Aku suka menulis, walaupun bukanlah seorang penulis yang profesional. Dengan menulis, aku rasa begitu tenang. Minat menulis telah wujud dalam diri sejak ku di bangku sekolah lagi. Kebanyakkan penulisan dalam blog ini adalah cerita-cerita koleksi peribadi, cerita pengalamanku sendiri, Persepsi diriku sendiri dan sekadar berkongsi info dengan rakan pembaca yang lain. Turut dimuatkan dalam blog ini lagu-lagu kegemaranku. Selamat Datang ke Dunia Penulisan Mawar Aziz. Terima kasih atas sokongan kepada semua penyinggah di blog yang tak seberapa ini. Selamat Membaca!
Saturday, 11 February 2012
Tentang Aku
Sedang tunggu mata kelat, ku layan FB sambil dengar lagu Kitaro. Isk..isk.. sayu je hati bila dengar lagu2 cemni memalam begini. Terus teringat kat blog. Rasanya dah lama tak update betul-betul blog ni. Sebenarnya hati ini terfikir nak update beberapa entry tentang perkembangan diri ku. Tapi memandangkan masa nak menulis tak berapa ada (masa ada, mood menulis yg tak ade), ku cuba satukan entry yang teringin aku citer kat dalam post kali ini.
Hmm.. hari ini dahpun 11 Februari 2012. Kira-kira sehingga tarikh ini, aku dahpun 2 bulan setengah telah berpindah ke Kluang dan menjadi surirumah tangga sepenuh masa. :) hehe.. Flash back hari last aku kerja, Boss buat farewell party untuk aku kat Umai Cafe, Putrajaya. Isk.. kalau kenang, rasa sayu hati lak. Tapi bekerja di PEERS memanglah satu kenangan yang indah bagi aku. Aku pasti akan merindui suasana kehidupan di Puchong :). Walau bagaimanapun, aku bahagia berpindah ke Kluang dekat ngan suami ku. Aku percaya, ada rezeki lain yang lebih baik ditakdirkan untuk aku di sini. Mungkin bukan sekarang. Aku perlu bersabar. Insya-Allah. Ada hikmahnya di sebalik perpindahan aku ke Kluang.
Nak cerita lebih-lebih pasal PEERS, dan kenangan-kenangan di Puchong hanya akan buat perasaan aku sayu. So, aku just attachkan beberapa keping gambar yang diambil pada hari last aku bekerja di PEERS. Jom lihat sambil layan lagu kitaro ni...
Bergambar suasana di pejabat, bersama Puan Norimah (my english teacher) kat PEERS
Aku dan 2 ahli lembaga pengarah PEERS Consult (M) Sdn Bhd
Ni time sebak, air mata sedih & gembira (bercampur-baur) nak resign tak dapat ditahan
Gambar dengan segelintir kakitangan PEERS Consult
Barisan bunga-bunga AYU di PEERS Consult (M) Sdn Bhd
Gurauan terakhir diantara Mawar Aziz bersama En. Agus dan En. Sham
Bersama Cik Aiza, En Chhoa dan En Sham
Gambar kenangan bersama kakitangan pentadbiran PEERS: Kak Zeti & Abang Jaey
Ok, sambung cerita. Selepas resign, akupun berpindahlah mengikut en hubby tercinta ke bumi Kluang. Hmm.. seperti yang telah ku beritahu di awal penulisan tadi, di sini aku jadi MEM BESAR yang bukan kaki CONTROL yer. hehehe.. Life kat Kluang, Alhamdulilla, selama 2 bulan setengah telah berada di sini, semuanya berjalan dengan baik.
Kat sini aku duduk di Taman Sri Lambak. Alhamdulilla, merasa duk rumah bawah. Jap lagi aku attachkan gambar suasana sekeliling rumah aku ni. Permandangan rumah aku boleh dikatakan sepanjang jalan (ke kedai atau ke sekolah atau ke library) semuanya nampak gunung. Gunung Lambak sebenarnya tu.
Permandangan Gunung Lambak
Rumah baru yang ku sewa di Kluang. Ni gambar diambil masa baru pindah
Rumah bawah ni ada berhalaman sikit. So, bolehlah tanam sikit pokok-pokok. Masa Chinese New Year haritu, aku adalah membeli beberapa pokok untuk dijadikan lanskap rumah aku. Antaranya, pokok kemboja dan buluh.
Halaman rumah. Nampak luas selepas di mesin rumput. Buluh dan kemboja baru ditanam sebagai hiasan
Pokok Buluh baru tanam sebagai permulaan nak me-landskap rumah
nama pokok ni aku tak tau
pokok air
Selain itu gak, untuk mengisi masa lapang aku sebagai mem besar ni, aku adalah bercucuk tanam sikit kat tanah belakang rumah aku, dan tepi rumah. Antaranya aku tanam pokok limau sambal, pokok daun limau purut, kangkung, dan kacang botol.
Ingatkan nak jadi petani 'tangkap muat' ni senang tapi rupanya tak semudah yang disangka. Tengoklah gambau pokok daun limau perut ni, habis dah dimakan ulat serangga. ngerrrrr... geram betol. Then antara cerita sadis, biji benih kacang botol yang ku taburkan sepanjang batas yang dibuat, hanya satu je yang bercambah. hehe.. tak tau mana silapnya. Biji benih cili yang ku tabur lak, langsung tak menjadi. huhuhu.. tapi alhamdulilla, biji benih kangkung yang ku tabur jadi pulak.
Minggu lepas baru aku dok tabur lagi biji cili dan kacang botol. Harap-harap pasni jadi lah yer (sedang menunggu ni)
permandangan tanah belakang rumahku. Kat sinilah ku tanam kangkung, pokok limau dan limau purut
Kuang ajau nye serangga.. habis togel putik daun limau purut aku!
Jangan gelak.. berbiji-biji benih kacang botol yang kutabur sepanjang batas ni, hanya satu je yang bercambah :(
Kangkung aku.. berumur lebih kurang 2 bulan gak tika gambar ni diambil :)
Hmm.. gitulah sikit sebanyak cerita perkembangan diri ku di Kluang. Terima kasih gak untuk kawan-kawan yang masih dan selalu bertanya khabar aku di sini tak kisahlah samada melalui SMS, Blog, Facebook ataupun email.. terima kasih kerana masih tidak melupakan saya :) dan seperti itu juga, saya juga tidak melupakan kamu.. FRIENDSHIP IS CONTINUOUS.. Jumpa lagi di entry yang akan datang :) tata titi tutu..
No comments:
Post a Comment