~Aku yang bernama Mawar~ |
Selepas kek kukus coklat, kita pergi pulak kepada kek kukus oren… hah! Jangan terperanjat. Aku memang giler buat cake pada minggu nie. Hehehe..
Taklah, sebenarnya kek coklat aku yang seloyang aritu dah habis. Memandangkan lama dah tak makan kek, si kecik aku nak makan lagi. Katanya tak cukup.
Mula-mula terpikir gak tentang kek kukus oren ni. Aku tak pernah buat. Biasa dengar aku. Sebelum ni aku pernah tau tentang kek kukus oren dari sifu aku (insan pertama yg bagi aku resepi kek kukus coklat) iaitu kak amy. Then aku pernahlah teringat yang kak amy kata dia pernah buat kek kukus oren guna Sunkist ke sunquick.. (tak ingat) So, dari imbasan kenangan cerita itulah datangnya niat aku nak mencuba pulak kek kukus oren ni.hehehe..
Akupun mula lah search kat internet resepi kek kukus oren ni, tapi rata-rata blog yang aku singgah menerangkan yang mereka gunakan 1 biji limau mandarin (di blande ngan kulit-kulinya gak) hehe.. Pastu ada gak yang komen melalui laporan masakan konon-konon kek mereka terpahit lah etc.
So, aku memuktamadkan nak guna sunquick mandarin aje sebagai percubaan pembikinan kek oren aku yang pertama. Hehehe… Dah namanya pun PERCUBAAN, akupun bercadang untuk mengurangkan sukatan adunan (lebih kurang bermaksud buat kek saiz kecik aje).
Jom tengok bahan-bahannye.
1. Sunquick – ¾ cawan
2. Telur – 2 biji
3. Gula icing – ½ cawan
4. Tepung – 1 cawan
5. Air – ¼ cawan
6. Esen Vanilla – 1 penutup
7. Soda bikabonat – ½ sudu teh
8. Baking Powder – ½ sudu teh
9. Minyak – ½ cawan
Cara penyediaan: sama aje cam cara kek kukus coklat. Campurkan semua bahan, adun, gaul sehingga sebati. Then kukus. Masa kukus lebih kurang 45 minit ke 1 jam. (sebab kek saiz kecik)
Untuk kek bersaiz normal, rasanya just gandakan aje kot. Aku pun tak pandai nak cakap sebab tak pernah cuba. Hehe.. Cuma telur just buat 3 biji, tepung gandum 2 cawan, air dan esen vanilla still sukatan yang sama tak berubah, minyak, gula ising semuanya jadikan 1 cawan. Soda bikabonat dan baking powder masing-masing 1 sudu teh. Cuma sunquick mandarin tu nak amik berapa sukatan ye? 1 cawan ½ okey kot. Huhuhu.. entahlah. Belum cuba belum tahu kan J
Cuma jangan terkejut ye, kek oren ni akan kelihatan lebih lembab. Mula-mula aku ingat tak jadi, tapi bila search kat internet, rata-rata kek oren memang agak lembab sikit.
Mari lihat hasil kek oren pertama ku… hehehe.. J colornye memang dah mengancam, cium sure bau oren. Bila makan… Yummy.. rasanya masam-masam manis pulak. Hihihi…
Wajah asal kek kukus oren sebelum di topping |
Rupa kek selepas topping. Aku just buat simple topping aje. Rupa hiasan tak cun. Maklum le, aku tak pakar menghias kek. Taburan topping nipun just guna sudu aje . |
Pandangan tepi sepotong kek yang dipotong. Sebenarnya coklat topping ni me-neutralkan rasa masam manis kek dangan tetiba ada rasa pahit lak. hehehe.. (pahit coklat) :)) |
Tersedia sudah, kek oren dihidangkan bersama secawan jus oren untuk si dia, raja dihatiku (suami) yang tersayang sebagai tanda kasih :) hehehe.. ceh! Jiwang pulak :p |
Ehem-ehem.. aku kasi tampal sikit wajah raja di hati aku ni. Moga kasih sayang antara kami terus bertaut rapi,hingga ke akhirat nanti. Insya-Allah. Amin...
~Mr. Naza~ |
I NK TRY MLM NI...HARAPNYER JADI
ReplyDeletehi sis.. sori late reply, tq singgah di blog saya. Camne sis, dah cuba ke? menjadi x?
DeleteBersarang x ble dah masak tu
ReplyDeletehi sis.. ape yg bersarang tu?.. tq sis singgah di blog yg x seberapa ni.. :)
Deletetd sya mkn kwn kasi..sedap jgk..nk cuba bt..singgah blog sya http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/
ReplyDeletetq sis sudi singgah blog saya.. sori.. lama dah x jengah blog ni.. agak bz sikit.. Ok.. nnti i singgah blog u pula ok! happy writing, sis..
DeleteSis.. tepung yg digunakan tue tepung gandum kew?
ReplyDeletesori sis, late reply... tq coz singgah di blog saya. Ye sis, tepung gandum. Dah cuba ke?... :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetq miss nina.. tq singgah blog saya :)
ReplyDelete