bunga AYU di PEERS Consult (M) Sdn Bhd

Gurauan terakhir diantara Mawar Aziz bersama En. Agus dan En. Sham

Bersama  Cik Aiza, En Chhoa dan En Sham
Gambar kenangan bersama kakitangan pentadbiran PEERS: Kak Zeti & Abang Jaey

Ok, sambung cerita. Selepas resign, akupun berpindahlah mengikut en hubby tercinta ke bumi Kluang. Hmm.. seperti yang telah ku beritahu di awal penulisan tadi, di sini aku jadi MEM BESAR yang bukan kaki CONTROL yer. hehehe.. Life kat Kluang, Alhamdulilla, selama 2 bulan setengah telah berada di sini, semuanya berjalan dengan baik.

Kat sini aku duduk di Taman Sri Lambak. Alhamdulilla, merasa duk rumah bawah. Jap lagi aku attachkan gambar suasana sekeliling rumah aku ni. Permandangan rumah aku boleh dikatakan sepanjang jalan (ke kedai atau ke sekolah atau ke library) semuanya nampak gunung. Gunung Lambak sebenarnya tu.


Permandangan Gunung Lambak


Rumah baru yang ku sewa di Kluang. Ni gambar diambil masa baru pindah

Rumah bawah ni ada berhalaman sikit. So, bolehlah tanam sikit pokok-pokok. Masa Chinese New Year haritu, aku adalah membeli beberapa pokok untuk dijadikan lanskap rumah aku. Antaranya, pokok kemboja dan buluh.

Halaman rumah. Nampak luas selepas di mesin rumput. Buluh dan kemboja baru ditanam sebagai hiasan

Pokok Buluh baru tanam sebagai permulaan nak me-landskap rumah
nama pokok ni aku tak tau

pokok air


Selain itu gak, untuk mengisi masa lapang aku sebagai mem besar ni, aku adalah bercucuk tanam sikit kat tanah belakang rumah aku, dan tepi rumah. Antaranya aku tanam pokok limau sambal, pokok daun limau purut, kangkung, dan kacang botol.

Ingatkan nak jadi petani 'tangkap muat' ni senang tapi rupanya tak semudah yang disangka. Tengoklah gambau pokok daun limau perut ni, habis dah dimakan ulat serangga. ngerrrrr... geram betol. Then antara cerita sadis, biji benih kacang botol yang ku taburkan sepanjang batas yang dibuat, hanya satu je yang bercambah. hehe.. tak tau mana silapnya. Biji benih cili yang ku tabur lak, langsung tak menjadi. huhuhu.. tapi alhamdulilla, biji benih kangkung yang ku tabur jadi pulak.

Minggu lepas baru aku dok tabur lagi biji cili  dan kacang botol. Harap-harap pasni jadi lah yer (sedang menunggu ni)


permandangan tanah belakang rumahku. Kat sinilah ku tanam kangkung, pokok limau dan limau purut

Kuang ajau nye serangga.. habis togel putik daun limau purut aku!

Jangan gelak.. berbiji-biji benih kacang botol yang kutabur sepanjang batas ni, hanya satu je yang bercambah :( 
Kangkung aku.. berumur lebih kurang 2 bulan gak tika gambar ni diambil :)

Hmm.. gitulah sikit sebanyak cerita perkembangan diri ku di Kluang. Terima kasih gak untuk kawan-kawan yang masih dan selalu bertanya khabar aku di sini tak kisahlah samada melalui SMS, Blog, Facebook ataupun email.. terima kasih kerana masih tidak melupakan saya :) dan seperti itu juga, saya juga tidak melupakan kamu.. FRIENDSHIP IS CONTINUOUS.. Jumpa lagi di entry yang akan datang :) tata titi tutu..

Friday, 10 February 2012

Asam Pedas Daging Sayur Turi

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua..

asam pedas daging sayur turi


Dah makan tengahari ke semua? Kalau belum, or masih terfikir2 nak masak apa.. mungkin post aku kali ni blh beri sedikit idea kat korang. Maklumlah, hari cuti.. kadang2 kita masak tengahari lewat, memandangkan sarapan pagi pun dah ambil lewat. :) aku lak, memandangkan hari ini anak sulong ade sekolah ganti, so.. time masak aku untuk tengahari sama aje seperti hari biasa.

Ok, Saje aku nak share menu masakan tengahari ku pada hari ini. Menu utamaku adalah Asam Pedas Daging Sayur Turi. Hah.. kenal tak ape tu sayur turi?.. Orang melaka panggil sayur turi, tapi bila aku search kat internet tadi, ada gak panggil pucuk sayur geti. sape yang terlupa bagaimana gupa sayur turi ini, blh tengok kat gambar yang aku attach kan ni.

sayur turi yang belum di masak
Mula-mula terfikir nak masak apa sayur turi ini. Bila aku search kat google, banyak resepi sayur turi masak lemak putih. Sayur turi masak asam pedas langsung tak jumpa. Aik? pelik aku.. takde orang ke masak sayur turi ni ngan asam pedas?. So aku tak puas hati.. aku kata aku tak kira.. aku akan masak sayur ni ngan asam pedas gak. hehehe.. Sayur ni memang sayur favourite keluarga aku sebelah Merlimau. Hmm.. Mak aku memang akan masak sayur ni ngan asam pedas, tapi berlawankan ikan.

so, memandangkan aku dan En Hubi tak berapa prefer ikan, aku tukar ikan tu jadi daging. hehe.. rasanya pun NOT BAD lah.. insya-Allah, boleh makan.. kalau tak, takkan en Hubiku sampai bertambah nasi 3 kali. hahaha.. (melainkan jika beliau benar-benar lapar, tp pagi tadi kami dah breakfast berat).

So, pada sapa-sapa yang nak try masak asam pedas daging sayur turi ini, caranya lebih kurang sama mcm masak asam pedas biasa, cuma bahan utamanya di tukarkan pada daging dan sayurnya bukan lagi bendi or terung, tapi sayur turi :)

Ku attachkan bahan-bahan masakan asam pedas daging sayur turi ni seperti di bawah:

Bahan-bahan:
1. Daging
2. Sayur turi (dicerai-ceraikan mengikut batang, or blh gak lurutkan daunnya siap-siap. Ikut pada kesukaan masing2)
3. Bawang putih - 2 biji
4. Bawang besar - 1 biji kecil (potong 4)
5. 1/2 inci halia
6. 1/2 inci kunyit hidup
7. Serai - 1 batang
8. Daun kesum - 1 genggam kecil
9. Daun limau purut
10. Air Asam jawa
11. Cili mesin

Cara-cara masak:
1. Rebus daging sehingga empuk (air daging jangan dibuang)
2. Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia, kunyit hidup sehingga lumat/separuh lumat untuk ditumis
3. titik batang serai
4. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi
5. Masukkan Cili mesin (sukatan ikut sendiri, nak pedas ubuh banyak)
6. Garingkan cili mesin dengan bahan tumis tadi hingga naik minyak dan naik bau
7. Masukkan daging
8. Tambah air rebusan daging (sukatan ikut banyak kuah yang kita mahu)
9. Masukkan serai, daun kesum dan daun limau perut
10. Masukkan garam dan tambahkan air asam jawa ~ sesuaikan dengan rasa dan masam yang kita mahu
11. Tunggu mendidih dan masukkan sayur turi
12. Tunggu sayur empuk, dan padam api untuk dihidangkan panas-panas.

hehehe.. simple je kan caranya. Dan hasil masakannya adalah seperti di bawah :).





Maaf, kualiti gambau tak berapa menarik. Selamat mencuba :)

Sunday, 29 January 2012

~Aku dan Kerja~

Aik.. kenapalah hati aku petang ni rasa sunyi dan kosong? hmm... rasa macam sayu hati jer. Mungkin sebab emosi tak stabil kot.

huhuhu.. teringat kat emak. Rindu 'mummy'.. :'( tadi baru call emak, cakap ngan emak, semalam ada seorang jiran datang bertandang ke rumah aku membawa hajat. huhu..dia offer aku kerja, tapi kerja 'tolong jaga emaknya yang sakit'. hmmm.. termenung aku seketika. Dalam hati tertanya, Ya Allah, mampukah aku nak penuhi hajat jiran ku tu,sedangkan aku sendiri tak ada pengalaman jaga orang tua yang sakit.  Zaman arwah abah dulu, masa dia sakit, aku kat UiTM. So tak berkesempatan nak jaga dia. Abang Jaey ngan kek ety yang banyak jaga arwah abah.

Ternyata jiran aku beriya benar berhajat nak mintak aku jaga emak dia. huhuhu.. berat rasa hati ni. Serba salah dibuatnya. Ya Allah, Kau lebih mengetahui tentang diriku. Permudahkanlah untuk aku Ya Allah. Kau temukan kakak tu ngan orang yang lebih sesuai untuk jaga mak dia. Aku kasihan ngan kakak tu.. tapi aku tahu, kemampuan aku sejauh mana...

Cakap tentang kerja, sekarang masih mencari. Agak limited kerja admin kat Kluang ni. Kerja lain mmg banyak. Ade gak hamba Allah offer aku jaga kedai sukan dan kedai cyber-cafe.. tapi tu semua tak masuk lah ngan line favourite aku nak kerja. huhu..Aku ni cerewet ke?? every day search jobstreet and monster. ade jawatan kosong di JB, kebanyakkannya kat bandar JB betol and lain area seperti Pasir Gudang, Senai.. If di Kluang, ada kerja admin tp kena cari secara walk-in. Ada rezeki, sometime ternampak kain rentang yang ada tulis jawatan kosong  utk admin.

Bincang ngan en hubi, dia tak prefer aku kerja admin kat kedai-kedai dan company security. Katanya ada kebarangkalian tak di bayar KWSP or tak dapat gaji. Dia lagi prefer if aku kerja jadi admin kilang. Tu pun if kilang tu besar and establish. Ade aritu offer jadi admin executive kat kilang kecik, yang tersorok.. en hubi tak izinkan. Katanya takut bahayakan keselamatan ku. huhuhu.. sometime feel tired nak cari kerja. Not easy seperti kebanyakkan orang kata. KERJA MEMANG MELAMBAK tapi yang bersesuaian ngan diri, pengalaman dan kelayakan aku tu TAK JUMPA LAGI...

Belajar untuk tidak mengeluh, kerana aku percaya, REZEKI ADA DI MANA-MANA. Even semalam masa aku baca tafsir, surah Ali Imran ayat 27 menyatakan bahawa Allah akan berikan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan.

Belajar untuk sabar, kerana aku tahu, Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

Hmm.. sebenarnya walaupun aku tak kerja sekarang ni, aku masih rasa CUKUP ngan rezeki Allah atas aku. Alhamdulilla, buat sementara ni belum rasa putus duit lagi. Even en hubi every month bagi aku RM200 untuk aku belanja apa-apa yang aku kehendaki. Barang makanan/duit pasar, duit belanja dapur hari-hari semuanya en hubi dah tanggung. Hmm.. masih cukup, walaupun taklah senang. Habis tu, apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup ni??





Sunday, 1 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalammualaikum.. .

Dah lama tak update blog ni. Terlalu sibuk, walaupun sekarang ni sebenarnya banyak perkembangan diri yang ingin dikongsikan bersama dalam blog ni. Insya-Allah, selepas 17 Januari 2012, saya akan kembali aktif menulis di blog. Masa tu, dah lega sikit sebab dah habis exam untuk semester kali ini. Harap-harap begitulah.

Hari ini dah pun masuk 1.1.2012.. masuknya tahun baru ke tahun 2012. Good bye 2011 yang banyak meninggalkan kenangan indah & sedih dalam kamus hidup ini. Moga tahun 2012 akan beri kekuatan dan semangat baru untuk aku terus berjaya dalam hidup ini, dunia dan akhirat. Insya-Allah. Amin


Kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk semua rakan pembaca dan penyinggah di blog ini. Akhir kata semperna tahun baru dariku:

§  Fantastic JANUARY
§  Love able FEBRUARY
§  Marvelous MARCH
§  Fool less April
§  Enjoyable MAY
§  Successful JUNE
§  Wonderful JULY
§  Independent AUGUST
§  Romantic SEPTEMBER
§  Tastiest OCTOBER
§  Beautiful NOVEMBER
§  Happiest DECEMBER

Have a VICTORIOUS 2012






Wednesday, 2 November 2011

KHAS untuk WO DE PENGYOU

Dalam mandarin, pengyou bermaksud "kawan". Wo bermaksud "saya", dan de bermaksud "punye". So, wo de pengyou bila di translatekan ke bahasa melayu adalah bermaksud "SAYA PUNYA KAWAN or KAWAN SAYA".


Kawan ni ada banyak jenis kan. Ada yang betul-betul wujud dan dekat dalam diri kita. Sentiasa ada bila diperlukan. Ada juga kawan yang macam biskut chipsmore "sekejap ada, sekejap tak ade".. especially bila kita susah, kita sedih, kita perlukan seseorang untuk mendengar, or bila kita mengharapkan pertolongan darinya, time itulah dia "tak ade". Simboliknya kawan macam tu saya panggil kawan biskut chipsmore. hehehe.. Ada kawan baik, ada kawan belajar, ada kawan FB, ada kawan Blog, ade kawan kelas, ada kawan gossip, ada kawan business, ada kawan office, ada gak kawan-lawan (camne tu?) and macam2 jenis kawanlah yang susah nak dikategorikan oleh saya sendiri. Hahaha!

Zaman bujang dulu, sukalah berkawan2. Zaman sekarang ni, rasanya kawan yang paling rapat dan boleh dipercayai ialah "en hubi sendiri". Sebab time kita gembira ke, kita susah ke.. Dia sentiasa dekat. Mungkin sbb dah jadik hubi, nak tak nak.. kita ni di bawah tanggungjawab dia kan. Suka tak suka.. en hubi kenalah jadi kawan saya ye!. Jangan jadi bayang-bayang saya. Saya tidak mahu anda hilang bila saya dalam kegelapan, kerana saya benar-benar perlukan anda dalam diri saya.Janganlah jadi bayang, tp jadilah nadi saya.

What everlah. Lagu ni khas untuk semua kawan2 saya yg menyinggah di blog ini. Harap terhibur!





TIK... TIK... TIK... AIRMATA KU

baru lepas keluar dari bilik boss.. keluar dengan hati yang mula menitiskan air hujan.. walaupun dalam bilik boss sekarang mungkin panas membahang.

payahnye.. nak jadi admin yang baik utk kawan-kawan, nak jaga hati boss, nak jaga hati sendiri.. nak keadilan gak untuk diri sendiri. Rasanya dah banyak komitmen yang baik dah diberikan.. harap sangat boss boleh consider. Lagipun dah memang hak kami..

Sedihnya.. susah nak digambarkan ngan kata-kata.. cukuplah sekadar... TIK.. TIK..TIK... Airmata ku. :'(