Kuih apam gula merah
Bahan penyediaan adalah sepeti di bawah:
4 1/4 cawan tepung gandum atau 1/2 kilo tepung gandum - diayak
3/4 cawan gula (gula merah/melaka dan gula pasir - dicampur)
2 1/2 cawan air
1 peket yis serbuk Mauripan
secubit garam (jika mahu)
kelapa parut (web suggest dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam) tapi aku x kukus pun, bedal gitu je, gaul ngan garam sikit kasi masin :)
Cara-cara masakkan:
Sapu minyak disekeliling loyang.
Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.
Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk.
Kemudian, masukkan campuran yis dalam tepung dan gula yang digaul tadi sambil dituangkan juga lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.
Begitulah cara penyediaannya yang sebenarnya. Aku rasa aku ada tersilap sikit time step no 5. Aku rasa adunan ku dah naik dua kali ganda (masa tak pasti berapa lama) tapi aku still hold untuk kukus, sebab konon-konon nak tunggu satu jam. Sekali bila aku datang balik kat adunan (masa dah nak dekat 1 jam menunggu adunan naik), rupa-rupanya adunan ku dah naik tinggi, hampir membuak terkeluar loyang. Mak aiii... first time buat, kelam kabut gila. hahaha.. cepat-cepat panaskan kukus (guna air panas tarmus ajer) sbb nak tunggu air kukus panas sendiri kang, lagi melimpah adunan ku. Mungkin kesilapan begini yang buat my 1st APAM tak naik sangat. Naik tu naiklah, cuma tak cantik.. dan tak boleh buat berniaga kalau orang kata. hahaha :))
Anyway, puas hati gaklah sebab diri sendiri tak sangka boleh gak memasak walaupun tak seterror chef-chef yang terkemuka tue.. at least tangan aku ni taklah "tangan bangku" ;p. Aik?.. ade ke konsep tangan bangku? kaki bangku adalah. hikhikhik.. sekurang-kurangnye kuih apam ku sekarang, pada jam ini 9.50pm telah berbaki dan jadi seperti gambar di sebelah..
Apa-apapun, aku bersyukur kepada Allah atas kurnia-Nya, kerana aku tahu berjayanya sesuatu perkara tu adalah diatas rahmatnya. Selalu aku baca status rakan-rakan FB yang share pernyataan tentang kejayaan, kebahagiaan, kekayaan, kasih sayang dan sebenarnya semua yang dimiliki di dunia ini adalah MILIK ALLAH semuanya. Kita hanya diberi pinjam untuk seketika, selagi itu yang Allah mahukan atas diri kita.
Selit sikit tentang cerita diri sendiri. Rasanya ramai tahu yang aku sekarang ni jobless. That why sekarang aku rajin mencuba pelbagai masakan yang tak pernah aku masak, semata-mata ingin mencuba, menambah pengalaman dan mengisi masa lapang.
Selalu terfikir, bilakah ada peluang kerja yang baru untuk aku di Kluang ini, or adakah sebenarnya kehidupan yang aku lalui ini sebenarnya adalah lebih baik dan terbaik yang telah ditentukan Allah untukku pada masa ini.
Selalu membaca doa surah Yassin, yang ada menyebut "Bahawa sesungguhnya urusan Allah, apabila Dia berkehendakkan sesuatu bahawa berfirman Dia baginya 'Jadilah' maka sesuatu itupun jadilah ia," maka Maha suci Allah, Tuhan yang berkuasa penuh memerintah segala sesuatu dan kepada-Nya segala-gala itu dikembalikan"
Bila fikir balik, aku cuba muhasabah diri ini, dan aku dapati sebenarnya banyak kebaikkan lain yang sebelum ni aku tidak miliki tetapi kini aku perolehi. Walaupun aku sudah tidak kaya lagi dengan wang saku sendiri (ada kerja, ada gaji), tetapi aku mula kaya ngan kasih sayang. Alhamdulilla, walaupun aku tahu semua kebahagiaan dan kebaikkan ini adalah milik Allah, namun aku bersyukur atas kurnia dan pinjamanNya atas diri ku.
Kalau dulu hidup sendirian, malam sendirian, sekarang sudah dekat ngan en hubi tersayang. Anak-anakpun dapat membesar dengan kasih sayang dan didikan babanya. Alhamdulilla, Allah kurniakan suami yang baik dan bertangunggujawab pada aku dan anak-anak (Amin, insya-Allah moga berterusan). Sekarang hampir setiap hari, waktu Maghib dan Isya' aku akan berimamkan suamiku sendiri. Anak-anakpun mula belajar solat.
Kelebihan en hubi yang aku terlepas pandang, rupanya dia pandai gak dalam bab-bab tajwid ni. Setiap hari, anak-anak akan belajar mengaji (Iqra) dengan babanya. Akupun dah mula buka semula Al-Quran yang agak lama aku tinggalkan time sibuk bekerja dulu. Mula-mula ingat nak memperhalusi bacaan ku dengan en hubi, tapi tengok dia tu garang sangat time mengajar. Aku pun kecut perut. hehehe.. Syukur sangat dengan kehidupan sekarang. Walaupun tidak semewah dulu, tapi rezeki Allah sentiasa cukup buat kami. Dan bila mengenangkan kebesaran Allah ini, aku benar-benar insaf dan rasa amat bersyukur. Yang penting sekarang, aku harus terus membersihkan hati, redha dan terus bersyukur dengan apa yang ada. Moga Allah terus beri kebahagiaan buat aku, suami dan anak-anak hingga ke akhir hayat. Amin
|
No comments:
Post a Comment